Pages

Wednesday, November 25, 2009

Ya Kasih...... Bukanlah Nur Kasih Le.......

Danish and Afiqah, selalu sebut, ooooo ya kasih... Hmmmm aku ingatkan apa rupa-rupanya, diaorang nak cakap Nur Kasih... Oooooo macam tu, so aku google le kat internet, so very surprising to see that 2.05 million hits on google.... wow banyaknya entries mengenai Nur Kasih..... Lepas tu kalau click posting pasal Nur Kasih adalah sebanyak 155,000... Hmm memang hit le citer ni.......

Then aku pi le kat web TV3 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai drama ni.... So ni sinopsisnya bagi yang tak berkesempatan atau tak pernah tengok citer ni.......



Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.



Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

Begitulah ceritanya so this week ialah episod terakhir.. By the way, citer ni ditayangkan di TV3 setiap hari Jumaat kul 9 malam......

Sinopsis Nur Kasih Episod 26

Aliya memberitahu Nur Amina bahawa dia redha jika aidil berkahwin dengan Nur Amina. Nur Amina berang kerana mereka beranggapan dia tidak mampu hidup sendiri. Nur Amina menolak dan tetap setia menunggu Adam pulang.

Nur Amina mengambil keputusan untuk bekerja semula di syarikat milik Adam. Pada mulanya, mereka semua keberatan tetapi akhirnya mereka memberi kebenaran.

Ketika menaiki keretapi untuk ke Kuala Lumpur, Nur Amina bertemu dengan Adam. Nur Amina membawa Adam pulang. Mereka semua terkejut bercampur gembira melihat kepulangan Adam.

Antara gambar-gambar di dalam citer Nur Kasih.....

12 comments:

hisham said...

salam...nice en3...mmg best...kee[ up

ArELeEz said...

leez kdg2 tk, kdg2 x. sungguh xkonsisten! he3..

cik EPAL said...

suke tengok cerita nii ;)

miss s.e.r.e.n.i.t.y said...

slaam ziarah..
nice blog..

Sharinginfoz said...

cik epal: hmmmm memang sangat yang suka tengok kan...

areleez: biasalah kan chipsmore, sekejap tengok sekejap tak kan..

hisham: thanks..... nanti dtg lagi ya...

athirah: salam.... thanks.. jgn lupa do visit again...

Eyriqazz said...

Nur kasih mmg best...

Fauzzan Helmy Anuar said...

Sharinginfoz
Terima kasih ye
Al-maklumlah
Lagi-lagi nak raya nikan?
Eh, ada dua blog
Yang mane satu official yang ley difollow ni?

Sharinginfoz said...

fauzzan: hmm memang dua blog, terpulang le, kalau yang personal is somthing is special dan kalau yang nak formal punya sharing is power....

eyriqazz: hmmmm memang ramai yang cakap best kan...

r0sLiNa said...

ska tngok cite nie..jln cite best lain dr yg lain..btw dah click ur nuff

Sharinginfoz said...

roslina: tu namanya kreatif kan.....

reb@rn said...

thAnks for the sUmmary. hMm.... nanTi nak tengOk.

Sharinginfoz said...

reborn: u are welcome... ramai yang cakap sodap....