Pernah tak makan nasi kukus ayam panggang di Port Dickson? Kalau belum apa kata singgah di Cowboy Place, Watie Beach Cafe yang berada di Lot 1360, Jalan Pantai, Batu 6, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Boleh call Addy di 019-308 8302 untuk mengetahui lebih lanjut.
Satu set nasi kukus ayam panggang harga RM5.00, ianya berpatutan lagipun portion ayam memang besar gak, just imagine seekor ayam di kerat 4. Kalau tak nak nasi boleh beli seekor ayam panggang @RM16.00.
By the way, rating untuk makanan ini saya bagi 6.7 out of 10, entahlah nampak memang menarik tetapi agak tawar. Nasib baik sosnya dapat bagi rasa yang agak OK.
Tengok ayam dibakar @panggang memang menarik.
Kepak ayam hanya dijual pada harga RM1.00.
Ikan cencaru bakar pun ada tapi tak sure berapa harganya.
Tempat Cowboy Place ini disediakan tempat menunaikan solat tapi tak sempat nak masuk. Lagipun kami tak makan kat sini, hanya bawa pulang.
Beginilah sedikit keadaan tempat makan, memang luas. So apa lagi, kalau singgah di Port Dickson maybe sempena cuti sekolah, berhentilah kejap di Cowboy Place, Watie Beach Cafe bagi menikmati nasi kukus ayam panggang, maybe ianya dapat memikat selera kawan-kawan.
5 comments:
hurmmmm.... menarik gak bro... kalau makan sambil pakai topi koboi sure gempak kan
Rasa perut tetiba laparrrr...
My new entry:
Erghh..Esok Pemain Bola Kita Kena Sumbat Dlm kereta Perisai Indon Lagi
menarik ni bro :)
mcm sedap je ni...harga pun okey gak..
*dah lama tak pergi PD
saya ada gak beberapa beli kat sini..maybe sebab hidang panas2 tu rasa sedap...
a'ah rasa tawar juga..nasik kukus tu cam xdpt nak mix dgn rasa ayam tu..may b lau ayam tu di kene perap lebih lama lg sedap kot..
Post a Comment