Pages

Monday, June 24, 2013

Indeks Pencemaran Udara (IPU) @Jerebu Terkini di Malaysia

Sekarang ni di Malaysia, kecoh dengan jerebu. Anyway saya nak share mengenai indeks pencemaran udara (IPU). Nak tahu bacaan terkini, boleh check di laman sesawang Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar or DOE.

Sebagai contoh di Port Dickson, Negeri Sembilan, bacaannya adalah 193 pada hari ini, 27 Jun 2013 pada pukul 5 petang. Ianya lebih baik jika dibandingkan pada bacaan 335 pukul 7 pagi tadi.
Di Cheras, Kuala Lumpur pula, ianya pada bacaan 168 (5 petang) manakala Pelabuhan Klang, Selangor adalah 319.

Secara kasarnya bacaan melebihi 300 adalah merbahaya dan sekolah kena tutup jika ianya melebihi tahap ini. Manakala jika bacaan 250-300, sekolah boleh dipertimbangkan untuk ditutup. So awasi le anak-anak sewaktu jerebu ni. Jangan lupa pakai penutup muka @mask ya.

1 comment:

HiDa said...

kat Tanjung Malim bacaan kul 7 pgi tdi 175.. dah 2 3 hari sakit kepala, tekak dan pedih mata.. :(