Pages

Saturday, December 31, 2011

Ramai Betul Beli Aiskrim Baskin Robbins @Mid Valley Diskaun 31%

Guess what hari ini ialah 31 Disember 2011. So macam biasa kat kedai aiskrim Baskin Robbins ada diskaun 31% setiap akhir bulan. So pagi tadi kitaorang pi ke Mid Valley, memang ramai betul, salah satu tempat tumpuan di Kuala Lumpur.

Untuk melayakkan dapat diskaun, kena beli aiskrim yang handpacked, ada 4 jenis, pint, quart, half gallon dan juga value cut. Pilihlah yang mana satu berkenan. Make sure tengtok harga betul-betul sebab sebelum ini saya ada terbaca satu blog yang mana dia tengok harga kat column ketiga iaitu "31% diskaun" sepatutnya tengok kat column yang ke-4 iaitu "discounted price".


Inilah keadaan orang yang beratur untuk membeli aiskrim.

By the way, kalau nak beli masa kat depan tu, diaorang akan tanya nak beli aiskrim saiz apa then bagi kertas ini untuk kita pilih perasa apa. Pas tu bagi balik kertas kat dia then pi bayar. After that tunggu le aiskrim siap.

Terlupa nak cakap, kalau beli yang saiz pint dapat pilih 2 perasa, yang quart 3 perasa, half gallon 4 perasa dan yang paling besar tu, satu perasa aja.

Kitaorang beli 2 bekas bersaiz pint. So bolehlah pilih 4 perasa.

Yang ini ialah gold medal ribbon. Memang menarik betul. Tak tahu nak pilih perasa apa, banyak gak, kalau tak silap lebih 30 kot.

Lepas bayar, inilah antara pelanggan yang tengah menunggu aiskrim siap.

Dah siap benda alah aiskrim Baskin Robbins dimasukkan dalam paper bag, 2 lapis pas tu kat dalam tu diletak bersama ais kering bagi melambatkan aiskrim tu cair. So bolehlah bawa balik kat rumah untuk makan.

Inilah 2 bekas aiskrim yang kitaorang beli, selain gold medal ribbon, kitaorang pilih rainbow, jamaica chocolate (kalau tak silap) dan entah apa lagi 1 perasa. Tapi rasanya diaorang tersilap bagi satu perasa iaitu strawberry yougurt, masam sedikit, tapi tak kisahlah.

Memang sedap. So kitaorang minta sekali 4 cups dan juga sudu untuk makan.

So untuk 2 bekas termasuk dengan cukai ialah RM37.30. Sekali sekala OK juga makan aiskrim ni.

6 comments:

ISZA said...

lama x makan aiskrim Robbin

sabree hussin said...

serius mahal

Bo the Nerd said...

Layan tu bro. Rasanya lebih puas dari Tutti Frutti.

Lady Milo said...

memang sedap baskin robin ni.. yum yumm

hazman aka species1980 said...

whoooaaa....bro dah jadi peminat tegar BASKIN ROBBIN yea...diorang patut kasi diskaun nie sebab bro dah kasi promote diorang punya aiskrim nie.... ;-)

Sollehudin Sapari said...

dah discount pon tetap mahal lagi..kalau skali skala boleh la beli..ingat, jangan membazir..seriously saya x pernah makan mende ni..nanti nk cuba lah..hehe..