Pages

Friday, December 23, 2011

Keputusan Live Pelawanan Persahabatan: Kelantan vs Persebaya FC 23 Disember 2011

Keputusan Live Pelawanan Persahabatan: Kelantan vs Persebaya FC 23 Disember 2011: Kelantan 1-1 Persebaya (gol Indra@youtube).
  • Permainan tamat dengan keputusan Kelantan 1-1 Persebaya
  • 90": Lima minit masa tambahan
  • 84": Andik menjaringkan gol setelah mengelecek dua pemain Kelantan, kedudukan seri 1-1
  • 83": Sepakan sudut pemain Persebaya ditanduk cantik tetapi terkena tiang gol
  • 82": Sepakan percuma pemain Persebaya di luar kotak penalti dapat dikeluarkan oleh Shakir
  • 75": Farhan dikeluarkan dan diganti oleh seorang lagi pemain import from Lebanon, Zakaria Charara
  • 74": Kelantan menyerang, hantaran Farhan tidak dapat disempurnakan oleh Gaddar
  • 73": Kelantan bernasib baik kerana pemain Persebaya gagal menjaringkan gol walaupun bola melalui di hadapan beliau yang mana tidak dijaga
  • 68": Shahrul Azim dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah dan dibuang padang setelah berselisih faham dengan pemain Persebaya. Kelantan bermain dengan 9 orang
  • 65": Gaddar mensia-siakan peluang setelah mendapat hantaran baik oleh Badri
  • 63": Badri masuk menggantikan Matyo dan seterusnya mengambil alih tugas sebagai kapten
  • 62": Kelantan mendapat gol walaupun bermain dengan 10 orang hasil jaringan Indra setelah pemain Indonesia tersilap menghantar bola. Kelantan 1-0 Persebaya(gol Indra@youtube)
  • 60": Kelantan bermain agak baik walaupun bermain dengan 10 orang setelah 15 minit berlalu dalam separuh masa kedua
  • 55": Gerakan cantik oleh Matyo tetapi Gaddar lambat sedikit
  • 51": Oppsss dah masuk minit ke 51, sorry guys, tetiba aja seorang lagi pemain Persebaya diusung keluar
  • 45": Permainan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan Kelantan 0-0 Persebaya. Kalau le permainan macam ni terasa nak tengok Mission Impossible III aja kat TV3 or the world is not enough @HBO. Layan TV3 le kejap
  • 44": Terjahan yang entah apa-apa dilakukan oleh Indra dan nasib baik tidak dilayangkan apa-apa kad
  • 43": Sepakan penjuru pertama Kelantan diambil oleh farhan tetapi terlalu jauh
  • 40": Tinggal 5 minit lagi permainan dan Kelantan bermain dengan berhati-hati
  • 37": Shakir dimasukkan dan Antwi dikeluarkan bagi mengukuhkan pasukan Kelantan setelah Azizi dibuang padang
  • 34": Azizi dilayangkan kad merah setelah menolak muka Anderson da Silva. Azizi for me memang agak kasar permainannya. Kelantan bermain dengan 10 orang
  • 31": Serangan oleh Shahrul setelah mendapat bola daripada Farhan, menyepak cantik tetapi dapat ditangkap oleh penjaga gol
  • 30": Sepakan leret pemain Persebaya tersasar setelah Azizi gagal mengawal pemain Persebaya
  • 25": Gaddar gagal menggunakan peluang setelah memperoleh hantaran cantik oleh Shahrul
  • 23": Persebaya mendapat sepakan percuma just outside kotak penalti di sebelah kiri pintu gol tetapi dapat dikeluarkan oleh pemain Kelantan
  • 21": Terjahan yang kuat mengakibatkan pemain Persebaya diusung keluar
  • 20": Sudah 20 minit permainan, kedudukan masih kekal tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan telah mencuba sedaya upaya
  • 15": Hantaran silang oleh Matyo dari sebelah kanan pintu gol dapat ditangkap oleh penjaga gol Persebaya. Satu cubaan yang baik oleh Kelantan
  • 12": Permainan Kelantan agak sedikit tak teratur maybe perlu menyesuaikan diri dengan pemain-pemain import dan juga tiga pemain yang masuk semula ke Kelantan, Azizi, Farhan dan Indra
  • 10": Setakat 10 minit permainan permainan agak seimbang dengan kedua-dua pasukan melakukan serangan
  • 8": Syazwan (Kel) membuat tangkapan kemas setelah serangan Persebaya gagal dikawal baik oleh pertahanan Kelantan
  • 3": Gaddar (Kelantan) hampir menjaringkan gol tetapi kepantasan penjaga gol mengecewakan Kelantan
  • Permainan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan memakai jersi berwarna merah manakala Persebaya dengan warna hijau
  • Permainan akan dimulakan sekejap lagi. Pemain-pemain Kelantan (tidak mengikut susunan) adalah Syazwan (PG), Azizi Mat Rose, Subramaniam, Okine (Ghana), Norshahrul, Farhan, Aziz, Indra, Daudsu, Antwi (Ghana), Gaddar (Lebanon)
Previous Entry

Malam ini, 23 Disember 2011 pada pukul 8.45 malam, juara Liga Super Malaysia, Kelantan akan menentang juara Liga Indonesia, Persebaya FC dalam perlawanan persahabatan bagi merebut Piala Unity di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Perlawanan timbal balik akan diadakan di Surabaya pada 28 Disember 2011.

Kelantan of coure akan mencuba pemain-pemain import, Danny Antwi (Ghana) yang berumur 18 tahun dan juga Mohammed Gaddar (Lebanon) yang berumur 27 tahun. Kedua-dua adalah penyerang dan sudah pasti akan memberi saingan kepada Norshahrul Idlan Talaha. Diharap Kelantan akan mempersembahkan permainan terbaik lawan Persebaya FC di Kota Bharu malam ini.

Jangan lupa tonton perlawanan ini secara live di Astro Arena channel 801. Kalau tak ada apa-apa masalah saya akan update keputusan terkini @live di blog ini. Teruskan bersama di blog sharinginfoz.

3 comments:

eelobor said...

barisan TRW musim depan byk pilihan. sudah tentu persaingan semakin sengit. namun mat yo bijak meletakkan situasi dirinya dalam barisan pemain import, langsung tidak tenggelam. tahniah kedua pasukan malam tadi walaupun ada sedikit terganggu dengan permainan yang agak kasar serta masih ada segelintir penonton yang tidak bertamadun.

hazman aka species1980 said...

nampaknya skang nie team kelantan dah suka buat friendly ngan club indon yea...

Anonymous said...

thanks for all warm welcome masa persebaya di kota bharu.. :)

see u in Surabaya.

cheers