Pages

Thursday, May 23, 2013

Memang Sedap Ikan Keli Goreng di Restoran Nasi Ulam Cikgu @Kelantan

Masa balik Kelantan baru-baru ini, sempat singgah di Restoran Nasi Ulam Cikgu yang bertempat bersebelahan dengan dewan badminton Tengku Anis, Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Anyway Restoran Nasi Ulam ni ada satu lagi di Taman Selera Kraftangan, Kota Bharu

Yang di Kota Bharu tu dikendalikan oleh si suami manakala di Pengkalan Chepa oleh si isteri. Anyway dua-dua adalah cikgu dan yang lelaki tu adalah kawan kepada mak mertua saya.
Ni le ulamnya, actually macam-macam jenis ulam ada tapi tak sempat nak ambil gambar ya. Secara keseluruhan makanan kat sini memang murah, macam-macam kami makan untuk 8 dewasa dan 6 kanak-kanak:
  1. Nasi lebih 10 pinggan
  2. Air sirap 2 jug dan air milo satu gelas
  3. Ikan keli goreng 5 ekor
  4. Ikan keli percik 2 ekor
  5. Ayam 5 ketul
  6. Sayur masak lemak 1 pinggan
  7. Ikan patin 2 ketul
  8. Daging kawah 2 pinggan
  9. Ikan kembung percik 4 ekor
Semua sekali adalah RM96 tetapi apabila bayar RM100 then diaorang bagi baki RM20. Maknanya RM80 aja. Kitaorang ingat adalah at least RM150. Dapat diskaun maybe sebab diaorang kenal mother-in-law.

Since tak ambil gambar banyak, ni le gambar yang sempat diambil.
Saya ni yang jenis tak berapa suka ikan keli sebab apabila ianya digoreng memang tak garing, maybe sebab jenis ikan keli. Guess what, bila makan kat sini, memang sedap sangat, saya bagi rating 8.5 out of 10. Memang garing sangat dan ianya sangat besar. Maybe diaorang pelihara sendiri kot ikan ni.

Tak teragak-agak lain kali, kena terjah lagi tempat ni.
Ikan percik saya tak berapa suka sangat sebab ianya tak garing, lembik semacam tapi bolehlah makan sikit-sikit.
Entah apasal saya ambil gambar ikan ni walaupun tak ambil. By the way, kat sini layan sendiri, so bila dah ada tempat makan, pi le ambil nasi, lauk, sayur dan air sendiri. Buat macam rumah sendiri ya.
Ni ikan percik boleh tahan juga rasanya. So apa lagi kalau singgah Kelantan, cubalah makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Blogger terkenal, eyriqazz sempat makan kat sini masa pi Kelantan. Katanya:

"Memang puas hati, sedap, harga pun berpatutan. Kalau nak singgah di sini, disyorkan datang dalam pukul 12-1petang. Memang selalu penuh orang. Puas hati dan sebelum pulang ke KL nanti, InsyaAllah, akan saya singgahi lagi."

7 comments:

Smiley said...

adehh terliuq kite tgk pepagi nik hikhiks :D

Eliss Mie said...

merembes air liur ni hah..
saya suka ikan keli.selalu goreng garing2...syokk smpai tulang boleg gigit :)

cimon said...

Perghh...terbaik~~!!!!

Greenlava said...

Mesti mau terjah ni

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

Ya Allah, terus perut ena ni rasa lapar. sedapnyaaa ikan bakar. Ulam2 tu pun, sedapnyaaaa. I love ulam

Vidalsisah vidal said...

Sy pon selalu pi mkn sana bila blik kg...best... bg sesapa yg suka resepi kg la kan

HiDa said...

best.. best.. dekat je ngan umah ni.. :)