Pages

Wednesday, June 26, 2013

Jom Buat Scaling @Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Greenwood

Baru-baru ini pergi ke Klinik Pergigian Sharifah Aminah di Greenwood, Batu Caves (03-6184 1153). Ok juga klinik gigi ni, selalu pi sini. Kali ni tujuannya adalah untuk buat scaling. Scaling ni secara mudahnya ialah untuk membersihkan gigi kita le. Ianya dapat membuang apa-apa yang patut di gigi kita.
Bagi dewasa, kos untuk scaling dan juga polish gigi adalah di antara RM75-RM150. Bagi saya ianya ditanggung oleh majikan tempat saya kerja. Hmmm, proses scaling ni bergantung kepada keadaan gigi kita. Anyway masa yang diambil untuk buat benda alah ni untuk saya adalah lebih kurang 15 minit.

Tanya gak dentist tu, berapa kerap kena pi jumpa diaorang. So beliau sarankan agar check gigi kita setiap 6 bulan tapi kalau tak sempat, setahun sekali kenalah pergi. He he, agak-agak bila le last time kita jumpa doktor gigi ya.

Ngilu juga dibuatnya dan in between kena kumur. By the way, masa buat benda alah ni, satu tiub dimasukkan dalam mulut bagi menyedut air or apa-apa bahan dalam mulut kita bila buat scaling ni.
Ni pula kos untuk benda-benda lain, i.e. cabut gigi yang mana di antara RM50-RM100 sebatang. Boleh tahan juga harganya.

OKlah kawan-kawan, maybe ada yang nak share pandangan or pengalaman jumpa doktor gigi, tak kira le untuk tujuan apa ya.

2 comments:

Eliss Mie said...

saya memang buat scaling setiap tahun. tahun ni awal tahun hr tu.sama pulak entry kita :)

Nicky Kiko said...

Kalau filling pulakk agak2 berapa ??? Gigi saya caries .. boleh ker nak filling ???