Pages

Tuesday, February 7, 2012

Duit Syiling Baharu Sudah Berada di Pasaran

6 bulan yang lepas Bank Negara telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena pengenalan siri syiling baharu. Kini ianya sudah berada di pasaran. Baru-baru ini, semasa membeli barangan dapat syiling baru 10 sen.

Pas tu tengok member dapat yang 20 sen, so mintak tukar dengannya. Memang OK juga syiling baharu ini terutamanya yang 20 sen, warna keemasan. Kalaulah duit tu diperbuat daripada emas, memang kayalah kan?

Inilah corak kat belakang syiling tersebut yang mempunyai 14 titik yang melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Tengah tunggu duit yang 5 sen dan 50 sen. Sekarang ni, memang teruja kalau dapat duit syiling baharu tetapi lepas ni, bila dah banyak di pasaran ianya biasa aja kan.

8 comments:

Nur Fauzi said...

lama lama nanti duit yang lama tu pulak yang orang nak cari buat koleksi.

macam duit RM20 yang warna coklat dulu tu. Susah sangat nak jumpa sekarang

eelobor said...

dalam minggu lepas ada singgah makan kat kedai mamak. bila dia nak bagi duit baki, dia terperasan duit baru, kemudian dia tukar balik ngan duit lama. hahahha.... kelakar betul lah mamak tuh. macam la aku "pelahak" sangat nak pegang duit baru tuh. tak de rugi ape pun......

Geng Borak said...

dah banyak jumpa kat kedai2 warung pun.. tapi nampak macam "cacat" sikit laaa duit nih.. huhuhu

velasrizal said...

blom jumpa lagi duit syilling baru ni

Naz Al Yahya said...

dah pnh dapat sejak 2 minggu yg lalu, msa nak naik komuter dr stesen subang jaya. hehehe

Mak Lagenda said...

mak pun dah dpt duit dua pohsen dan sepohsen last week. Mungkin dah semakin banyak dlm negara kita ni..

HeNRieTTa JoSe said...

oooo...dah di pasaran erk.....

psss....terima kasih yea....duet ketas dah pown selamat disimpan oleh orang yang dihajati....trimas....

hazman aka species1980 said...

hurmm.... ramaii orang cakap duit syiling baru nie macam token kedai game jee...haishhh