Hasilnya kami telah membeli cupcake sebanyak 6 biji. Comel betul kotak ngan plastic bag.
Inilah rupa keenam-enam cupcake yang telah berjaya menambat hati.
Yang sebelah kanan adalah chocolate strawberry dan kat sebelahnya adalah cookies & cream dream. Memang sekarang ni oreo memang menjadi bahan yang digunakan untuk dessert tak kiralah donut ke kek ke.
Siapa tak suka dengan foxy red velvet kan? Anyway suka tak ngan superainbow?
Not bad juga carrot top dan blueberry cheese ni.
Semua sekali untuk 6 biji adalah RM25. Sekali sekala ok kot tapi kalau selalu teruk juga kan, tak kira le untuk poket ataupun kesihatan kerana ianya manis. Bak kata ore kelate manih letin.
Ni le senarai harga, untuk sebiji cupcake ianya berharga RM4.50 so beli enam biji, jimat le RM2. Tapi kalau tak beli langsung, jimat le RM25 kan?
Jom kita tengok perasa apa lagi ada kat sini.
Memang sah budak-budak suka dengan creature cupcake ni. Rasa pun boleh tahan kot bukan macam sesetengah tempat, hiasan memang bagus tapi rasa tak tahulah nak cakap.
Ni saya nak cuba ya. Secara keseluruhan rasanya boleh tahan juga.
Alamak coffee memang tak kena dengan taste saya.
Superainbow ni adalah salah satu cupcake yang menjadi rebutan pelanggan kat sini.
Yang kacang tu nampak macam sedap aja. Lain kali ajalah kita beli ya.
Putih bersih ni sedap kot.
Bagi yang minat colour pink, jangan risau ada juga kat sini.
Yang tulis-tulis pun ada. Untuk pengetahuan semua, Wondermilk dalam proses untuk mendapat pengesahan sijil halal from JAKIM. Anyway, Wondermilk ni boleh didapati di tiga tempat iaitu Damansara Uptown, Citta Mall dan Publika Shopping Gallery:
+Wondermilk Damansara Uptown
41 Jalan SS 21/1A Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-77258930
+Wondermilk Citta Mall
Lot G-48 Citta Mall, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-78317296
+Wondermilk Publika Shopping
Gallery
7A & 8A Level G2 Publika, Solaris Dutamas, Jalan
Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: 03-62111092
6 comments:
wow!!!! sedapnyaaa nampak... dengan corak yang comel2, kne try ni.. tak pernah makan lagi kat tempat ni
wah nmpk cantik n myelerakan...isk2 terliur tgk ni..mn nk cr kt cn.
menarik semuanya.. tpi yg lbh menarik perisa coffee n kekacang sbb tu feveret hida.. :)
Bro... tempat yang sesuai makan dengan gadis dan wanita yang suka dessert
pergh menarik tol desgin cupcake tu..hehe
Harga boleh tahan jugak mahal. Kalau yang minat dan mengidam tu boleh la terjah. HEhe.
Post a Comment