Pages

Tuesday, February 15, 2011

Apa Cerita Terbaru Bekas Penyerang Selangor, Safee Sali?

Bekas penyerang sensasi Selangor dan juga penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Safee sali sudah selamat sampai di Indonesia pada 14 Februari 2011. Mengikut berita from 12paz, memetik technical director of Pelita Jaya FC, Rahim Soekasah yakin membuat pilihan tepat apabila mengambil Safee Sali sebagai penyerang di Pelita Jaya.

Jumlah kontrak tidak dinyatakan tetapi mengikut khabar jumlahnya adalah sebanyak 500-650 juta rupiah untuk setengah musim. Maknanya kalau dalam ringgit ianya lebih kurang RM170,000 hingga RM221,000 (RM28,000 hingga RM37,000 sebulan).

Sementara itu, Safee Sali yang akan mengenakan jersi bernombor 10, memberitahu bahawa kemudahan yang beliau dapat ialah rumah dan sebagainya.

Gambar ini semasa Safee Sali sampai di Bandara Soekarno Hatta, Tangerang, Banten bersama dengan isteri dan dua anak perempuan. Salah satu tujuan Safee Sali ke kelab Pelita Jaya ialah ingin membimbing pemain muda.

Semoga Safee Sali memperoleh apa yang diinginkan dan menjadi contoh kepada pemain-pemain lain tidak kira Indonesia ataupun Malaysia. Selamat maju jaya di perantauan.

7 comments:

faiz said...

selamat berjaya kepada safee sali...dengar cerita die teringin main kat kelab australia..

Anonymous said...

best duk kat sana...

eelobor said...

selamat maju jaya buat safee sali

yangbaik said...

selamat maju jaya... majulah sukan untuk negaraku Malaysia.

erk... kira2nya safee balik kampung yerk..frust nehhh

Miecyber said...

Semuga Safee suksess di Pelita Jaya....

Adegan merokok di haramkan di China

Geng Borak said...

masyuuukkk!!!! lepas ni jangan lupa balik Malaysida udah yea.. :)

Apabila Suami ke Pasar Seorang Diri | Hadiah dari ...

ardinihumaira said...

gaji dia.. fuhhh kayooo