Pages

Monday, February 6, 2012

Roti Canai Sedap di Gerai Majlis Daerah Raub

Siapa tak suka dengan roti canai kan? Kali ini nak bercerita mengenai roti canai telur di Gerai Majlis Daerah Raub, Pahang. For me ianya cukup sedap. Memang lembut dan rangup. Ianya "dikerat" kecil-kecil. Makan panas-panas memang cukup menyelerakan.

Pelbagai jenis kuah dan sos ada. Yang kacang dal, kari dan juga sambal. Kalau ikutkan rating ianya pada 8.4 out of 10. Memang sesiapa yang berada di Raub ataupun melalui kawasan ini, patut cuba roti canai di tempat ini. Hanya satu kedai yang menyajikan roti canai. Kalau tak silap namanya Pak Ngah.
Afiqah sungguh teruja untuk melihat dengan lebih dekat cara diaorang menebar dan "memasak" roti canai. Afiqah cakap tak susah nak buat benda alah ini. Ya le tu....... Nampak memang cukup senang, cuba buat sendiri.

Inilah Gerai Majlis Daerah Raub yang saya maksudkan. Memang ramai juga yang singgah kat sini, tidak kira mereka yang tinggal di kawasan yang berdekatan mahupun mereka yang melalui kawasan ini.

6 comments:

eelobor said...

dah lama la tak makan roti canai "cotek"... terliur la pulak rasanya

velasrizal said...

ooh kedai ni sblom masuk bndar raub lagi.. xpenah try sbb agak jauh sket dari kampung

Nur Fauzi said...

dek kerana berat bdan yang semakin bertambah, dan jumlah kalori yang tinggi pada roti canai, terpaksalah diri ini mengurangkan pengambilannye....

cimon said...

TERBAIKK!!!

maszuki said...

alamak, kenapa la sya baca blog tuan time gini lak ni.. lapa da plk...

theizzs said...

wlupun wa raub, xpernah g mkan sini pon! huhu