Pages

Tuesday, February 7, 2012

Jom Makan Colek di Pantai Cahaya Bulan (PCB) Kelantan

Bagi yang melancong di Kelantan jangan lupa singgah di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Memang ramai betul yang datang, cukup sesak dengan kereta dan sukar untuk mencari parking.

Selain daripada bermain di tepi pantai dengan menikmati suasana angin sepoi-sepoi bahasa dan bermain layang-layang serta menikmati masa bersama keluarga, boleh juga cuba colek. Tahu tak apa itu colek? Ianya makanan laut yang digoreng dan dimakan @dicicah dengan sos.

Ikan, udang, ketam, sotong, bebola ikan dan macam-macam lagi.

Memang menyelerakan dan terdapat banyak kedai @gerai yang menyediakan makanan ini. Kalau tak silap lebih 30 gerai. Pilihlah yang mana satu yang menarik hati.

Dahaga dapat dihilangkan dengan air kelapa @RM3.00. Satu biji kalau nasib baik dapat isi kelapa yang mudah.

Memang sedap dimakan.

Harganya berpatutan, bergantung kepada jenis apa yang kita ambil.

Cicah jangan tak cicah dengan sos yang disediakan.

Suasana cukup santai di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Sebelum ini namanya adalah Pantai Cinta Berahi. Memang patut ditukar nama kan?

6 comments:

KiD said...

fuuuhh.. memang sedap laaah colek2 nih.. kena pulak dengan kelapa

cheqna said...

lama tak g PCB..
sedapnya tengok makanan =)

Bo the Nerd said...

Makan colek2 sambil rambut di tiup angin sepoi sepoi bahasa...best!

JMR said...

Cccoolek ni memey sedak boh..kawe pon lamo doh dok gi PCb nih..

~aSHa~ said...

mmg nama lama tu tak sesuai..mengundang pelbagai 'cinta terlarang'

HeNRieTTa JoSe said...

dah lamer bebenor xlay park PCB....huhuhu....