Pages

Friday, June 7, 2013

Jom Makan di Restoran Bamboo, Kampung Penarak, Langkawi

Masa kat Langkawi, sempat makan malam di Bamboo Beach Restaurant or Restoran Bamboo yang berada di Kampung Penarak, Kuah, Langkawi.
Boleh tahan juga tempatnya, since berada dekat dengan laut. Besarnya menunya, siap dalam frame le pula.
Tengoklah makanan apa yang berkenan di hati ya.
Pilih jangan tak pilih ya.
Ni senarai harga masakan. Tengok sekali harganya lebih kurang kat tempat lain tetapi harga ikan mahal le. Biasanya dalam lingkungan RM50-RM55 sekilo tapi macam ikan kerapu or jenahak tu sampai RM68 sekilo. 
Ni pula yang masih mentah, ada ikan siakap, jenahak, kerapu dan macam-macam lagi.
Ketam ni memang favourite. Nak tahu macam mana nak kenal ketam male or female? Pepahat pun ada.
Aik apasal tak ada sotong? Diaorang cakap, kena order kat menu tu. Tak ada yang jenis timbang-timbang ya.
Ni le makanan yang kami makan malam tu. 
Ikan kerapu ni dimasak tiga rasa @RM37.40 iaitu 550g. Boleh tahan juga rasanya, yang penting ianya garing sedang-sedang, baru sedap kan. Memang cukup rasa dan sedikit pedas. Secara keseluruhan saya bagi 7.8 out of 10.
Biasa makan  ketam masak cili, kali ini cuba black pepper pula. Seekor ni @RM12. Boleh tahan rasanya, tak terlalu pedas dan rasa sedikit manis. According to diaorang, ketam masak lada hitam ni adalah signature dish diaorang. Memang tak mengecewakan rasa. Ni ambil ketam female, sedap juga telur ketam ni. Saya bagi rating 8.1 out of 10.
Tomyam campur ni @RM10, my daughter cakap memang sedap. Antara yang terbaik pernak dia makan. Ni saya bagi 8.2 out of 10.
Kailan ikan masin @RM5, salah satu sayur kegemaran my wife. Bagi saya, OK le, hmmm maybe bias sikit sebab saya dengan kailan ni, tak le teruja sangat. To be fair saya bagi rating 7.6.
Entah berapa kali Afiqah makan. Suasana kat sini waktu malam sangat cantik.
Seronok makan kat epi laut.
Untuk dinner, kesemuanya RM80.90, termasuk telur dadar dan air. Oppppss, kat Langkawi ni diaorang ada buat air asam jawa. Tapi not bad juga air asam jawa ni. Biasanya kita minum air asam boi kan? So kalau datang kat Langkawi ni bolehlah cuba Restoran Bamboo kat Penarak.

5 comments:

fyna ahmad said...

perrghhh.. tengok gambar tue buat perut nih rasa lapar je. ^_^
dah lama tak g langkawi.

shahrilhakime said...

memang lapo le tengok gambo makanan ni....... nampak sedap...dah makan lagi sedap kan???

Unknown said...

ketam blackpepper tu sangat menarik laa... boleh pulak letak potong dua camtu yea

Suria Amanda said...

Suka ketam black paper kat bagan lalang...superb...

Zaza Abdul Latif said...

terbaek lah ketam black paper tu..
chop!! haritu ada jg mkn kat pekan kuah, nama kedai tu kak yah seafood, berframe jugak menu dia mcm dlm gmbr awak tu.. hehehe
http://zazaabdullatif.blogspot.com/2013/04/randomness-itinerary-in-langkawi-part-1.html