Pages

Sunday, October 23, 2011

Apa Ada di KL Festival City @Setapak

Ada shopping mall yang baru dibuka di area Setapak @Wangsa Maju pada hari Khamis lepas, 20 Oktober 2011. Apa lagi kalau tak KL Festival City yang beralamat di 67, Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Sempena dengan pembukaan, from 20-23 Oktober 2011, bagi yang berbelanja RM50 dan lebih dapat recycle bag.

Nak masuk dalam Festival City ni memang penuh parking semalam so kenalah parking kat basement area kondo. Ni ramai yang beratur nak dapatkan free lukisan karikator.


Kedai emas memang banyak lebih daripada 4 kot.

Bagi nak makan roti, Papa Roti ada, memang baunya memenuhi tingkat bawah. By the way, mall ni ada 3 tingkat.

Salah satu daripada anchor tenants ialah Econsave. So bolehlah membeli-belah barangan kat sini ya.

Kedai DVD pun ada, Speedy. Rasanya kat mall lain benda alah ni pasti ada.

Satu lagi anchor tenant ialah Parkson.

Restoran untuk makan memang banyak yang berada di tingkat bawah antaranya Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Secret Recipe, Subway dan macam-macam lagi. Tapi tak nampak le pula MCD or KFC.

Kedai buku, bolehlah terjah Popular.

Tempat kanak-kanak dan keluarga @games.

Kalau nak tengok wayang bolehlah singgah di cinema @MBO tapi belum buka lagi.

So nak tahu lebih lanjut boleh check kat touch screen directory. Bagi saya keseluruhan biasa-biasa aja, maybe lebih suka lepak kat Jusco. Nanti apa lagi, kawan-kawan yang dok berdekatan boleh cuba lawat kat sini.

9 comments:

hazman aka species1980 said...

whoaaa...dah makin banyak shopping complex kat wangsa maju yea...bagus la sbb dpat beri peluang pekerjaan pada penduduk setempat

velasrizal said...

eh dah bukak ek..blh la terjah jap gi

Geng Borak said...

waaaahhh... bestnya!! awal2 ni best nak jenjalan tempat baru

Anne said...

bestnyer byk shopping mall baru..kt kch ni byk mall still under construction. Happy shopping bro!

secantikmanis said...

dekat tak dengan jusco,wangsa maju

Sharinginfoz said...

secantikmanis: tak jauh sangat, kalau tak silap ada free shuttle ke festival city from LRT wanga maju dan beberapa lagi LRT

Anonymous said...

kt dlm kompleks ni ade x kedai sukan yg jual kasut futsal?

Sharinginfoz said...

anon: tak sure le tapi rasanya kedai sukan ada

blog-tips-kurus said...

2011 siap,
.
.
Nov 2013 baru nak pergi.

hihi!