Pages

Monday, November 21, 2011

Prestasi Emas KFH Setahun @Untung 23.5%

Ingat lagi tak entri saya setahun yang lepas mengenai simpanan @pelaburan dalam emas KFH? Pada 18 November 2010, harga untuk satu gram emas KFH adalah RM139.27. Memang murah masa tu.
Selepas setahun berlalu, Jumaat yang lepas, 18 November 2011, harganya adalah sebanyak RM172.03 (ini harga belian, iaitu harga yang kita jual kat bank). Kenaikan bagi tempoh setahun adalah sebanyak 23.5%, memang not bad juga kan. Ianya melebihi pelaburan di dalam kebanyakkan instrumen. By the way, keuntungan sebenar dalam pelaburan saya adalah berbeza sebab in saya ada buat tambahan dalam tempoh tersebut.

Apa-apa pun, pelaburan dalam emas ini ada risiko kerana perubahan harga tidak menentu, lebih-lebih lagi dalam waktu ini. So fahamilah betul-betul sebelum kita melabur dan prestasi yang lepas tidak semestinya akan berulang pada masa akan datang.

4 comments:

Ardini Humaira said...

teringin juga nak melabur macam ni.. huhu tapi tak de bajet lagi

Geng Borak said...

waahhh... makin untung makin masyuk laaaa bro

Unknown said...

senyum leboar la bang Nik ek...

tapi hold dulu tau, ikut technical analysis akan turun sekejap pastu naik tinggi semula...

Insan Biasa said...

memang tak stabil la rega emas ni skang