Pages

Sunday, May 26, 2013

Memang Superb Ikan Bakar di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor

Semalam kami sekeluarga pi makan kat Aroma Ikan Bakar yang bertempat di Pantai Jeram, Kuala Selangor. Anyway from Wangsa Maju ianya memakan masa lebih kurang 1 jam menggunakan Latar Expressway. Ada le 3 tol yang mana setiap tol adalah RM2 so kesemuanya pergi balik RM12.
By the way nak sampai sini lebih kurang 72km yang mana 30km adalah expressway.
Kat Aroma Ikan Bakar ni ianya dibuka seawal pukul 12 tgh bagi hari Sabtu dan Ahad manakala hari biasa from kul 3 petang.
Parking jangan risau banyak tempat disediakan. Kalau tak cukup bolehlah parking tepi jalan ya.
Ni le meja kami, laman 2. 
Mula-mula nak dok kat saung yang mana ianya berdekatan dengan pantai tapi dah penuh. Anyway kalau dok kat sini kena caj extra RM10.
Nak makan kat bamboo pun penuh juga walaupun kat sini cajnya adalah RM20. Yang ni lagi dekat dengan pantai.
Beginilah rupa teratak bamboo. Kalau nak tengok matahari terbenam memang sesuai sangat le.
 Cantik betul kawasan ni.
Sempat rakam matahari terbenam. Memang sungguh cantik.
Since dah penuh bolehlah dok kat meja ni ya. Banyak meja yang ada. Tapi memandangkan waktu cuti sekolah dan juga hari minggu memang penuh gak. Nasib baik kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang so adalah tempat dduduk.
Dok kat sini pun OK juga dekat ngan pantai ya.
Dah dapat meja apa lagi, beraturlah untuk pilih ikan or seafood lain yang kita nak.
Ni le senarai harga. Hmmm, ingat nak makan pepahat tapi ianya dijual dalam pek berharga RM50 untuk satu paket. Kalau setakat makan dua orang memang banyak le sangat.
Macam-macam jenis ikan ada kat sini. Ketam pun sodap. Ketam kat sini berharga RM45 sekilo. Kalau kat Umbai, Melaka ianya berharga RM32 sekilo. Bagan Lalang pula RM55. Langkawi pun RM55. Port Dickson pun RM55.
 
Pilihlah ya, memang sungguh segar.
Ni le pepahat dalam paket.
Udang dan sotong pun sodap.
 
Ni le menu kami. Ketam masak cili sebanyak 2 ekor. Rasanya memang sedap, tak berapa pedas dan kuahnya membuatkan kami rasa nak datang lagi. Rating untuk ketam ni saya bagi 8.4 out of 10.
Ikan bakar cencaru dan kembung tidak mengecewakan. Ianya dibakar dengan sempurna dan ladanya memang perfect. Lebih suka makan ikan cencaru memandangkan ikan kembung ni jenis yang lembut. Yang sedap lagi ikan bakar ni adalah sambal lada dan kicap. Memang sangat sempurna hidangan ini. Ratingnya adalah 8.7 out of 10.
Sotong kami ambil seekor yang sedang. Walaupun ianya tak begitu crispy tapi isinya tak liat membuatkan sedap dimakan. Hidangan yang wajib jika saya pi makan seafood. Sosnya pun sodap dan banyak. Rating saya bagi 8.0 out of 10.
Ni sup untuk Afiqah, ianya tak begitu pekat tapi Afiqah memang suka. sampaikan hirup kuahnya. Rating untuk sup ayam ni adalah 7.6 out of 10.
Semua sekali adalah RM46.60 termasuk air kelapa, air teh o, air teh o ais dan juga air milo. Nasi kami ambil 3 memandangkan Danish makan benda lain. Harganya adalah berpatutan.
Tempat solat juga disediakan bagi memudahkan pelanggan mengerjakan ibadat.
So bagi peminat ikan bakar ataupun makanan laut, jangan lupa terjah di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor. Boleh call 019-208 4452 atau 017-316 3117 untuk tempahan atau maklumat lanjut ya.

Boleh baca pandanagn rakan-rakan blogger mengenai Aroma Ikan Bakar:

15 comments:

Amanda Suria said...

mak oii...murahnya...mcm ni SA nak ajak family SA la...tp berbaloikah kami datang dari Seremban?

mama tisya said...

sedap and murah tp kalo time vkend and cuti sekolah sure rmi....sy pegi aritu time weekdays kebetulan ada kj kt area kuala selangor...tp restoran pantai jeram kt sebelah tu lg murah mayb restoran tu tk brp rmi sgt org cz org rmi akan ke aroma

Nor Azura Mohamad said...

SY MMG ADA PLAN NAK PEGI, TP XTAU JALAN... TUAN, BLEH TERANGKAN TAK DR EXIT IJOK NAK KE SANA MACAMANE YE?

Bella Enveeus said...

Ikan bakar salah satu fav saya.. Lagi2 kalau ada air asam yg kick. N berpatutan harganya..

HiDa said...

tahun lepas pernah mkan kat sini.. mmg best.. sya suka ketam masak cili..

Sharinginfoz said...

Nor axura: sorry saya bab tunjuk jln tak berapa tahu, ni pun harapkan gps

Muhamad anuar Marsib said...

Bestnya dapat makan dekat sini...

Mak lagenda said...

1 lg tempat mkn seafood yg kena msk dlm list 'tempat makan yg harus pergi' nih! Thihi

Salleh Ismail said...

Harganya amat berpatutan. Hujung minggu atau hari cuti adakah harganya sama atau pun berlainan harga.

Sharinginfoz said...

salleh: sama aja, by the way, kalau tak silap dah lebih 3 kali saya pi sini

nana zarina said...

Saya baru nak gi try esok..dok tanya pakcik gugel jumpa entry awak pasal aroma ikan bakar ni. Saya pon dr wangsa maju. Alamat tnya pak gps la jgk ni.
www.villavitaminibu.blogspot.com

blog-tips-kurus said...

2014 pon menten harga ni ke?

InsanKecil said...

Kalau dari lima bintang, saya bagi satu bintang sahaja. Kualiti masakan teruk.

caca said...

ya.setuju.1 bintang saja

sunroof motorsport said...

Servis x memuaskan. Lama tunggu nk dapat meja,dah dapat meja takda orang ambil oder..2-3×panggil baru datang,dah anak menangis lapar. Nak pilih ikan pun kena beratur panjang. Harap dapat tingkat kan servis & tambah pekerja.