Pages

Friday, December 9, 2011

Katil dan Almari Bilik Danish

Setelah beberapa minggu entri mengenai barang-barang dalam bilik Danish, inilah barangan yang terakhir iaitu katil dan almari. By the way, ini actually bukan entri terakhir kerana selepas ini ada satu lagi entri mengenai keseluruhan bilik Danish.

Anyway, katil ini adalah queen size dan dibeli kat IKEA. So far jenis katil ini boleh tahan dari segi kualiti dan sebelum ini pernah beli untuk Afiqah. Harga untuk katil ialah RM720 dan tilamnya jenis "Sultan Harestua" spring @RM500.

Comforter pula beli kat Jusco @RM120. OK juga boleh tahan sejuk.

Yang ini almari jenis satu pintu dan beli kat IKEA juga. Yang bagus kita boleh pilih benda apa yang nak letak kat dalam. Actually nak beli yang jenis dua pintu tapi terbatas disebabkan saiz bilik tak berapa besar iaitu 10 kaki X 10 kaki. Benda alah ini ialah RM615.

Inilah keadaan dalam almari. Kitaorang pilih untuk 3 bahagian, kat atas simpan barang, tengah untuk gantung baju dan seluar dan ahirnya bahagian bawah ada 2 bakul untuk letak apa-apa yang patut.
Yang ini ialah bahagian tengah dan letak sekali benda alah yang boleh ditarik khas untuk letak tie ke or apa-apa. Kalau yang wanita boleh juga letak tudung kat sini.

Inilah kat bahagian bawah dengan 2 bakul yang boleh letak benda-benda macam, baju untuk dilipat, stokin, underwear dan etc. Anyway begitulah serba-sedikit apa yang saya nak share mengenai bilik Danish. Nanti tunggu entri terakhir mengenai bilik Danish secara keseluruhan dan jumlah yang dibelanjakan bagi menghias bilik. So far Danish memang happy dan tak ada masalah untuk tidur berseorangan di dalam bilik biru ini.

6 comments:

eelobor said...

teringat masa kecik2 dulu, tidor depan tv jer kat ruang tamu. huhuhuhu

sisdee said...

suka kat almari dia tu..sgt flexible :)

Zaila Mohamad said...

cantik!! cantik!!

suka barang Ikea tapi tulah harga boleh tahan mahalnya ya..tp berbaloi dengan kualiti

Unknown said...

untung anak dpt bilik cantik :)

rasp said...

mostly barangan ikea ek...
praktikal barangan dia kan...

velasrizal said...

wow...suma ikea