Pages

Sunday, December 18, 2011

Nasi Lemak Sedap di Kuala Lumpur @Tanglin, Jalan Cendarasi Tasik Perdana

Nak makan nasi lemak sedap di Kuala Lumpur? Apa kata cuba di makan di Nasi Lemak Tanglin yang bertempat di Gerai 6, Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendarasi, 65800 Kuala Lumpur.

By the way, ianya dibuka setiap hari. Pagi tadi pukul 7.30 dah sampai kat situ.

Tak ramai sangat yang beratur, kalau lambat dengar cerita memang panjang le tunggu untuk makan nasi lemak.

Inilah van nasi lemak tanglin yang diparking sebelah kedai tu.

Inilah antara lauk yang ada. Macam-macam ada, antaranya kerang, ayam, telur, sotong dan ikan.

Saya beli dua bungkus, satu ayam dan pegedil.

Satu lagi siting dan telur goreng. Untuk dua bungkus ni, harganya RM10. Memang berpatutan. Rasanya not bad juga. Memang bau harum daun pandan. Sambalnya tak pedas so yang suka pedas maybe tak berapa suka nasi lemak kat sini.

Ramai yang dah review nasi melam tanglin dan rata-rata memang recommend kat sini antaranya rasarasa dan placesandfoods.

Anyway bagi saya, boleh tahan juga rating saya bagi 8.0 out of 10. Kalau nak sedap maybe boleh cuba kat Mali's Corner @8.6 ataupun Ziemil Corner @8.4.

Kat dalam newspaper pun banyak tulisan mengenai Nasi lemak Tanglin yang mana saya rasa ianya mendapat komen positif dan sedap. Suratkhabar ini "ditayang" kat dinding kedai tu.
Parking memang tak ada masalah. Memang banyak maybe sebab awal lagi kot. So kalau nak pergi ke Nasi Lemak Tanglin boleh masuk ke Tasik Perdana dan belok kiri bila jumpa lorong pertama, then melepasi Polis Bukit Aman dan jumpa Taman Rama-Rama then jalan lurus aja. Ianya berada sedikit di atas berhadapan dengan Pusat Komuniti Klinik Kesihatan Tanglin.

9 comments:

eelobor said...

tempat makan nie area ikan bakar yang fofularrr kah itu?

KiD said...

memang dah diketahui nasi lemak tanglin ni.. mantap!!

Cik Sara said...

Nice suggestion.. Bila-bila nak ajak member g breakfast kat sanalah!..

JR said...

Pernah makan juga kat sana...memang dipuji kesedapannya...sedap sungguh!

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Gempar...Alien Muncul Di KL!!!"

Wan85 said...

http://wanwidget.com
kekadang tu memang, ada sesetengah tempat tu makanan dia memang sedap dan lain dari yg lain

SURIA AMANDA said...

Ex CEO Malakoff sgt suka nasi lemak ni

hazman aka species1980 said...

betul tu bro.... kalau tak silap artis malaysia pun suka singgah makan kat situ

mohd normi said...

Nasi lemak tanglin ni owner dia qadiani. Qadiani ni bukan agama islam.

Farid Ab Mukmin said...

oh ya ka...macamana en mohd normi tahu pemilik dia berfahaman qadiani.....?