Pages

Saturday, November 19, 2011

Malaysia Melangkah ke Final Sukan SEA: Malaysia 1-0 Myanmar 19 November 2011

Malaysia menang menentang Myanmar 1-0 dalam perlawanan bola sepak separuh akhir sukan SEA pada 19 November 2011. Gol sulung Malaysia dijaringkan oleh Fakri Saarani pada minit ke-85.

Pada mulanya memang saya cukup tidak berpuas hati dengan permainan Fakri setelah banyak mensia-siakan peluang tetapi akhirnya beliau telah membuktikan bahawa beliau adalah wira Malaysia pada hari ini.

Kita nantikan dengan pasukan mana Malaysia akan menentang dalam perlawanan final Sukan SEA nanti, adakah Indonesia ataupun Vietnam?

Tahniah diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana menang 1-0 lawan Myanmar dan sekaligus berjaya ke final sukan SEA. Semoga Malaysia dapat mengekalkan pingat emas dalam dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA.

Kalau tak ada masalah saya akan upload video jaringan dalam youtube kejap lagi.
(Update: jaringan Fakri @youtube).

2 comments:

aku ekynn said...

tahniah juga untuk harimau muda kita!

JR said...

Semoga Indonesia akan sujud di kaki Malaysia di final nanti!!!

Panas..Perlukah Aksi Berahi Aaron Aziz dan Jasmin Hamid?