Pages

Thursday, November 10, 2011

Apa Hal Ni Tesco?

Hari tu pi Tesco Ampang, so pi le beli air mineral satu karton (12 botol). Senang sikit beli banyak-banyak. Tapi satu je yang pelik bila nak pi bayar kat kaunter.

Sebelum tu dah tengok harga satu botol air mineral 1.5 liter ialah RM0.75 so kalau 12 harganya RM9.00. Bila scan keluar harga RM12.99 (RM1.08 sebotol). So apa lagi complain le kat cashier, tanya dia apasal harga mahal pula. Then dia reply, harga sekarton memang macam tu. Memang pelik betul so cakap kat dia kalau macam tu tak apalah saya nak beli 10- botol aja le.

Lepas tu kebetulan supervisor dia ada kat situ then cancel le transaction tu so ambil satu botol scan dan darap le ngan 12 botol.

So dapatlah harga RM9.00, just imagine berapa beza untuk satu karton, RM4.00. So sebagai pengguna, kita kena exercise kuasa kita, bukan suka-suka complain ya tapi itu hak kita. Dah hantar formal complain kat diaorang melalui internet, kalau diaorang serious untuk memperbaiki perkhidmatan mereka, something perlu dilakukan, masihkah ingat dengan Baskin Robbins?

12 comments:

Eliss said...

memang mcm tu tesco ni, selalu nak kena check. kalo promotion kat paper harga lain, kat situ tak update lagi. pernah kena beberapa kali jugak esp beli susu anak !

Nazz@Purple said...

kesilapan sistem atau sengajakan....kalo pelanggan tak perasan memang kene tipu hidup2 kan..

SURIA AMANDA said...

tesco memang selalu mcm tu..kat tag barang rega lain..sampai kat cashier lain plak..

hazman aka species1980 said...

beza rm4 tue....nasib baik bro check.... cuma pelik apsal harga sebotol lagi murah dari sekarton....

rasp said...

sib baik u prasan...
byk tu beza harganya...
slalunya kalo beli byk ler murah...
mmg ridiculous lah...
mmg patut kena komplen!

Zik said...

buka tesco jer... banyak pasaraya lain pun macam tuh jugak , harap nama jer gah!... kena check betul2.xx... kita ada kuasa sebagai pengguna!!!

Insan Biasa said...

consumer right kat mesia tak sehebat di negara maju yang lain...

Fikri Rais said...

Bersama kita juangkan hak pengguna !!! yeah !! :)

Fiza Rahman said...

Skang klo nak beli brg nak kena double check. Kat display lain, bila bayar harga lain.

velasrizal said...

rm4 utk kotak je. mmg xbebaloi

ISZA said...

ni namanya menipu dalam diam..

JMR said...

eh eh, pasal beli byk camtu jadi harga makin mahal..agk2 la kan..