Pages

Monday, December 19, 2011

Jom Petik Strawberi @Taman Santai Strawberi Genting

Kalau nak petik strawberi sekarang ini dah boleh melakukan aktiviti ini di Genting Highlands iaitu tak sampai 35 kilometer or 30 minit dari tol Gombak. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan seperti juga di Cameron Highlands.


Kat Genting Highlands @Taman Santai Strawberi Genting banyak perkara yang boleh dibuat. Satu lagi nak masuk dalam taman ini ianya adalah percuma.

Kalau nak masuk untuk petik strawberry, boleh ambil bakul dan gunting diberi. By the way, 3 orang boleh masuk untuk satu bakul tapi kitaorang masuk 4 orang. Minimum untuk memetik benda alah ini ialah 100 gram.

Dua beradik, Danish dan Afiqah memang suka betul petik strawberry. Berebut-rebut nak gunting tangkai strawberi. Tapi jangan risau, masing-masing ada peluang untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan ini. Yang penting anak-anak happy buat perkara yang tak dapat dilakukan di Kuala Lumpur.

Untuk 100 gram, RM6.00 dikenakan. Kalau tak nak petik, boleh beli terus strawberry yang baru aja dipetik dengan harga RM15 untuk satu kotak. Tak sure pula berapa gram, maybe 300-400 gram.

Jangan risau untuk ke Taman Santai Strawberi, ianya tidak susah, ada papan tanda di bulatan Genting Highlands.

11 comments:

Lida Rahim said...

wah sangat berbaloi utk satu pengalaman memetik stoberi..

LR baru jer balik dari CH.. sekali masuk kena RM25 utk setengah kg stoberi.. alahaiiiii sblm tu dah beli dah stoberi.. so kempunan la nak petik huhu

usul akan dipanjangkan kepada my ES ;p

thanx for the info

eelobor said...

thanx berkongsi.... boleh pegi juga nih

amirah said...

best kan sekali sekala buat aktiviti macam ni..

velasrizal said...

dah penah pegi kt sini dgn zarip

Geng Borak said...

rindu kat genting... memori indah mengajar kat sana,.

sahromnasrudin said...

mantap bro...

aku ekynn said...

bestlah kalau dapat jalan2 kat genting sambil feeling2 kat europe..makan strawberi lak..nak ikut.. nak ikut..

hazman aka species1980 said...

strawberi cicah ngan coklat cair....baru sedap...

ainasuhana said...

bru lepas pegi genting.. len kali nak singgah lah..

Kancilbiru said...

seronoknya..cicah dengan susu pekat manis pun sedap gak..

miss nina said...

bestnya dapat petik buah tu.
dahla fresh