Pages

Friday, December 16, 2011

Anda dan Wang Anda

Setelah beberapa lama baca buku ini, "You and Your Money" oleh Alvin Hall, ianya hampir dah nak habis. So actually banyak benda ada dalam buku ini berkenaan dengan wang anda. Actually meliputi wang dan anda, ibu-bapa, adik-beradik, kerjaya, anak-anak, persaraan dan macam-macam lagi.

Apa yang saya nak kongsi kat sini ialah mengenai anda dan anak-anak. Secara ringkasnya ialah:
  • Ajar anak-anak anda mengenai realiti berkaitan dengan wang
    • Jangan harapkan sistem pendidikan, kerajaan ataupun media. Ianya sepatutnya datang daripada kita sendiri, kata-kata yang kita sebut dan juga perbuatan. Ini juga termasuk dengan bagaimana kita mengawal wang dengan tanggungjawab.

  • Simpan wang di tempat yang sesuai
    • Anak-anak akan memerhatikan tingkah laku kita dan bagaimana kita mengawal wang dan simpanan sangat penting. So pandai-pandailah kita simpan tempat yang sepatutnya.

  • Fahami bagaimana perubahan anak-anak apabili meningkat dewasa
    • Kita perlu bercakap dengan anak-anak mengenai kewangan. Sedikit sebanyak "turunkan" ilmu tersebut kepada mereka.

  • Hadkan perbelanjaan ke atas anak-anak
    • Anak-anak akan belaar bahawa kehidupan ini mempunyai had dan batasan. Secara tidak langsung, mereka akan belajar mengenai perkara ini. So kalau nak beli something kepada anak-anak, jangan turuti semua ataupun beli pada masa hadapan.

  • Ajar anak-anak untuk berdikari
    • Terlalu "memanjakan" anak adalah sesuatu perkara yang tidak patut dibuat. Kalau kita teruskan ianya akan "melatih" anak-anak untuk menjadi negatif apabila berhadapan dengan dunia semua.

  • Bersama-sama dengan pasangan
    • Ini sangatlah penting kerana apa jua benda or perkara yang hendak dilakukan patut berbincang dengan pasangan, jangan pandai-pandai aja terutama untuk mendapat sokongan bagi menjayakan sebuah keluarga yang tahu mengawal kewangan.

4 comments:

hazman aka species1980 said...

hmmm.... dah lama la tak beli buku ilmiah macam nie....

rasp said...

kids kalo dari mula diajar utk bijak berbelanja mmg elok...
insyaAllah sampai ke besar dia akan beringat.....

sahromnasrudin said...

semoga mereka tahu akan kesusahan kita kan

amirah said...

thanks untuk tips ni bro nik