Pages

Wednesday, November 30, 2011

Jom Makan Makanan Laut di Restoran Terapung HM Sri Bagan @Bagan Lalang

Dah ramai yang membuat entri mengenai Restoran Terapung HM Sri Bagan @Bagan Lalang. Sekarang tibalah sharinginfoz pula membuat ulasan mengenai makanan laut @seafood di Bagang Lalang.
Inilah senarai harga untuk makanan laut, ianya pada kadar RMXX per 100gram. By the way, kami makan 4 dewasa dan 3 kanak-kanak.

Lepas dapat tempat duduk, pi le pilih sendiri seafood then lepas tu bagi untuk ditimbang dan diaorang akan tanya nak masak apa benda alah tu.

Yang ini ialah ikan jenahak masam manis. Yang kitaorang ambil tak ada le besar, 480 gram dan harganya ialah RM28.80. Memang sedap, tak rugi order masakan ini even sebelum ini plan nak masakan tiga rasa tapi biras cakap tak berapa sedap. Mengenai rating, saya bagi 8.3 out of 10.

Seterusnya ialah kerang, memang one of my favourite foods, ianya direbus. Memang kerang ini besar dan puas makan cuma kering sedikit dan tak terasa sangat serai. So bolehlah bagi 8.0. Memang pada harga RM7.35 ianya agak berbaloi.

Yang ini ialah kepah masak bercili. Benda alah ini, agak besar dan isinya macam tak ada le pula, maybe semasa masak ianya terpisah daripada kulitnya tapi of course masih berada di dalam pinggan ni le. Walaupun bercili ianya tidak begitu pedas pada saya, ada sedikit manis kot. Harga benda alah ini ialah RM16.63 dan rating ialah 8.0 juga.

Kitaorang order juga sup ayam untuk 2 orang pada harga RM9.00. Walaupun untuk 2 orang, memang cukup untuk kitaorang, nak satu kelainan dan yang penting nak kan kuahnya. Yang ini saya bagi rating 7.9 tapi oleh kerana Afiqah suka sangat ngan sup ayam ini, saya naikkan ratingnya 8.3 tapi kalau ada telur dadar lagi sedap.

Ini juga makanan yang saya suka, iaitu sotong goreng tepung. Banyak juga walaupun kitaorang ambil 2 ekor yang bersaiz sederhana aja. Sotong yang besar tak berapa suka sebab isinya liat. Anyway benda alah ini ialah RM15.98 dan disebabkan memenuhi citarasa dan garing ianya patutlah diberi rating 8.4. Yang saya tak berapa suka kalau tempat lain sotong goreng tepung ini diaorang masak macam cekodok le pula.

First time makan pepahat, yang ni masak bercili. For me sedap le juga dan ladanya memang dapat kita rasa. Tak tahu nak komen lagi, bagi rating 8.0 le. Benda alah ini ialah RM14.

Jumlah semua adalah RM117.15 termasuk nasi putih 6 plates dan juga air tembikai satu jug (diaorang charge untuk 5 gelas) dan teh o ais. Kalau ada kesempatan nak makan lagi tempat ini, Restoran Terapung HM Sri Bagan @Bagan Lalang.

So itulah review saya untuk tempat ini. Kalau nak tempah ke bolehlah call number pada kad ini ya.

13 comments:

ejaMaria said...

rasa mcm jauh sangat nak pegi ke sini semata-mata sbb nak makan... hmmm... takpe la... insyaAllah ada rezeki sampai la nnt... ;p

JR said...

Tak ada makanan di bawah harga RM4 ke spt Perdana Menteri kita kata dia makan tu??

Entri terbaru di blog JR:

"Bilal Masjid Yg Hadiahkan Syella Kamaruddin RM15 Juta Tu Ialah........."

sarah mohamad said...

Ramai jugak yg review tempat ni. Boleh pergi nanti :D

hazman aka species1980 said...

hurmmm....tak pernah lagi makan ikan jenahak kalau makan seafood ...biasa makan kerapu atau siakap jee

SURIA AMANDA said...

murahnyaaaaaaa....RM117..akak pi makan kat situ ari tuh..makan utk 10 orang RM500..of cos la time tuh dapat bonus..hehehehehe...

amirah said...

teringinnya nak pergi bagan lalang ni...ermmm bilala dpt pergi agaknya

sahromnasrudin said...

promosi yg baik...TQ...

Ardini Humaira said...

sedapnye kerang tu ^__^

Murni Alfathunnisa said...

food galore! semuanya nampak sedap. price vise..okay la...memang harga seafood mahal sekarang.

aku ekynn said...

tempat fav ni. Ala.. rindunya nak makan seafood kat sini. saya dah start makan kat sini sejak bujang lagi. Sejak tempat makannya ala-ala wakaf tepi laut, tak pernah pindah kedai, kecuali kedai ni tutup je bila saya sampai. teringat dulu bila makan, ubat nyamuk standby bawah meja... hahhah

eelobor said...

pernah makan kat bagan lalang, memang sedap. hujung minggu nie, mungkin akan pegi sekai lagi. hajat nak ke gold coast morib

Unknown said...

Newbie here!! Dah lamanya tak ke Bagan Lalang..Last pergi pun time sekolah dulu..

Cekgu Norazimah said...

mcm best jer tempat ni, CN duduk banting pun tak pernah ke sana..hehe