Pages

Friday, February 17, 2012

Macam Mana Nak Beli Tiket Flight Airasia

Hari tu ada yang bertanya macam mana nak book @beli tiket flight kat Airasia.

Mula-mula masuk website, Airasia. Then masukkan username dan password. Kalau tak ada daftar dulu ya.

Lepas tu kat sebelah kanan tu pilih destinasi nak pergi, tarikh dan juga jumlah penumpang yang diperlukan.
Sistem akan pilih waktu dan harga. Kalau tak suka ngan pilihan tersebut, boleh tukar. Tapi of course biasanya waktu di awal pagi atau waktu malam lebih murah. Tapi untuk ke tempat lain maybe formula ini tak boleh diguna. Apa-apa pun, kita boleh tengok harga untuk setiap waktu dan bandingkan harga promo ngan harga biasa untuk Airasia.



Lepas kita pilih, tengoklah jumlah yang perlu dibayar. Tapi ingat jumlah ini, adalah harga tiket+caj bahan api+airport tax. Tak termasuk benda-benda lain. Macam kes ini untuk 4 orang adalah RM644.

Lepas tu pilihlah nama penumpang, by the way, nama ni memang dah ada dalam sistem sebab saya dan masukkan awal-awal. So tak le susah untuk kita isi.

So kalau nak tambah makanan ke, nak letak barang dalam kapal terbang tanpa kita bawa dalam flight, so kenalah beli untuk "simpan" barang. Ikut berat yang kita nak. Kalau memang nak bawa semua sendiri dengan kita tak perlu le beli tapi ingat ada had.

Seterusnya pemilihan tempat duduk. By default, sistem dah pilih seat yang mahal, i.e RM30 so untuk 4 orang pergi dan balik, ianya RM240 (RM30X4X2).

Apa lagi tukar le, buat apa nak bayar mahal-mahal kan. Cuma click sebelah kiri, "reselect". Kalau seat merah RM30 satu tapi seat yang kelabu tu hanya RM6 satu.

So untuk 4 orang pergi dan balik semuanya RM48 (RM6X4X2). Kesemuanya adalah RM747.

Belum habis lagi. Untuk insurans, chargenya adalah RM18 seorang. Kalau tak nak jangan ambil ya tapi baca dulu apa benda yang diaorang cover ya.

Selepas siap semua, pilihlah cara pembayaran. Dinasihatkan bayar guna direct debit. Kalau guna kad kredit kena caj lagi.

Kalau nak guna direct debit, banyak banyak yang kita boleh guna melalui internet. Pilihlah yang mana satu bertepatan dengan anda.

Lepas tu keluar benda alah ni, tak ada apa-apa, cuma kalau guan firefox, pop up tak keluar. So sepatutnya kena adjust benda alah ni tapi OK aja.

Macam guna maybank2u, pagenya sama ngan biasa, masukkan ID.

Then apa lagi password.

Pas tu jumlah yang kita kena bayar untuk tempahan Airasia. Pelik gak sebab harganya jadi RM699 pula. Sepatutnya RM747. Maybe diaorang waivekan caj untuk seat RM48.


Sebelum bayar, of course maybank2u mintak TAC. So request le ya then ianya akan dihantar ke telefon melalui SMS.

Bila dah request. Keluarlah benda alah ni confirm dah dihantar ke telefon. Masukkan TAC, then tekan confirm kat page tadi.

Lepas tu keluarlah page ni, sah mengenai penerbangan yang kita pilih tadi. Ingat booking number ya, butir-butir penerbangan dihantar ke e-mail kita. Itulah sedikit sebanyak mengenai macam mana nak book tiket Airasia.

16 comments:

eelobor said...

lengkap....

ejaMaria said...

TQ... sy selalu je tertanya-tanya tang limit yg bole bawa barang dm flight... bila dah nampak mcm ni baru la clear... TQ sangat-sangat...

MAYA said...

AA kalau time peak hours, susah gak nk buat book.. dh setahn tak naik AA.. hehe..

btw, good info..

amirah said...

bagus untuk sesiapa yg nak tau ni..

Mak Lagenda said...

Tak pernah naik kapal yg blh terbang ni* percaya tak??*

hua hua hua...

hazman aka species1980 said...

TUTORIAL secara step by step nie pasti akan lebih bantu orang lebih memahami...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

blom pernah naik air asia. bila la nak merasa yer tapi nak naik yang free :p

Anonymous said...

booking tiket Emirates Airlines bleh tunjukkan sebab gua nak kna pegi dubai pegi ziarah sepupu kat sana.....

mamaNoriz said...

nak ke mana tu bang Nik?

cuti2 malaysia ek..

ainhany said...

mekasih..
terkasima dgn ilmu dikongsi.
mekasih dan happy holiday

Sharinginfoz said...

amirah: he he he, nantikan tapi bukan dalam masa terdekat

anon: sorry tak tahu maybe sesiapa yang ada pengalaman boleh bantu

Smiley said...

cek dulu harga tiket terendah dr fleapy.com..then baru book di AA :)
sharing is caring

ARIKA said...

Mcm x oleh masuk je fleapy ne... Selalu ok je... Blh tlg confirmkan x.. Thanks...

Karma said...

baru baru ni tersempak flynow.my.. cari tiket terendah airasia pastu blh gi compare ngan airline lain, mas, jetstar etc.. mmg best..

tatie aziz said...

terima kasih sgt2...

abdul hanif said...

saya x faham dgn cara pembayaran. . ade spe2 blh tlg explain x?? nk pergi indon 2 bulan 9 ni da.. help me