Pages

Wednesday, December 21, 2011

Jom Buffet Dinner di Awana Genting Highlands

Semasa di Awana Genting Highlands baru-baru ini, sempatlah kami menikmati buffet dinner di Rajawali Coffee House.

Masuk aja penuh dengan pelbagai jenis jeruk. So far tak pernah tengok lagi jeruk dihidangkan untuk buffet. Memang unik.

Kuih macam biasa le, macam-macam ada. Pilihlah yang mana satu yang berkenan.

Danish memang enjoy betul, suka makan roti. Memang favourite makan roti, yang bulat ada, empat segi ada, tiga segi tak ada kot?

Afiqah pula memang makan sakan, entah berapa kali pi cari makanan.

Nasinya memang not bad juga tapi tak ada le pula udang or ketam. Masakan Melayu memang sedap juga.

Kelihatan chef sedang bakar daging kalau tak silap. Memang panas-panas.

Ini adalah bubur jagung, makanan kegemaran sharinginfoz tetapi ianya mengecewakan, rasa macam tak fresh aja jagung tu. Actually banyak lagi makanan, ada spaghetti, mee kari, masakan Indian, buah-buahan dan macam-macam lagi. Tetapi secara keseluruhan buffet kat sini tak berapa OK sangat, kalau rating saya bagi 6.9 out of 10.

Nak tahu berapa harga untuk buffet boleh click le gambar kat atas. Apa-apa pun, sekali sekala berbuffet OK juga kan?

4 comments:

SURIA AMANDA said...

waaa..mesti tgh meramai kat snaan sbb cuti sekolah kan?

Kancilbiru said...

lama dah tak makan bufet kat hotel ni..selalu pegi thru event ofis..sekali sekala tukar selera apa salahnya..:)

ainasuhana said...

mcm okey jer.. kalau buffet kat first world tu tersangat lah ramai orang..

hazman aka species1980 said...

Kalau dapat jemputan makan dari pihak hotel lagi best kan....tapi sesekali makan ngan famili adalah lebih happening....