Pages

Sunday, June 16, 2013

Aroma Ikan Bakar Lagi!

3 minggu yang lepas kami pi makan di Aromo Ikan Bakar @Kuala Selangor dan semalam pi terjah lagi. Memang suka makan kat sini especially dengan suasananya di tepi laut.
Kali ini kami cuba ikan kerapu 3 rasa. Memang sedap dan of course ikannya yang garing, menjadikan makanan ini lebih sedap tapi ianya sedikit pedas. It is Ok sebab saya suka dengan kepedasannya. Menikmati ikan kerapu memang sedap. Berapa kali saya nak cakap perkataan sedap? He he.
Cuba ketam masak kari tapi saya lebih suka masak cili. 
Ni sotong goreng telur masin, kat sini tak berapa garing tapi OK.
Cuba tomyam since sebelum ni ambil sup ayam. Boleh tahan juga rasanya.
Telur dadarnya berminyak.
Keseluruhan untuk makanan ini bersama dengan air, just over RM60. Ianya berpatutan since, saiz yang kami ambil sederhana.
Masa mentah nampak sikit aja, tapi bila masak memang mengenyangkan untuk dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak since my son makan benda lain.

Maybe kalau terasa nak makan lagi, akan kami terjah sebelum bulan puasa pula di Aroma Ikan Bakar @Kuala Selangor.

5 comments:

mama tisya said...

wah terjah lg..yummm..masak 3 rasa sy suka gk tp suka siakap..ketam tu suka goreng telur masin

hazman fadzil said...

ketam masak kari yea.... tak pernah cuba lagi... menarik gak nie

Rasp said...

lama dah tak ke aroma nie...
terkecur2 tgk menu dia....
yum yum yummmmm....

D_08 said...

boleh tahan le.... makan banyak tu baghu RM62.90...... boleh awok singgah kalo awok ke SUngai Besar nanti...

Leadership Developmant Training said...

nyam nyam nyam enak itu kayaknya gan :)


salam kenal dari kami outbond di malang :)
jangan lupa kunjungi kami di website kami : http://www.nolimitadventure.com/