Pages

Saturday, June 1, 2013

Danish dan Buku Diary of a Wimpy Kid

My son, Danish, memang suka betul dengan buku cerita, Diary of a Wimpy Kid. Buku ni adalah salah satu yang boleh dikatakan popular kat Malaysia. So tadi masa pi MPH so belilah satu set yang mana ada 6 buah buku kesemuanya. 
Ni le rupa buku yang satu set tu. Macam DVD le pula diaorang letak. 
Suka betul Danish apabila dapat buku idamannya. Tak tahu berapa lama yang akan diambil untuk habis baca buku-buku ni. 
Anyway maksud perkataan wimp ialah pengecut or apabila seseorang menyatakan bahawa seseorang itu adalah wimp bermaksud dia mengalami kekurangan keyakinan atau menentukan sesuatu. Biasanya budak-budak macam ni, sering dibuli.
Anyway kalau beli satu buku ni, harganya adalah RM30 so kalau 6 buah, RM180. Kalau yang satu set ni harganya adalah RM150. 
Buku ni disamping menggunakan bahasa yang mudah dan grammar yang betul, ianya ada gambar-gambar bagi memudahkan penghayatan apa yang ingin disampaikan. Buku ni ditulis oleh Jeff Kinney. Beliau berasal dari US yang dilahirkan pada tahun 1971.

Ianya bermula dengan diari di dalam internet (funbrain) dan pada tahun 2007, ianya dibaca 20 juta kali dan disebabkan oleh ramai yang mahukan bahan bacaan yang dicetak, so ianya dibukukan. Sehingga kini ada sembilan buah buku telah dicetak. 

Kinney telah dinamakan di dalam majalah Time sebagai 100 orang berpengaruh di dunia.
Anyway since sekarang ni, kat tempat saya kerja ada bagi promosi, so dapatlah kurang 40% bagi pembelian buku di MPH. So Harga asal RM150, bayar hanya RM90. Dapatlah jimat RM60 kan untuk satu set buku wimpy kid.

1 comment:

Teena Tna said...

Rasanya dulu sy pernah terjumpa kt big bad wolf, tp x taw citer nie cmne sbb dibalut..
Mula2 dah amik, pastu letak balik, amik buku lain..