Pages

Friday, February 25, 2011

Keputusan Live Kelantan vs Kedah: Liga Super (25 Februari 2011)


Keputusan Live Kelantan vs Kedah: Liga Super (25 Februari 2011): (KELANTAN 1-1 KEDAH): Jom minum milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah
  • Keputusan muktamad KELANTAN 1-1 KEDAH. Kedua-dua pasukan mendapat satu mata dan sudah pasti Kelantan akhirnya lega setelah gol penyamaan oleh Shahrul tetapi orang yang paling kecewa sudah pasti ketua pasukan Kelantan, Piya setelah beberapa peluang cantik gagal dimanfaatkan oleh beliau. JOM TENGOK GOL JARINGAN SHAHRUL

    Komen dari facebook mengenai perlawanan malam ini:

    • iszlee: Takdop rezeki kita male ni, pe pon dapat seri lebih baik dari kalah, terima kasih matyo untuk jaringan penyamaan, kita usaha lg!

    • mizie: piya xx jd mlm ni wei...byk peluang nyo x masuk

    • jff: Kelate sepatutnyo buleh mene male ni...keno bekki penyudoh Datuk K kito tuh...

  • 92": Sepakan Azlan di dalam kotak penalti dapat dikeluarkan oleh Khairul Fahmi

  • 91": Sepakan Shahrul di dalam kotak penalti dapat diselamatkan oleh Abdul Hadi

  • 90": Dua minit masa tambahan diberikan oleh pengadil

  • 86": Piya sekali lagi gagal menjaringkan gol setelah tandukan Ramzul dapat ditampan oleh penjaga gol tetapi hantaran kepada Piya gagal disempurnakan di hadapan pintu gol

  • 79": Jaringan penyamaan oleh Norshahrul Idlan Talaha. Ianya gol yang ke-5 bagi Shahrul untuk musim ini

  • 15 minit lagi sebelum tamat permainan dan Kelantan perlu melakukan sesuatu kalau tidak ianya menjadi kekalahan pertama dalam Liga Super dalam musim ini

  • 73": Sepakan percuma oleh Baddrol Bakhtiar di sebelah kiri di luar kotak penalti tersasar jauh

  • 70": Hantaran cantik Solehin sedikit terlambat dimanfaatkan oleh Shahrul di depan pintu gol dapat dipintas oleh pemain Kedah

  • 67": Hantaran cantik Shahrul di depan pintu gol dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah

  • 60": Pemain Kelantan, Zairul Fitree dikeluarkan dan diganti oleh Subramanian

  • 56": Gol dijaringkan oleh Azlan Ismail yang berasal dari Tumpat, Kelantan, setelah hantaran cantik oleh Baddrol Bakhtiar mengelirukan penjaga gol Fahmi dan juga pemain pertahanan

  • 54": Asakan Azlan Ismail yang melepasi pemain pertahanan Kelantan dapat ditangkap oleh Fahmi setelah bola meluru tepat ke arah beliau

  • 53": Bola cepat ditangkap oleh Fahmi mengelakkan ianya diancam oleh Kedah

  • 47": Tendangan Shahrul ke arah pintu gol Kedah pun tersasar tinggi

  • 46": Serangan pertama Kedah tersasar tinggi

  • Separuh masa kedua baru sahaja bermula dan tiada sebarang pertukaran

  • Separuh masa pertama tamat dan jumpa lagi dalam masa 15 minit. Singgah dulu kat milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah

  • 44": Sepakan percuma Zairul Fitree dihantar baik di depan kotak penalti gagal dimanfaatkan oleh Piya yang tidak dikawal melepasi palang gol

  • 43": Kad kuning kedua malam ini dilayangkan kepada pemain Kedah, Mohd Fauzi

  • 41": Kapten Kelantan, Badhri @Piya mensia-siakan peluang dengan membuat tendangan tinggi melepasi palang gol

  • 38": Baddrol Bakhtiar melepasi perangkap offside dan tendangan cantik ditepis keluar oleh Khairul Fahmi

  • 36": Tendangan Chanturu dari bahagian kanan yang tidak dijaga sedikit tersasar

  • 34": Shakir dipersalahkan dan Kedah mendapat sepakan percuma yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar dan tersasar tinggi melepasi tiang gol

  • 32": Sepakan penjuru kedua buat Kedah diambil oleh Azmi Muslim dan sangat jauh di belakang @memang tidak tepat

  • 31": Kad kuning pertama untuk malam ini diberi kepada Mohd Daudsu (Kel)

  • 30 minit permainan kelihatan Kelantan menguasai permainan terutamanya di bahagian tengah dan ianya sedikit longgar bagi Kedah yang mana lebih tertumpu di bahagian bawah

  • 26": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh Chanturu di sebelah kanan gagal membuahkan hasil setelah dikeluarkan oleh pemain pertahanan

  • 25": Shahrul jatuh akibat asakan pemain pertahanan Kedah. Sepakan percuma Badri sedikit tersasar di sebelah kiri gawang Kedah

  • 23": Sepakan cantik pemain Kedah, Amar Rohidan di luar kotak penalti dapat ditepis oleh Fahmi dan kemudian menangkap bola dengan baik

  • 22": Chanturu diusung keluar akibat kecederaan

  • 21": Tangkapan kemas Fahmi dengan merebahkan badan mengelakkan ancaman dari pasukan Kedah

  • 18 minit berlalu, boleh dikatakan Kelantan menguasai permainan terutamanya dengan gandingan Shahrul-Ramzul-Azwan Roya

  • 11": Percubaan leret Chanturu tidak begitu kuat dapat ditangap oleh penjaga gol Kedah, Abdul Hadi

  • 7": Percubaan yang sangat baik oleh Nurul Azwan Roya (Kelantan) di luar kotak penalti terkena palang gol. Memang tidak bernasib baik

  • Setelah 5 minit permainan, permainan agak seimbang kedua-dua pasukan membuat beberapa cubaan tetapi tidak begitu tajam

  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kedah memakai jersi kuning hijau manakala Kelantan pula putih petak merah
Previous Entry
Hari ini (25 Febrari 2011), perlawanan antara pendahulu Liga Super, Kelantan lawan Kedah (kedudukan tangga 9) dapat ditonton secara langsung @live di Astro Arena channel 801 pukul 8.45 malam. Permainan ini akan diadakan di Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah.

Kalau tidak ada sebarang masalah saya akan update keputusan terkini perlawanan Kelantan vs Kedah secara live. Sebelum perlawanan dimulakan, apa kata singgah dulu kat milo@facebook dan menangi pelbagai hadiah seperti ipad, iphone dan banyak lagi.

Setelah melalui 4 perlawanan:
  • Kelantan
    • Pendahulu liga
    • Memunggut 10 mata
    • Menang (3), Seri (1), Kalah (0)

  • Kedah
    • Tangga ke-9
    • Memunggut 5 mata
    • Menang (1), Seri (2), Kalah (1)
Dalam 13 perlawanan sebelum ini, rekod memihak kepada Kedah dengan 5 kemenangan, 4 seri dan 4 kalah.

6 comments:

mrsid said...

hmmm..semoga kelantan menang..tak banyak gol pun takpo...1 gol sudah cukup untuk 3 mata penuh berharga..

mrsid said...

Erm..1 mata pun suda ok..lepah nie wak molek pulok..keno pertajam lagi serangan tuh..asoh molek

ku izzati said...

singgah tgk update result bola mlm nie

intan.maisarah said...

:) mood bola pg pg ni

eelobor said...

nasib baik seri drpd kalah

miss nina said...

suka..at least kedah masih berbisa :)