Pages

Sunday, February 5, 2012

Apa Ada di TEMAN Wakaf Che Yeh Kelantan

Pernah tak dengar mengenai Terminal Agribisnes Negara (TEMAN)? Ianya sebuah pusat pembekalan makanan moden yang menghubungan pengeluaran dengan pengguna. Baru-baru ini saya pergi ke TEMAN yang bertempat di Wakaf Che Yeh, Kelantan.

Macam-macam ada kat sana, ianya seperti pasar tani.

Makanan sudah tentu banyak ada kat sini.

Jeruk-jeruk pun boleh didapati.
Kalau yang minat dengan bunga ianya pun ada kat sini.

Memang ramai yang mengunjungi TEMAN di Wakaf Che Yeh. Tempatnya tidak jauh dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, kalau tak silap tak sampai 5 kilometer.

Makanan yang sinonim dengan Kelantan adalah akok. Dimasak di bawah bara api.

Pelbagai jenis dan corak kain boleh didapati di sini. Yang bagusnya ianya agak tersusun dan kebersihan dijaga.

Ayam, itik, arnab dan macam-macam jenis haiwan peliharaan boleh didapati.

Pernah makan sate ikan or lokcin (panggilan orang Kelantan). Bolehlah rasanya dan dijual dengan harga 20 sen satu cucuk.

Tak lengkap kalau tidak beli sayur-sayuran

Kalau dah letih berjalan kat sini, boleh masuk kat dalam, ada beberapa gerai dan tempat duduk disediakan bagi menjamu selera. So kalau melawat ke Kelantan, boleh singgah di TEMAN Wakaf Che Yeh tapi ingat ianya dibuka pada waktu pagi aja (kalau tak silap).

5 comments:

Muaz Faris said...

wah, baru ke ni??

kalo wakaf che yeh tu selalu gak saya gi kalo balik kampung!!

Farid Adam said...

boleh la singgah2 bila travel ke kelantan bulan 5 nanti...

- www.faridadam.com -

Mak Lagenda said...

bnyknya brgan yg dijual di situ..

Insan Biasa said...

dulu lokcin seposen je, skg da 20 sen eh?

amirah said...

best ni..kalau tak dtg rugi