Pages

Tuesday, February 8, 2011

Penyerang Malaysia, Safee Sali Sah Ke Pelita Jaya, Indonesia

Mengikut kosmo, penyerang Malaysia yang juga menjadi penjaring terbanyak semasa Piala AFF Suzuki 2010 sah ke kelab bola sepak Indonesia, Pelita Jaya. Safee Sali akan mengikat kontrak selama setahun bersama Pelita Jaya iaitu sehingga 31 Januari 2012.


"Perlawanan antara Selangor dengan Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan menjadi perlawanan terakhir buat Safee dengan Selangor."

Mengikut laman web Liga Indonesia, Pelita Jaya berada di kedudukan tercorot @terbawah di dalam Indonesia Super League (ISL) dan perlawanan terakhir pada 6 Februari 2011, menyaksikan Pelita Jaya kalah 0-1 kepada Persib Bandung hasil jaringan Gonzales.

Mengikut thestar, Safee Sali bakal menerima gaji sebanyak USD10,000 (RM30,360) sebulan di Pelita Jaya. Rasanya gaji terbaru ini dua kali ganda gaji yang diterima Safee Sali di Selangor.

Apa-apa pun semoga Safee Sali mendapat kejayaan dan pengalaman yang berharga apabila berada di Indonesia nanti agar ianya dapat membantu skuad bola sepak Malaysia memperbaiki mutu permainan keseluruhannya.

17 comments:

Anonymous said...

tahniah safee..aku ingatkan dia nk pegi persib bandung...

Fairus Bin Mamat said...

PELITA JAYA FC MERUPAKAN KELAB MENDUDUKI KELAB TERBAWAH LIGA SUPER INDONESIA.. HARAP LEPAS SAFEE SALI KE SANA, BOLEH MELONJAKAN KELAB TERSEBUT..

ardinihumaira said...

tu la.. tadi dengan kat hot fm.. isk iskkk sedih lak dia pegi sana

eelobor said...

kawan setuju sangat pemain2 kita dapat bermain kat luar negara. tapi sebolehnya biarlah tempat yang tu yang boleh meningkatkan lagi mutu permainan mereka & dapat belajar sesuatu. penting untuk jangka masa panjang serta generasi akan datang

Zura Tahir said...

tue lah...jd jugak dia ke sana...

AJ said...

Tahniah safee sali.cuma kenapa pasukan tercorot yang dipilih?apapun,kalau untuk kebaikannya,bagus juga kan..semoga dia lebih mantap..

sahromnasrudin said...

ya la..ingat dia pi persib bandung..tp sy sokong dia pi sana..at least, ade platform....

Alimaz-Kembara Terasing said...

buat pilihan terbaik.....

rasp said...

bagus tu...dpt experience & exposure...

azzey said...

Dah tertulis itu rezeki dia. semoga dia terus succes kat sana...:)

ayards said...

Semoga berjaya buat Safee di Pelita Jaya....tak kesahlah ke mana dia pergi, kalau dia pemain yang berkualiti, ke mana saja dia pergi pasti akan berjaya...jaga nama Malaysia!

faiz said...

perghh...banyak betul gaji kat indon..pasukan corot sampai RM30000..gud luck to safee

toyolkiut said...

kurang minat bola..
suka ragbi..
hehe..

sw33tdarling said...

kalau gaji besar, haruslah direbut... cukup setahun, balik laa semula ke malaysia, lepas dah kutip semua pengalaman kat sana... ya..?

Fiza Rahman said...

ADa yg setuju & ada gak yg bangkang pasal penghijrahan SS nih. Apa2 pon semoga ss berjaya di sana.

Relevan said...

Tahniah Safffe lumayan pak..

BLOG KISAH2 KELAKAR said...

NANTI GAJI DIA JUTA2 LA...HAHA