Pages

Sunday, June 2, 2013

Jom Makan Seafood di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan, Port Klang

Semalam, kami sekeluarga pi ke Port Klang untuk menikmati makanan laut di Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan.
Nak tahu lebih lanjut boleh le call 03-3176 6929 or 3176 6001. Waktu ditutup adalah sehingga pukul 3 pagi hari minggu dan dibuka pukul 5.30pm.
Ni alamat lengkap ya, di Jalan Sultan Hishamuddin, Kawasan 20, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor. 
Memang besar betul tempat ni, entah berapa ratus boleh muat, rasanya paling kurang 300 ratus.
Pilihlah tempat duduk yang sesuai ya.
Ni senarai harga makanan. Harga untuk yang dimasak dan dibakar adalah berbeza.
Pilihlah makanan laut yang nak ya.
Udang, sotong, ketam dan macam-macam lagi.
Kalau pepahat dan lala, ianya dijual dalam betuk pek. Bagi lala, ianya RM25 sekilo bagi yang dah siap dimasak.
Penggemar ikan jangan risau, mesti ada, sebut tu tempat ni menggunakan nama ikan bakar.
Lepas pilih then timbang, kita diberi benda alah ni, then bawa ke tempat duduk kita then panggil le pekerja untuk order benda lain.
Danish dan Afiqah asyik tengok apa yang nak dipesan.
Sate, buah, tauhu bakar, aiskrim ada kat sini.
Ni le ikan jenanah masak sweet sour yang kami pesan. Saiz kecil ni RM18, sesuai le untuk saya ngan wife makan. Secara keseluruhan ikan ni, just OK, tak nak bagi pandangan banyak dan ratingnya 7.0 out of 10.
Sotong ni, murah aja, RM7.50. Ianya sedikit liat dan tepungnya memang garing. Oleh itu, saya bagi 6.7 out of 10.
Lala @RM25 ni dimasak merah dan for me tak berapa segar sangat. Actually makanan laut ni tak sesegar kat Aroma Ikan Bakar. Yang ni saya bagi rating 6.3 out of 10.
Banana split untuk anak-anak boleh tahan juga. Harganya pun berpatutan @RM5.50.
Ingat ya kat sini tak disediakan tisu yang biasa kita dapat kat tempat lain, diaorang "bagi" tisu basah yang dikenakan caj sebanyak 30 sen satu paket ni. Dalam ni ada satu helai aja. So untuk 4 orang, RM1.20 dikenakan.
Bil keseluruhan adalah RM72.60. Bagi saya harganya berpatutan dan suasana kat sini memang cantik. Maklumlah tepi pantai. Tak sempat nak ambil gambar kapak besar. Anyway untuk pemandangan sunset, saya akan share dalam entri akan datang ya. (update: Cantik betul tengok sunset).
Kalau datang awal mudah gak nak parking tepi-tepi jalan ni. Tapi after maghrib, memang ramai betul.
Parking jangan tak parking ya.
Untuk solat, jangan risau, surau disediakan.

 Ni le sekeping gambar yang diambil di tepi laut. Itu le tisu basah yang saya maksudkan tadi, dipegang oleh Afiqah.

9 comments:

H A N said...

Salam...

So macammana makanan kat situ? Sedap ke?...

Pernah datang makan seafood kat Kuantan?... Tanjung Lumpur ;)

Suria Amanda said...

kat sana diorang ckp dah x berapa sedap..elok pi Kuala Selangor lagi...

✿INA AINAA✿ said...

ya Allah, sedapnyaaa.. dengan suasana tempat makannya yg cantik... hope oneday dapat jejak kaki kat sini

Sharinginfoz said...

hanih: pemandangan memang sangat cantik, makanan biasa-biasa je tapi memang ramai org datang

Unknown said...

Banana Split tu nampak macam puas hati je makan .....

Unknown said...

Salaam.
Selesai mkn kt sini tadi. Cukup mengecewakan. Ikan berbau, sotong xsegar, udang dah tak ada rasa, jus oren pun cair. Hanya indah khabar dari yg sebenarnya. Memandangkan kami dr pantai timur. Kesimpulannya seafood kt sini xsegar langsung.

truth said...

Pegi ke muara ahad baru2 ni, semenjak sekian lama tak datang. Sungguh mengecewakan. Service sangat teruk, tahap budak2 sekolah buat part time dgn muka masam & letak makanan/minuman tapi mata pandang ke lain. Menu limited, makanan dtg lambat. Bila tanye mana makanan lain? Baru bawa ikan bakar dgn alasan yg menyampah nak dengar. Makanan tak habis sbb kami kenyang dgn minuman sbb tunggu lama. Lagipon makanan tak sedap sbb ikan semuanya tak fresh. Sotong mmg tak ambik lgsg sbb lembek. Kailan ikan masin pon takde. Rasa malu sangat sbb bawak sedara yg datang dr jauh. Tak hingin dah aku nak datang tempat tu lagi. Sayonara.

seafoodlover said...

Pegi sana last week. Makanan x la sesedap mana, biasa2 je. Ikan, sotong ,udang langsung x segar. Service agak lambat sebab masa tu rmi org kot. Paling x best Ketam masak cili guna perisa tomyam. Harga pun agak mahal. Klu nak mkn seafood i recommend dkt senadung malam bagan lalang. Seafood segar dan murah. Hri tu mkn 2org rm65 berbanding dengan muara ikan bakar rm86 dengan kuantiti dan menu yg sama.

Unknown said...

Aku baru pegi sana 2hari lepas, tempat makan belom dibuka sebab aku sampai awal sangat, jam 3 petang, wife aku main selfie je Ngan sepupunya Kat replica kapal yang Nampak terbiar Dan usang tu,pastu aku bawak diaorg pegi makan Kat tempat lain