Pages

Wednesday, February 15, 2012

Boleh Tahan Gak Makanan di Mango Chili @Wangsa Walk

Hari tu pi makan kat Mango Chili di Wangsa Walk. Ni le first time makan kat Mango Chili. Macam-macam makanan ada, mostly ada mangga.

Alamak lupa pula makanan apa le ni. Kalau tak silap ayam masak gajus. He he he, main belasah aja menu ni. Rasanya bolehlah, memang ada rasa masam-masam tapi ianya for me masin sangat le. Kerabu mangga just OK. Secara keseluruhan makanan ini saya bagi rating 7.5 out of 10.

Yang ni pula ayam bakar tapi yang tak berapa ialah rasanya macam kunyit aja. Tak ada rempah sangat. Tapi bila makan dengan sos ni, ianya sedikit sebanyak boleh menambahkan rasanya. Rating saya bagi 7.4 out of 10.

Air lemon tea dan bandung, ok le. Tak nak komen sangat ngan air, macam tempat lain le.


Untuk 2 set nasi ngan air, semuanya ialah RM24.50. Kalau nak satu kelainan boleh gak cuba makan kat Mango Chili ni. Maybe kepada yang pernah makan sini, bolehlah share apa pandangan semua mengenai makanan kat sini ya.

6 comments:

eelobor said...

pernah sekali makan kat sini... ambik tomyam. boleh tahan jugak rasanya... tapi masih ada yg lebih sedap

sarah mohamad said...

Macam besttt jek. Dah la saya suka mangga nih hehehehe

hazman aka species1980 said...

bro... kalau tak silap kat sini makanan yang konsep makanan siam kan...

SURIA AMANDA said...

yeayy...jom terjah ramai2...

Azrul Hisham said...

hari tu ada makan dekat branch dekat Giant Taman Kinrara...boleh tahan juga la makanan kat situ :)

rasp said...

pernah makan kat sini...
tried the tomyam ok gak...
food dia pun bagi i kira ok je lah...