Pages

Wednesday, February 23, 2011

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik 2012 (23 Februari 2011)

UPDATE: MALAYSIA VS PAKISTAN (PUSINGAN KEDUA: 9 MAC 2011)

Keputusan Live Malaysia vs Pakistan: Pusingan Pertama Kelayakan Olimpik 2012 (23 Februari 2011): (MALAYSIA 2-0 PAKISTAN)
  • 94": Tendangan percuma Pakistan ditumbuk oleh Fahmi dan mengeluarkan bola dalam kawasan bahaya. Permainan tamat dengan Malaysia 2-0 Pakistan. Bosan-bosan jom layan milo dan menangi pelbagai hadiah termasuk ipad dan iphone

  • 92": Ahmad Fakri menyerang lagi tetapi cubaan yang sudah beberapa kali oleh beliau gagal membuahkan hasil akibat tiada sokongan, serangan yang tidak begitu tajam dan juga permainan baik oleh penjaga gol Pakistan

  • Masa tambahan 5 minit diberikan pada perlawanan ini dan sekarang pemain Pakistan menyerang tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Malaysia

  • 88": Free header ke tanah dan melantun keluar oleh Gurusamy tidak dapat disempurnakan dengan baik walaupun mempunyai peluang yang sangat baik

  • 87": Sekali lagi tandukan Wan Zack Haikal tersasar. Serang jangan tak serang

  • 86": Tandukan Wan Zack Haikal di dalam kotak penalti dapat ditangkap kemas oleh Muhammad Umar

  • 83": Pemain Pakistan, Mohd Touseff cedera beberapa minit dalam padang akibat pernafasan dan phisio dipanggil masuk

  • 10 minit lagi perlawanan akan tamat dan Malaysia kelihatan tidak mempunyai mood untuk menyerang. Come on Malaysia need at least one more goal untuk dibawa bekal ke Pakistan di pusingan kedua 9 Mac nanti

  • 76": Sepakan sudut ke-10 Malaysia diambil oleh Wan Zack Haikal tetapi sepakan sangat lemah tak sampai pun ke pintu gol

  • 75": Walaupun banyak menyerang, tiada sebarang gol dapat dijringkan pada separuh masa kedua, perlu gol lagi dan take advantage of lawan 10 orang tetapi penjaga gol Pakistan bermain dengan sangat baik

  • 69": Pertukaran kedua Malaysia di mana Wan Zaharulnizam (jersi 8) dikeluarkan dan Wan Zack Haikal (jersi 16) dibawa masuk

  • 65": Tendangan Ahmad Fakri dapat diselamatkan oleh Umar dengan baik. Memang cemerlang Umar bermain malam ini

  • 63": Penjaga gol gantian Pakistan, Muhammad Umar sedikit cedera tetapi dapat meneruskan permainan setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia, kalau tidak pemain bukan penjaga gol perlu menggantikan Umar

  • 57": Percubaan pemain Malaysia, Ahmad Fakri dengan sepakan di luar kotak penalti "disentuh" sedikit oleh penjaga gol dan terkena palang gol, kalau tidak dapat satu gol lagi. Gol kedua semasa separuh masa pertama

  • 56": Pemain Malaysia, Mohd Irfan tidak dapat menanduk bola di hadapan kotak penalti akibat halangan yang begitu cepat oleh pemain Pakistan

  • 54": Wan Zaharulnizam menyerang tetapi dapat diselamat dengan baik oleh penjaga gol dengan merebahkan badan

  • 51": Shakir dikeluarkan dan Sivanesen dimasukkan. Satu tindakan yang saya kira baik terutamanya Shakir telah dilayangkan satu kad kuning dan bertindak mengasari pemain Pakistan lagi separuh masa kedua

  • 50": Setelah 5 minit permainan di separuh masa kedua Malaysia bertali arus menyerang terutamanya Pakistan hanya bermain dengan 10 orang

  • 46": Mohd Fadhli gagal menyempurnakan sepakan pada depan pintu gol kiri Pakistan

  • Permainan pada separuh masa kedua baru sahaja dimulakan dengan Pakistan membuat pertukaran penjaga gol

  • 45"++: Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Mohd Irfan Fazail dengan sepakan dalam kotak penalti. Separuh masa pertama tamat, jumpa lagi dalam masa 15 minit. Bosan-bosan jom layan milo dan menangi pelbagai hadiah termasuk ipad dan iphone. GOL KEDUA

  • 45": Tendangan percuma pemain Pakistan berjaya ditangkap oleh Khairul Fahmi dan Ansar Abbas (jersi bernombor 17) diberi kad merah akibat menyepak peha Fahmi di dalam kotak penalti akibat tidak berpuas hati

  • 44": Shakir dikenakan kad kuning akibat kekasaran ke atas pemain Pakistan, Faisal Iqbal dan masih terbaring di atas padang dan 4 minit masa tambahan diberi

  • 43": Tandukan Shakir dalam kotak penalti melepasi palang gol

  • 41": Kaleemullah diusung keluar setelah berlaku pertembungan dengan pemain Malaysia

  • 38": Pakistan hampir-hampir menerjah gawang Malaysia tetapi tendangan Kaleemullah, jersi bernombor 10 tersasar di sebelah kanan pintu gol setelah pemain pertahanan Malaysia gagal mengawal dengan baik

  • 36": Malaysia terus mengasak pertahanan Pakistan tetapi tendangan Gurusamy tersasar ke tepi sebelah kiri pintu gol

  • So far setelah 28 minit berlalu, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi sudah diuji 2 kali dan dapat dikawal baik oleh Fahmi

  • 19": Sepakan percuma diambil oleh Wan Zaharulnizam tersasar melepasi palang gol. Yang terlepas boleh melihat jaringan gol minit ke-3 oleh Wan Zaharulnizam

  • 16": Sepakan percuma di luar kotak penalti diambil oleh Gurusamy terkena palang. Sayang sekali. Sepakan tersebut diberi setelah pemain Pakistan menampan bola dengan tangan dan telah diberi amaran lisan oleh pengadil

  • 14": Shakir gagal memanfaatkan serangan solo akibat tiada sokongan dan serangan di sebelah kiri pintu gol telah memaksa penjaga gol keluar dan bola keluar begitu sahaja

  • Setelah 10 minit permainan, penguasaan oleh Malaysia terutamanya setelah mendapat gol pertama

  • Gol pertama buat Malaysia seawal 3 minit hasil jaringan Wan Zaharulnizam yang berasal dari Kelantan. JARINGAN GOL

  • Perlawanan baru sahaj dimulakan dengan Malaysia membuat sepakan mula dengan memakai jersi kuning hitam manakala Pakistan memakai jersi putih, berjalur hijau di tepi. Senarai pemain-pemain seperti di bawah

Previous Entry
Pada pukul 8.45 malam ini, 23 Februari 2011 di Stadium Shah Alam, Malaysia akan menentang Pakistan pada pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012. Perlawanan kedua secara timbal balik akan berlangsung di Lahore, Pakistan pada 9 Mac 2011.

Perlawanan secara langsung @live boleh ditonton melalui Astro Arena channel 801 dan juga RTM1. Mengikut FIFA @ranking dunia pada bulan Februari 2011, Malaysia mempunyai kedudukan lebih baik compared with Pakistan iaitu masing-masing 140 dan 173.

Perlawanan Malaysia vs Pakistan malam ini melibatkan skuad bawah 23 tahun. Antara pemain-pemain Malaysia yang perlu kita beri perhatian adalah penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Md. Ali.
Semoga Malaysia mempunyai semangat lawan yang tinggi.

Kalau tidak ada apa-apa halangan, saya akan update keputusan tekini perlawanan Malaysia vs Pakistan secara live. Sebelum menunggu keputusan terkini @live Malaysia vs Pakistan, jom kita minum Milo dulu dan bakal memenangi perlbagai hadiah termasuk Mac Book, iphone, ipad dan banyak lagi.

7 comments:

Anonymous said...

2 - 0 dah brooo!!!

peaNut said...

mmg salute la kat abg...mmg cepat update berita bola ni....tahniahh..

yangbaik said...

wah... nampaknya 'belang' Malaysia dah semakin terang...

mamai said...

dah macam pengulas sukan la

PiJai™ the Great said...

bukan xde mood. dah penat dah kot..

faiz said...

malaysia berjaya maintain dalam performance mereka

Cherrie Pie Sweety said...

great review :)