Pages

Wednesday, October 19, 2011

Bajet 2012: Kenaikan Caruman Majikan KWSP Melibatkan Lebih 93% Pencarum Aktif

"Bagi meningkatkan simpanan untuk hari tua, Kerajaan mencadangkan supaya caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan 5,000 ringgit dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP."

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lebih 93% daripada pencarum aktif KWSP adalah mereka yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan. Ini bermakna, mereka akan mendapat kesan langsung daripada pengumuman Bajet 2012 yang mana peningkatan from 12% to 13% caruman majikan.

Diharap simpanan tua nanti lebih banyak dan dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin nanti bagi meringankan beban masa tua. Antara statistik yang saya rasa menarik untuk dikongsi:
  • Jangka hayat rakyat Malaysia meningkat from 71.5 tahun (1990) to 74 tahun (2008)

  • 70% daripada pesara menghabiskan duit persaraan dalam masa 10 tahun selepas persaraan
Fikir-fikirkan le ya.

8 comments:

ZianaRazali said...

harap2 sempatlah merasa duit kwsp..huhu

Ardini Humaira said...

ngeee kalo dni nak mencarum jugak buleh tak :D

*∽ IZAN ∽* said...

10 tahun je habis duit EPF? simpan berpuluh tahunn.. nak abiskan kejap jekk ... takut akan datang kos sara hidup naikk.. tak sampai 10 tahun dah habiss uhuk uhuk!

danish said...

Langkah yang baik harus diskokong. Untuk kebaikan pencarum jugak

MizzTina said...

nape yg gji 5k ke bwh.. lg ptg byk, lgi sikit la gji dpt.. hurmm.. ke sy slh tafsir..

Unknown said...

ada yg membantah ni kan...

say dah tak terlibat ni lagi...
maklumlah, staf gomen...huhu

hazman aka species1980 said...

pada saya tak salah kerajaan naikkan kadar caruman tue...cuma diharapkan pelaburan oleh KWSP tu nanti mestilah dalam sektor yang boleh ROI yang tinggi agar dapat dividen yang lebih baik....

Sharinginfoz said...

mizzkechique: yang naik potongan ialah bahagian majikan, yang bahagian pekerja masih 11%