Pages

Saturday, June 8, 2013

Jom Makan di Selera Lubuk Buaya, Pantai Chenang, Langkawi

Semasa di Langkawi, sempat singgah makan seafood di dua tempat, selain daripada Restoran Bamboo, yang ni pula ialah Selera Lubuk Buaya, yang terletak di area Pantai Chenang. Actually, dari Pantai Chenang, bila sampai simpang tiga, then belok kiri, dalam beberapa ratus meter sebelah kanan tu ada le tempat ni, memang tak miss sebab ianya penuh dengan lampu warna-warni.
Ni le antara menu yang ada kat sini.
Ni pula senarai harga minuman.
Ni senarai harga seafood ya, boleh di katakan harga kat sini berpatutan. Tengoklah ketam hanya RM40 sekilo jika dibandingkan dengan tempat lain, harga ni antara termurah tapi tak boleh lawan dengan kat Umbai, Melaka yang berharga RM32 sekilo.
 Pilih jangan tak pilih, ikan kat sini memang segar.
Yes, ketam ada. Memang salah satu lauk kegemaran saya.Sebelum ni tak tahu lagi nak pilih ketam male or female, selepas pi Restoran Bamboo boleh le kita pilih ketam female ya, isinya lagi banyak dan ada telur.
Sotong sudah semestinya, masak celup tepung memang terangkat.
Masam je anak-anak, lapar agaknya. Kat Danish order fries.
Kailan ikan masin dan telur dadar boleh tahan juga rasanya. Kailan saya bagi 7.7 out of 10. Ianya cukup lembut tapi sesetengah orang tak suka yang dimasak lama sangat.
Sup ayam ni memang kegemaran Afiqah. Tapi ianay sedikit cair kuahnya. Apa-apa pun yang penting anak suka, yang ni saya bagi rating 7.5 out of 10.
Ikan kerapu bersaiz sederhana ni memang saya suka, ianya dimasak sweet sour, yang penting ikan ni garing dan isinya tak keras. Yalah, kalau terlalu garing tak boleh nak menikmati kesedapan ikan. Yang ni saya bagi rating 7.9 out of 10.
Memang kat Langkawi ni, banyak betul tempat makanan laut. Tak tahu nak pilih yang mana satu, tapi yang kat Lubuk Buaya ni, kami maybe datang lagi. Anyway pasal ketam masak cili ni, kuahnya pekat dan boleh tahan juga rasanya. Oleh itu saya bagi 7.9 out of 10. Kat Aroma, Kuala Selangor, ianya lebih sedap.
Ni sotong celup tepung, memang garing tapi isinya sedikit liat. So saya bagi rating 7.3 out of 10. Tapi ianya lebih sedap jika dibandingkan dengan di Muara, Tanjung Harapan, Port Klang.

Untuk makanan di atas dengan fries dan air, kesemuanya adalah RM61.Secara keseluruhan, makanan di Selera Lubuk Buaya ni, boleh tahan juga dan harganya berpatutan. Bila datang di Langkawi, jangan lupa singgah sini ya.

4 comments:

LaLa mhdnor said...

suka ketam, tapi x reti sgt makan ketam tu hehe

Suria Amanda said...

Rm61...huish..murah giler dh tu...

shahrilhakime said...

last awok pegi Langkawi tahun 2006 dulu....takde lagi rasenye kedai ni...... ke awok silap... sebabnye...awok stay kat Pantai Chenang ....... macam tak banyak kedai rasenye....

Zaza Abdul Latif said...

total namploh satu hengget???
murah nya... kalau kat kl mmg tak dapek lah..