Pages

Monday, January 21, 2013

Susah Juga Main Roller Skate @Tasik Titiwangsa

Hari minggu baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke Tasik Titiwangsa. Jalan-jalan tengok ramai pula main roller skate. So apa lagi, kami pun mencuba le roller blade. Anyway sewa untuk 30 minit adalah RM5 dan kalau tak bawa stokin, caj RM1 dikenakan untuk sepasang stokin. Lepas guna bawalah balik stokin tu ya.
Banyak betul roller skate untuk disewa. Ramai yang bermain benda alah ni. Tak kira yang dah biasa ataupun untuk kali pertama.
Bagi kami ianya adalah untuk first time. Tengok macam senang aja tapi bila cuba sendiri memang sukar juga.
Dah pakai roller skate tu, boleh cuba dulu kat atas tanah yang berumput. So tak adalah terkejut sangat. 
Ni kasut yang sharinginfoz pakai. Nak cuba juga, takkan nak lihat anak-anak aja main kan?
Afiqah mula-mula tak nak lepaskan tangah sharinginfoz tapi lama-lama bolehlah berdiri sendiri kat atas jalan tar. Hati-hati ya takut jatuh ya. Kalau nak jatuh jangan lupa tunduk dan bengkokkan lutut bagi menambah kestabilan diri.
Memang enjoy betul. Lain kali kita boleh datang lagi. Kalau dah pro nanti, boleh beli roller skate ya Afiqah.
Memang bagi Afiqah ni bukan kali terakhir untuk main roller skate kat Tasik Titiwangsa.
Danish pun boleh dikatakan suka juga tapi maybe lepas ni dia dah tak nak main benda alah roller skate ni.
Sebab main kejap jatuh aja. 
Sakit juga. Tapi kalau slow-slow ok le.
Ni sharinginfoz punya, sedikit luka di bahagian pergelanggan tangan. Maybe lepas ni kena beli benda alah bagi melindungi daripada kecederaan. Biasalah sikit-sikit luka kan especially bagi first timer. Tapi ini tak menjadi sebab untuk mencuba lagi di lain masa. So memang susah juga main roller skate tapi have a great fun, habis satu badan berpeluh main kat Tasik Titiwangsa.

9 comments:

Nur Fauzi said...

sejak bile ye ade sewa ni? dulu-dulu pergi tak pernah pulak jumpa.

Abam Kie said...

salam. teringin nak main roller skate gak. Harap akan ada riadah spt ini di Kelate.

hazman aka species1980 said...

whoaaa... sempoi gak main roller blade nie...nice info la bro...dan orang yang buat bisnes nie pun bijak laaa

NazLurve said...

suka suka suka!!

dah lama x main. masa zaman2 belasan tahun mmg ni la pemainan petang2. menangis nangis suh ayah beli utk kitorg adik beradik. last2 dapat gak. hihi..

Anonymous said...

dulu masa pergi tak de lagi...
Pas nie boleh try laa.. ha ha..

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta piwn xpernah main.....jika ada kesemoatan...bleh la cuba nnti....

Si Hati Keras said...

Waaahhh.. Syooknyee!!! Da de sewa da skunk ni.. Dulu tiap2 mggu dtg cni men.. Kene g nih.. Hhehhehe..

Unknown said...

Hai all ....saya adalah AJK untuk Kelab Inline Skate Titiwangsa . Alhamdulilah , sukan ini semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kami tidak sema-mata membuat sewa untuk kasut roda sebaliknya kami akan tarik peserta yang berminat untuk join kelab kami . Kelab kami sentiasa mengadakan pertandingan dan latihan bagi melahirkan Atlet yang berkualiti. Lawati FB kami di https://www.facebook.com/KelabInlineSkateTitiwangsa atau sila hubungi COACH DINO 012-278 4523 untuk pertanyaan lanjut

Unknown said...

Susah betul nak main kan ni kasut roda power skate