Pages

Wednesday, June 12, 2013

Seronok Bermesra dengan Haiwan di Bird Paradise Wildlife Park Langkawi

Masa pi Langkawi baru-baru ini, sempat singgah di Taman Hidupan Liar or Bird Paradise Wildlife Park yang bertempat di Kampung Belanga Pecah.
Sebelum masuk sempat bergambar dengan burung.
Anyway untuk warganegara Malaysia, dewasa dikenakan caj RM15 manakala kanak-kanak sebanyak RM10, so untuk kami sefamili, ianya RM50. Memang inilah salah satu tempat yang sangat berbaloi untuk keluarga jalan-jalan.
Jangan lupa bila masuk belilah makanan untuk diberi kepada haiwan di sini. Ianya dijual di dalam bungkusan @RM6 setiap satu. Kami beli dua bungkus.
Dalam bungkusan, ada kacang, jagung, bijiran,
carrot, pisang, kobis dan macam-macam lagi. Kalau tak beli rugilah, tak dapat le nak bagi makanan pada haiwan.
Kat luar kandang haiwan tu ada diletak tanda bagi memudahkan pengunjung bagi makan kepada haiwan.
Sebagai contoh untuk burung, bolehlah bagi jagung or kacang.
 Comel sungguh burung kat sini.
 
 Tengok tu tengah makan.
Ewah ewah berdiri dengan satu kaki aja ya.
Buaya tak nampak pula orang bagi makan.
Burung yang kita tak pernah tengok pun ada.
Ni apa benda ya.
Tengah mengira nak bagi makanan apa kot Danish dan Afiqah ni.
Memang arnab ni menjadi tumpuan kat sini.
Macam-macam warna ada.
Burung merpati pun ada kat sini.
Bergambar dulu dengan pony sebelum bagi makan.
Pelanduk dua serupa?
Last sekali pi tengok monyet. Afiqah suka betul ngan monyet ni. Lain kali melawat Langkawi boleh singgahy di Bird Paradise Wildlife Park lagi. Tapi tak ada wildlife animal pun? Buaya aja kot.

Bagi yang nak bercuti, apa kata cuba-cuba le check di Agoda untuk mendapat sedikit idea mengenai tempat penginapan yang menarik dan berpatutan.  

7 comments:

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

eh eh, best juga kat dalam dia.. dulu pergi tak masuk kat dalam pun.. just main burung kenyalang yang dorang ada letak kat pintu utama.. tu dlu la, sekarang tak tahu ada lagi x

icee-yah said...

aahla .haiwan apa yang coklat tu ek.comel jugak.hiii:)bestla kids dapat bagi makan kat animal:)

D_08 said...

alahaiiii...teringat kenangan last pegi dengan arwah ayah awok ke Langkawi......

Eliss Mie said...

untung masuk sini. jarang boleh bagi makan kat binatang ni kan :)

Rasp said...

wahhhhh bestnya...
leh feeding plak tu....
rugi aaaa hari tu tak singgah....

Eyriqazz said...

Cool..bolehla pi sini nanti kalau pergi langkawi..dah 2-3 tahun tak pi langkawi ni

ZazaMyMoon said...

best jg tempat ni yer ala2 zoo.
tapi tak sempat ke sini aritu huhu