Pages

Monday, November 14, 2011

Jom Memancing di Jeti Nelayan @Teluk Pelanduk Port Dickson

Beberapa hari yang lepas semasa pi Port Dickson, sempat pi temankan biras (husband kepada adik ipar) pi memanding di Jeti Nelayan, Teluk Pelanduk. Memang cukup seronok walaupun menanti 2 jam lebih tanpa dapat seekor ikan. By the way, tak ambil gambar diambil masa tu sebab dah malam so "pinjam" gambar di atas from saifulnazim. Boleh menikmati keindahan malam dengan angin bertiup sedikit kesejukan. Panjang juga konkrit yang dibuat dan kami berjalan dalam sedikit kegelapan kerana tak bawa lampu.

Ramai juga kaki pancing yang berada di Jeti Nelayan, Teluk Pelanduk. Maybe bukan rezeki kami malam ini, air telah mulai surut, umpan yang digunakan dimakan oleh anak ikan tetapi tiada yang sangkut. Lebih 10 kali tukar umpan (punpun) tetapi ianya tetap sama, punpun dimakan tetapi ikan tidak tersangkut.

Petang tu kami telah meredah Port Dickson bertanyakan kat mana boleh kami beli umpan punpun. So setelah bertanya beberapa kali so jumpalah satu tempat di Tanjung Agas berdekatan dengan jambatan yang menghubungkan Negeri Sembilan dan Melaka.

Satu gerai di sebelah kanan jalan from Tanjung Agas ke Melaka. Just ambil simpang ke Melaka. Kalau tak silap penjualnya adalah orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pendengaran. Punpun tersebut dicari oleh seorang nenek yang berumur rasanya lebih 70 tahun.

Ini ialah punpun Tanjung Agas yang telah disebatikan dengan habuk gergaji. Setiap plastik yang mengandungi lebih kurang 5-10 ekor punpun yang rasanya telah dikerat. Harganya RM5 untuk satu plastik. By the way, inilah kali pertama saya tengok umpan punpun or pun-pon. Ianya seperti cacing tetapi boleh didapati di muara pantai @laut.

Inilah satu bekas punpon yang dicari oleh nenek selama setengah hari. Rasanya kalau jual benda alah ni, dapatlah di antara RM50-RM100 (saya agak aja). So bagi kaki pancing mesti dah biasa dengan umpan punpon.

17 comments:

faiz said...

ishh..besar btol punpun tu..

eelobor said...

wah...kaki pancing jugak bro nie

Mak lagenda said...

klu kaki pancing, derang tahulah apa benda punpun tuh.

Mak yg bukan kaki pancing pun tahu..mgkin sbb org kampung kot! :P

CIKGU NAMAN said...

kat kampung dulu mancing kot tingkap rumah je bila banjir..hehe..dapatlah haruan/puyu

hazman aka species1980 said...

sempoi la bro... layan memancing pulak yea....

Geng Borak said...

aku pernah pancing udang galah pakai umpun2 je..

Ardini Humaira said...

whoaaa
ni pes time dni tahu pasal punpun

iza said...

errrr...seram bulu tengkok tengok cacinggg tu...

Fiza Rahman said...

Punpon tu apa bro? Spesis cacing gak ker ☺☺. 1st time dengar ^_^

Unknown said...

tak pernah tenguk real benda ni..geli aa nak pegang

Unknown said...

org kat apemancaing ni tanda org yg sabo..

hehe, ye ke?

baguslah...

klu sya, beli sudah...hahahah

velasrizal said...

mcm agar2 pun ada punpun ni

Anonymous said...

kalau nk mcing d kuala lukut boleh lah tumpang bot sya....tp 2 org je lah.....sya x sewa pun,tuang minyak je.....sama2 mcing.....

Ajul said...

Punpun @ umpon-umpon

Unknown said...

umpan udang hidup
0142123155
lukut(portdickson)

ApiT said...

Ada tak number penjual pun-pun di port dickson?

Unknown said...

Slm bro blh bg no fon atau call saya 014 7344730 minat gak mncing ni