Pages

Thursday, November 3, 2011

Buku Teks Darjah 4 Dah Dapat Tapi Matematik dan Sains?


Danish akan masuk darjah 4 tahun depan, so baru aja dapat buku teks. Kalau tak silap sepatutnya ada 12 tapi 10 aja dapat. Yang tak dapat ialah subjek matematik dan sains. Adakah subjek ini akan diajar dalam Bahasa Malaysia @Melayu tahun depan? Entahlah kita tunggu aja. By the way, untuk darjah 4 buku-buku yang dah dapat adalah:
  1. Pendidikan Islam (jilid 1) @RM3.90
  2. Pendidikan Islam (jilid 2) @RM7.20
  3. Bahasa Inggeris @ (tak sure)
  4. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJK) @RM7.30
  5. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan @RM5.60
  6. Kajian Tempatan @RM5.30
  7. Bahasa Arab @RM6.00
  8. Pelajaran Jawi @RM4.00
  9. Bahasa Malaysia @RM11.00
  10. Kemahiran Hidup @RM7.30
  11. Matematik (belum dapat lagi)
  12. Sains (belum dapat lagi)
Harga buku-buku ke atas tidak termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains adalah RM57.60.

Tapi tak berapa berpuas hati dengan beberapa buah buku yang dapat kerana ada yang sudah rosak, i.e. buku terbelah dua dan ada juga buku yang hilang muka surat. Seelok-eloknya, apabila kita pinjam buku, jagalah dengan sebaik yang mungkin dan kalau kita rasa ianya tidak sesuai untuk orang lain guna, patut ganti dengan buku yang lain.

Maklumlah buku teks adalah diberi percuma untuk pinjaman so jagalah baik-baik ya. Anyway, cikgu cakap boleh tukar, so apa lagi.

15 comments:

ISZA said...

boleh tukar pun belum tentu ok.. masalah buku teks selalu tak cukup.. sebabnya kes macam ni ni lah.. benda free.. jarang yg nak jaga elok2..

Nur said...

Kalau setiap pelajar boleh menjaga buku2 teks dengan baik, alangkah mudahnya.. Kemudahan yang diberi secara percuma selalunya kurang dihargai dan dijaga rapi.

ainasuhana said...

dulu bile dapat buku teks je terus beli pemadam, pembalut dengan liquid paper. haha..

CIKGU NAMAN said...

menteri berkenaan duk pening tu kena push jgn hapuskan ppsmi..hehe

amirah said...

cepatnya danish dapat buku teks..?

LiFe KaMi said...

teringat dulu masa sekolah jadi ahli jawatankuasa buku test..
mmg byk yg tak reti jaga, at least balut la buku tu nant org lain bole guna semula..

hazman aka species1980 said...

Cikgu kena pantau gak buku teks bebudak nie...kalau tak sian kat budak yg nak guna tahun depan

Mak lagenda said...

wahhh..awalnya dpt buku teks?? Anak2 mak, buku teks thn ni pun masih belum dipulangkan lg..inikan plak nk dpt yg thn depan

shahrilhakime said...

errmmmm...
itu soghang anak...
tak campo dengan anak2 yang lain lagi... dan tak campo dengan buku2 tambahan lagi tu.....
tapi kite kene beli.... kalo tak ...tak belajo le deme....

Unknown said...

dah bagi free tpi tak tahu hargai ek..
generasi seterusnya yg makin rugi dpt buku teruk...

huhuuu

yangbaik said...

wah... Buku BM sampai RM11.00? tu baru darjah 4...

Geng Borak said...

ada buku teks yang berconteng.. hhehee

Anonymous said...

saya darjah 4 jugak ,awak sekolah mana?

Anonymous said...

Salam kak, anak akak dulu msa darjah 3 belajar sains BM ke BI?

Sharinginfoz said...

anon: salam, masa darjah 3 sains dan maths dalam english tapi sekarang ni darjah 4 dalam BM. Ada juga anak member sekolah lain darjah 4 masih dalam English tapi buku dalam BM pula. Memang cukup pelik