Pages

Saturday, December 10, 2011

Alvin and the Chipmunks di e@Curve: Sepanjang Cuti Sekolah

Tak tahu nak bawa ke mana anak-anak ataupun adik-adik sempena cuti sekolah? Apa kata berkunjung ke e@curve dan boleh lihat dan bermesra dengan Alvin and the Chipmunks. Memang gelagat Alvin (merah), Theodore (hijau) dan Simon (biru) sungguh mencuit hati. Persembahan yang menarik khas buat kanak-kanak dan juga dewasa.

Sungguh ceria Alvin dan kawan-kawan beraksi di pentas. Sambil menyanyi, gerak geri mereka tidak kurang juga hebatnya.

Yang seronok sudah pasti kanak-kanak termasuk Danish dan Afiqah mengambil peluang untuk bergambar dengan chipmunk kegemaran. Tak sangka baju Danish dan Afiqah memang sama warna dengan Theodore.

Semasa persembahan memang ramai betul yang hadir, bukan hanya melihat persembahan malah mengambil gambar dan video untuk dijadikan kenangan.

So apa lagi jangan lepaskan peluang untuk ke e@Curve bagi melihat sendiri telatah Alvin and the Chipmunks. Persembahan mereka diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad pada pukul 2.00 petang dan 5.00 petang di Centre Atrium.

Entri ini ditaja bagi tempoh 48 jam. Untuk entri terkini, sila lihat di bawah.

2 comments:

Eliss said...

seronoknya anak2 dapat tengok alvin & the chipmunks :)

rasp said...

kids mmg suka nye...
menariks gak nie kalo nak bawa kids gi tgk kan...