Pages

Tuesday, November 22, 2011

Cantik Gak Rak Dinding IKEA

Hari tu beli rak kat IKEA. Rak ni adalah jenis yang terlekat kat dinding so ianya menjimatkan ruang dalam bilik. By the way, harganya ialah RM59. Ini adalah yang dah siap dipasang.

Kat atas tu adalah besi yang mana digunakan untuk menyokong kayu. So bila siap memang nampak kemas dan kukuh gak. Kalau tak silap berat maksimum bagi rak ini adalah 15 kg jika dipasang kat dinding konkrit, batu bata or gelegar manakala maksimum 5 kg jika dipasang di bahan papan.

Tengok pada bahagian bawah rak ini tidak nampak penahan papan so memang kemas. Macam hanging aja kan? Anyway, benda alah ni namanya LACK wall shelf, ukuran L110cm X D26cm X H5cm. Tahun lepas harganya adalah RM69 dan kini RM59. Memang kat IKEA sesetengah barang semakin menurun harganya jika dibandingkan dengan tempat lain, setiap tahun ada kenaikan.

LACK wall shelf ini adalah salah satu benda yang diletakkan di dalam bilik Danish. So nak tahu keseluruhan bilik Danish nantikan ya.

12 comments:

ejaMaria said...

emm... saya suke idea 'hanging rack' mcm ni... pun guna utk bilik anak... kemas... ;p

JR said...

Wau...cantik dan murahnya...

Entri terbaru di blog JR:

Kalah Main Bola SEA Games: 2 Mati, 10 Cedera

velasrizal said...

tetap menarik wpon nampk simple

cikgu Naman said...

dia memang ada 2 eh..jenis macam ni menjimatkan ruang..dh lama tak pergi IKEA

Ardini Humaira said...

bestnye shopping di ikea.. banyak barang kelengkapan rumah yang menarik :)

POSH76 said...

santeklaaaa

amirah said...

sume nya DIY ke bro nik? wa...rajinnya sume wat sendiri

mamaNoriz said...

cantik tpi klu tak silap kat tesco/giant pun ada dan lagi murah...

kisahsensasi said...

Nampaknya.... bro memang feveret guna produk dan barangan IKEA yea...

fiza said...

Tak sabar nak tgk hasilnya.

KiD said...

simple dan jimat ruang..

Sharinginfoz said...

cikgu naman: kat IKEA jual satu-satu tapi beli 2 senang sikit

amirah: tak le suruh orang lain buat, he he he

mamanoriz: tak tahu le pula

kisahsensasi: so far boleh tahan gak produk IKEA

fiza: tunggu ya, nanti share benda lain pula