Pages

Saturday, February 18, 2012

Sedap Makanan Arab @Saba Restoran Dataran Setiawangsa

Jom kita teruskan jalan-jalan cari makan. Kali ini kat Saba Restoran yang bertempat di Dataran Setiawangsa, berhadapan dengan LRT Setiawangsa. Memang makanan Arab sangat popular di restoran ini.

By the way, kitaorang take away. Yang ni ialah Chicken Mandi. Mandi adalah masakan tradisi penduduk Yemen yang mana ianya menggunakan sama ada daging atau ayam, nasi basmati dan pelbagai rempah (wiki).

Tengok nasi basmati ni memang sedap, berasnya panjang-panjang. Cukup colourful nasi ini.

Ianya didatangkan dengan lada. Tak berapa pedas, just nice.

Ini pula kuahnya, ada kentang, carrot, macam kuah dal le pula. Anyway, chicken mandi ni ada dua saiz, quarter dan half. Kitaorang beli yang half @RM17.00. Memang banyak, boleh makan 2-3 orang. Memang cukup kenyang. Kalau yang quarter ianya RM12.00.

Rating yang saya bagi untuk nasi mandi chicken ni ialah 8.2 out of 10. Maybe next time kena beli chicken grilled, baru garing sikit.

Yang ni pula kebab ayam @RM7. Memang sedap sangat ngan ayamnya cukup rempah, ditambah dengan fries dan sayur-sayuran yang digulung. Ratingnya 8.6 out of 10 tapi kurang sos so kenalah tambah mayonis dan sos cili.

Ditambah ngan tax 6%, semuanya just over RM25.

Ni le menu untuk makanan Arab kat Restoran Saba.

By the way, waktu perniagaan adalah dari pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah malam kecuali Jumaat buka kul 2.30 petang.

7 comments:

nur amalina athman said...

nasi basmati mmg sedap..:)
panjang2 kurus2..:)

amal said...

mmmmm.. lamanya tak makan nasi saba' ni. memang sedappp.. kalo husband dia suka makan lamb kabsah.. lamb dia memang lembut sangat.. rindu nak makan. kat sabah takde huhu

kurus said...

ada mamber akak yg pandai buat nasi arab nie .. merasalah jugak makan ekkeke ;)

Lin Maa said...

wowo..sedap nyer..boley try ni..harga pun murah gak..
biasa mkn nasi arab kt senawang jer..
entri yg menarik...www.azrulin.blogspot.com

Geng Borak said...

waaaahh.. sedapnya!! dah ada kat setiawangsa eh.

Farra Da Smiley said...

this is my feveret ever! tak penah jemu lg...mmg salu gak tau mkn kat saba setiawangsa..yum3

Murni Alfathunnisa said...

Popular restoran saba ni..tq for the review.