Pages

Thursday, November 17, 2011

Malaysia vs Indonesia: Peringkat Kumpulan Sukan SEA: 17 November 2011

Malaysia vs Indonesia: Peringkat Kumpulan Sukan SEA: 17 November 2011

Malaysia 1-0 Indonesia
  • 95": Wisel dibunyikan dan keputusan muktamad Malaysia menewaskan Indonesia dengan 1-0 dalam perlawanan terakhir Sukan SEA peringkat Kumpulan A hasil jaringan Syahrul Azwari. Saksikan jaringan Syahrul Azwari melalui youtube.


    Malaysia vs Myanmar dan Indonesia vs Vietnam dalam perlawanan separuh akhir nanti

  • 91": Fahmi menyelamatkan keadaan setelah sepakan oleh pemain Indonesia ditangkap oleh Fahmi

  • 90": 5 minit masa tambahan diberikan

  • 87": Sekali lagi Fahmi dapat menangkap bola oleh Khairul Fahmi setelah berlaku kekalutan di depan gol Malaysia

  • 85": Sepakan percuma pemain Indonesia dapat ditangkap kemas oleh Fahmi

  • 83": Serangan balas oleh pemain-pemain Malaysia hampir mendapatkan gol kedua setelah pemain Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol sendiri

  • 80": 10 minit lagi sebelum wisel dibunyikan, Malaysia banyak bertahan

  • 75": Sepakan percuma cantik oleh Baddrol terus ke hadapan gol tapi tidak dapat disempurnakan oleh Izzaq Faris

  • 74": Satu lagi asakan keras oleh pemain Indonesia ke atas pemain Malaysia

  • 71": Kad kuning ketiga ntuk Indonesia apabila Diego dilayangkan kad kuning setelah menolak pemain Malaysia

  • 70": Pada separuh masa kedua, penguasaan adalah Indonesia 54%: 46% Malaysia jika dibandingkan separuh masa pertama Indonesia 60%:40% Malaysia

  • 67": Seorang lagi pemain Indonesia, Ferdinand mendapat kad kuning akibat terjahan kuat ke atas penjaring gol Malaysia, Syahrul Azwari. Permainan agak kasar. Syahrul diberi rawatan. Jurulatih Malaysia, Ong Kim Swee diarah tidak berada di bangku simpanan dan terpaksa berada di tempat penonton, kemungkinan meluahkan perasaan tidak berpuas hati.

  • 65": Pemain Indonesia menggunakan jersi bernombor 11 dikenakan kad kuning akibat mengangkat kaki tinggi dan terkena kepala Baddrol

  • 63": Khairul Fahmi mengalami kecederaan setelah terseliuh semasa menyepak bola. Semoga ianya tidak begitu teruk

  • 55": Permainan dalam separuh masa kedua berlalu sudah 10 minit, Indonesia banyak melakukan serangan tetapi dapat diselamatkan oleh Fahmi. Ada juga dua serangan yang dipersiakan oleh pemain Indonesia walaupun terbuka peluang sangat cerah di pintu gol Malaysia

  • 45": Hantaran cantik Irfan Fazail gagal disempurnakan oleh Izzad Faris. Wisel dibunyikan dengan Malaysia mendahului 1-0 bagi separuh masa pertama.

  • 34": Pemain Indonesia, Yongki sekali lagi berada di dalam posisi offside. Inilah kali ketiga offside bagi pemain ini

  • 32": Sepakan sudut yang diambil oleh Baddrol terlalu rendah, mudah dikeluarkan oleh pemain Indonesia. Permainan Malaysia semakin menarik dengan terus mengasak bagi menjuarai Kumpulan A

  • 26": Tangkapan kemas oleh penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi menyelamatkan keadaan. Indonesia melakukan tekanan ke atas kubu Malaysia

  • 24": Memang sayang tandukan Asraruddin yang diperoleh from sepakan sudut terkena tiang gol Indonesia

  • 23": Percubaan jarak jauh kapten pasukan Malaysia, Baddrol Bakhtiar tersasar

  • 17": Malaysia mendapat gol pertama dijaringkan oleh Syahrul Azwari, pemain yang berasal dari Tumpat, Kelantan. Satu permulaan yang baik bagi perlawanan terakhir di dalam Kumpulan A. Saksikan jaringan Syahrul Azwari melalui youtube.

6 comments:

velasrizal said...

cantik gol azwari tadi..

Unknown said...

MALAYSIA BOLEH! :D

JMR said...

malaysia ngh leading nih..

eelobor said...

mantap bro.... ada kemungkinan kita jumpa indon balik pada perlawanan final?

hazman aka species1980 said...

Tapi prestasi APEX memang membanggakan.....

Anonymous said...

Suka tengok cara syahrul azwari bermain..memang seorang striker yang laju..walaupun masih muda lagi pemain tu..:)