Pages

Sunday, June 9, 2013

Memang Seronok Beli Coklat di Haji Ismail Group, Langkawi

Kalau pi Langkawi, memang tak sah kalau tak beli coklat kan? Memang mrah dan macam-macam jenis coklat ada kat sini. So kami habis lebih kurang RM400 untuk shopping coklat. Memang beli sakan terutamanya yang Bueno sampai satu kotak.
Tempat yang dituju adalah Haji Ismail Group, masa pi tahun lepas tak ada lagi kompleks ni, sekarang ni memang dah besar perniagaan HIG ni. Jom kita tengok antara coklat yang ada kat sini.
Daim adalah coklat yang digemari ramai. Kalau kat KL memang mahal benda alah ni, lebih daripada RM20 or hampir RM30 satu pack ni.
Ferrero Rocher pun sini memang murah, tengoklah yang kotak 30 biji tu baru RM21.50.
Anybody suka coklat Hersheys tak?
Coklat yang dalam pack kecil @tiny pun ada, antaranya Bounty, Mars dan Snickers.
Inilah Kinder Bueno yang saya maksudkan, by the way, yang satu kotak tu saya beli kat Cocoa Valley. Kebetulan masa singgah kat sana, nampak coklat bueno lebih murah. 
Ni coklat berbiji yang biasa kita tengok kat mana-mana.
Coklat yang jenis seashell memang banyak dan murah kat sini.
Masa tanya staff kat sini dulu diaorang cakap coklat kat HIG ni memang halal, sebagai contoh Whittakers.
Memang kegemaran saya yang jenis almond gold, whittakers memang sedap. Masa kat airport sebelum ni cari juga coklat whitakers tapi tak pula jumpa. Kat Langkawi memang banyak.
Bagi yang nak solat jangan risau, surau kat HIG ni memang disediakan, luas dan selesa.

10 comments:

Eyriqazz said...

wah,bukan main shopping bro..terlebih bajet tak rm2k tu?

Sharinginfoz said...

eyriqazz: memang rambang mata bila tengok coklat kat sini, anyway duit hari tu lebih lebih RM14 setelah ditolak kos penginapan RM180.

D_08 said...

Makin hebat HIG ni........ Makin beso bisnes die...... Kalo tak salah HIG ade lebih satu kedai kat Langkawi tu kan?.... Memang sakan beli coklat ye......

madkie said...

langkawi tempat best dilawati...bestyer..

ZazaMyMoon said...

mmg heaven choc kat HIG ni
lagi2 dia dah bukak mall dia, lagi besarrrr ;)

Suliana said...

sy x pergi pun HIG yang besar ni.. kat mana lokasinya? en suami bawa kt bandar kedai lama yg kecik tu. tpi mmg best beli coklat kat sana. fulus je tak berapa nak best. hehe

Abe Kie said...

last gi Langkawi thn 2015..hmm..nampak gayanya kena pergi lagilah..kali ini dgn anak2.

Lily Sakinah said...

Skrg 2013..abe kie 2015 pelik tu

rara said...

nak order cokelat langkawi mai page fb kami https://www.facebook.com/kedairuncitonlinecokelatlangkawi

Afif Azli said...

Teringin nak pegi Langkawi :/