Pages

Thursday, January 31, 2013

Jom Pi Kedai Jual Barangan Keluaran Jepun @ Daiso

 


Pernah tak pergi ke kedai Daiso, iaitu tempat yang menjual barang-barang keluaran Jepun? Hari tu kitaorang pi kat 1 Utama.
Kebanyakan barang-barang kast sini berharga RM5 tapi ada juga yang lebih daripada itu. Anyway banyak kedai Daiso yang bertempat di AEON.
Entah apa yang Afiqah tengok ni. Macam menarik aja.
Stokin pelbagai warna ada disini. Pilihlah yang mana satu berkenan.
Kalau ada masalah serangga or ular or tikus or kucing, ada ubat penghalau.
Cantik betul kotak-kotak yang dijual di sini.
Kalau nak rumah berbau wangi pilihlah yang ini ya.
 Nak simpan air pun boleh.
Tupperware sudah semestinya. Anyway kat Daiso ni macam-macam ada. Kalau tak nak beli pun tak apa, masuk le tengok-tengok ya.

Tuesday, January 29, 2013

Jom Naik Paddle Boat di Tasik Titiwangsa

Cuti-cuti boleh lepak-lepak di Tasik Titiwangsa bersama keluarga. Kat sini actually banyak benda boleh buat seperti naik paddle boat.
Ni le senarai harga bagi naik benda-benda kat tasik ni.
Memang ramai juga mengambil kesempatan bersama-sama keluarga untuk beriadah di sini.
Untuk satu paddle boat ni boleh muat dua dewasa dan dua kanak-kanak. Mula-mula saya ingat RM3 untuk seorang so bagilah RM12 untuk kami sekeluarga. Then dia cakap RM3 tu untuk satu boat so untuk setengah jam, RM3 aja. So kami ambil satu jam @RM6 bagi satu boat. Memang murah kan.
So Afiqah dan Danish kenalah dok kat belakang, biar mak dan bapa yang kayuh ya.
Relak dan bergembira ya menikmati pandangan di sini.
Kalau letih biarkan boat tu bergerak sendiri ya. Lagipun ada satu jam, lepak-lepak ya.
Jambatan ni mesti familiar bagi yang biasa pi Tasik Titiwangsa.
Bangunan apa ni kalau anda bijak.
Dan ini juga. Kebetulan setelah hampir sejam, hujan mulai turun so sempat le kami berlabuh. So kalau pi Tasik Titiwangsa jangan lupa naik paddle boat ya.

Monday, January 28, 2013

Jom Lepak-Lepak Kat Secret Recipe @The Mall

Semalam lepak-lepak kat The Mall then tercari-cari nak makan apa le. So kitaorang singgah le kat Secret Recipe. Sekali sekala OK le kan. Sementera menunggu makanan sampai, diaorang bawalah benda alah keropok ni.
Kek buah-buahan, Fruitilicious ni memang sedap, saya meman recommend kepada penggemar kek. Actually masa kek ni sampai meja sebelah tiba-tiba terpikat so diaorang tanya kat waiter benda alah apa ni. Then diaorang order juga sebab nampak memang menarik. Kek ni satu slice RM10. Rasanya tak begitu manis dan rasa lebih kepada lemon. Buah-buahan peach, kiwi, strawberi dan mangga boleh didapati.

Sebelum ni pernanh tengok kek ni, ingatkan pavlova.
Nasi goreng sate boleh tahan gak. Nasinya cukup rasa dengan sedikit rasa rempah. Tapi satenya memang out keras sangat, maybe terlebih panaskan dalam microwave kot. Harganya RM15.50.
Afiqah memang enjoy chocolate ice-blended  ni. Ianya cukup lembut apabila masuk dalam mulut dan teksturnya cukup sempurna, tak terlalu cair dan keras. Harganya RM8.80. 
Ini makanan pilihan saya, nasi goreng Thai @RM15.50. Udangnya yang garing, nasi goreng pula digoreng bersama udang yang kecil dan diletak telur dadar yang dihiris. Nasi memang sedikit tasteless sebab tu le diaorang bagi tomyam dan juga sambal belacan yang mengancam. 
Ni pula chicken grilled ngan sos cendawan bersama dengan nasi @RM14.50. Kuahnya yang pekat dan ayamnya just OK.
Tak sabar Afiqah nak makan, ngan tangan lagi selesa kan. Hantam ajalah janji enjoy. Anyway, Danish tak prefer sangat makan kat sini so belilah makanan kat luar untuk Danish.
Semua sekali RM75.75 termasuk ngan cukai. Secara keseluruhan bolehlah. For me yang paling sedap ialah kek dan ice-blended. Yang lain tu biasa-biasa aja. Sekali sekala OK le kan.

Sunday, January 27, 2013

Sate vs Tandoori Chicken Wrap @Airasia

Baru-baru ini masa naik Airasia buat pre-booking untuk makanan masa tempah tiket. Nak tengok jenis-jenis makanan boleh check kat hot meals. Yang bagusnya beli makanan masa tempah tiket adalah:
  • Kekadang makanan yang kita nak tak dijual dalam kapal terbang
  • Harga tempat semasa beli tiket lebih murah, 30%
  • Bila dah tempat dapat makanan awal daripada orang lain
Anyway yang ni saya fly solo sebab ada hal sikit. So from KL makan sate @RM12. Menu ni didatangkan dengan air mineral 100ml.
Sate ada lima cucuk ngan ketupat sikit. Kuahnya pekat juga tapi bila makan macam tak cukup aja kuah ni. Satenya memang panas dan garing juga. Ayamnya yang berempah menambahkan selera. Ni kiranya menu pagi le, kalau untuk lunch rasanya tak cukup le. Secara keseluruhan saya bagi rating 7.9 out of 10 untuk menu ni.
Bila balik ke KL pula saya ambil Tandoori chicken wrap yang berharga RM9.00. Hmmm, flight sepatutnya 11.00 lebih tapi delay lebih kurang 2 jam. Anyway saya tak ambil insurance kalau tak dapat le RM150. Kadarnya adalah RM150 bagi setiap 6 jam.
Berbaik pada chicken wrap ni ianya dua ketul. OK gak portionnya. Ayamnya boleh tahan rasanya tapi banyak le pula sayur. Sosnya sikit aja, kalau banyak mesti sedap sangat. Rating 7.5 out of 10.

Bagi pandangan saya, OK juga kalau kita book sekali makanan semasa tempah tiket. Harganya boleh dikatakan berpatutan.

Friday, January 25, 2013

Pernah Tak Naik KLIA Transit @KL Sentral - LCCT?

Banyak cara untuk kita pergi ke Low Cost Carrier Terminal (LCCT), sebagai contoh dengan teksi, bas or menggunakan KLIA Transit iaitu gabungan keretapi laju dan juga bas. Bagi yang menggunakan KLIA Transit, tambang satu hala adalah RM12.50 dan kalau nak yang pergi balik harganya adalah RM22 so jimat RM3.
Ni le jadual dari KL Sentral ke LCCT. Plan le elok-elok. Perjalanan keseluruhan mengambil masa lebih kurang 1 jam.
From LCCT to KL Sentral pula jadualnya pun ada. Boleh baca pengalaman cintakuntumansyurga. Anyway bagi yang pernah naik KLIA Transit, apa kata share le sedikit sebanyak pengalaman ya.

Thursday, January 24, 2013

Jangan Insaf Makan Nasi Beriani Kat Restoran Insaf

Pagi tadi masa pi jalan-jalan kat Sogo so singgah jap kat Restoran Insaf.
Apa lagi kalau tak nasi beriani ayam goreng dan air mangga yang menjadi kegemaran orang ramai apabila berkunjung ke Restoran Insaf. Nasinya yang sedap ditambah ayam yang garing dan rempah yang sungguh sedap. Bukan setakat tu, air mangganya yang begitu asli dan kelembutan terasa apabila diminum.
Menjadi kegemaran Afiqah, memang sedap sangat apabila menjamu selera, habis ayam dimakan dan licin nasi di dalam pinggan.
So selepas makan pi le bayar, apabila keluar dari Restoran Insaf, saya tengoklah kembali harga yang diambil menggunakan kamera. Memang pelik betul dalam senarai harga nasi beriani ayam harganya RM13 aja tapi cashier tu charge RM14. Satu lagi air tin harga yang dipamerkan adalah RM2.50 tapi caj yang dikenakan adalah RM3.00.

So apa lagi saya kembali ke restoran then tanya cashier, apa sudah jadi, dia cakap actually dia caj RM14 sebab nasi tu penuh, kalau tak penuh RM13 aja. Pelik betul, mana ada nasi penuh or tak penuh. Then dia cakap itu harga lama, harga baru belum tukar lagi

Tak kira, saya cakap suruh dia pulangkan semula harga yang terlebih caj. Selepas tu, dia akur. Satu lagi mengenai air tin tu memang dia akui tersilap caj, harganya RM2.50. Saya cakap kat cashier kalau kat papan tanda tulis harga nasi beriani RM15 saya tak kisah bayar RM15, so lain kali tulis betul-betul ya papan tanda harga tu.

Memang harga nasi beriani kat Restoran Insaf ni dah naik, dulu tahun 2010 hanya RM11. Walaupun harganya sedikit mahal, tapi ianya takkan menginsafkan kita untuk ke sana ya sebab rasa nasi beriani memang mengancam.

Astro Cukup-Cukup Le Kenakan Caj RM10 Tukar Channel



Baru-baru ini saya tambah satu pakej mini @Variety semata-mata nak tengok rancanganThe Simpsons di channel FOX. Tapi bila tengok dua or tiga hari rasa bosan pula so just now call customer service Astro untuk tukar channel tu ngan Learning, boleh le tengok antara lain Discovery Channel dan juga Animal Planet.

Pas tu diaorang cakap kena caj RM10 bagi penukaan channel. Pelik betul, masa tambah hari tu channel FOX tak dikenakan caj tapi bila tukar kena pula. So apa lagi dengan rasa bengang saya minta waive (diketepikan). Diorang cakap tak boleh so saya kata channel Variety tu rubbish, sorry guys pada yang minat channel ni. Bukan maksud saya cuma nak luahkan rasa tak puas hati dikenakan caj bagi penukaran channel.

Saya cakap every month spend RM100++ untuk Astro takkan nak caj RM10 kot.

Last-last tak payah le bayar RM10 tu untuk tukar channel.
Memang nak juga ambil Super Pack yang berharga RM125 termasuk ngan Mustika dan HD tapi nak buat macam mana Astro kitaorang kat sini centralise so tempat saya ni tak support Astro HD, so kena guna Astro biasa le.

Anyway apa pandangan semua mengenai pengenaan caj RM10 bagi penukaran channel ataupun kita downgrade channel. Memang tak masuk akal langsung.

Wednesday, January 23, 2013

Jom Makan Nasi Padang di Restoran Seri Garuda Emas @Greenwood



Bagi yang tinggal di area Greenwood sudah tentu dah biasa dengan Restoran Seri Garuda Emas. Ianya restoran yang menyajikan masakan padang.Hari tu sharinginfoz dan wife pi sana setelah menghantar anak menghadiri kelas taekwondoo. Masih awal lagi lebih kurang kul 11.00++ pagi. Ni ikan talapia merah bakar. Boleh tahan juga rasanya, lebih kurang ikan percik le pula.


Sharinginfoz pula mencuba ayam kampung goreng, memang cukup garing. Anyway frust juga sebab masa pi tu tak ada pula sayur. 
Anyway restoran padang ni terletak di Lot 2345, Kampung Simpang Tiga, Jalan Greenwood, Selangor dan boleh call 016-6161197.
Restoran Seri Garuda Emas terletak di seberang jalan dan berhadapan dengan Ogy D' Greenwood. Actually nak cuba makan kat restoran Kak Ogy tapi cubaan kali kedua tidak berjaya memandangkan restoran Ogy belum buka lagi. Kali pertama disebabkan oleh tak dapat parking.
Anyway, di samping ikan dan ayam, kitaorang makan tempe ikan bilis. Pas tu air kitaorang minum air tembikai dengan teh o panas. Semua sekali RM19.50. Tak sure le mahal le tak untuk dua orang, maybe sedikit mahal kot.
Ni le antara masakan padang yang ada kat sini.
Ni lagi. Secara keseluruhan rasanya macam tak banyak lauk sangat. Bagi saya, makan nasi padang berhadapan Sogo lagi sedap.

Ni le harga makanan kat Restoran Seri Garuda Emas. Maybe ada yang biasa makan kat restoran di Kampung Baru.

Tuesday, January 22, 2013

Dah Dapat Duit RM100 @Sekolah

Siapa tak nak duit kan? Orang bagi kita ambil. Anyway duit untuk pelajar sebanyak RM100 setiap orang. So ada dua orang anak yang sedang bersekolah so dapatlah RM200. Bagi jangan tak bagi ya maybe naikkan sikit baru lebih seronok kan?

Monday, January 21, 2013

Susah Juga Main Roller Skate @Tasik Titiwangsa

Hari minggu baru-baru ini kami sekeluarga pergi ke Tasik Titiwangsa. Jalan-jalan tengok ramai pula main roller skate. So apa lagi, kami pun mencuba le roller blade. Anyway sewa untuk 30 minit adalah RM5 dan kalau tak bawa stokin, caj RM1 dikenakan untuk sepasang stokin. Lepas guna bawalah balik stokin tu ya.
Banyak betul roller skate untuk disewa. Ramai yang bermain benda alah ni. Tak kira yang dah biasa ataupun untuk kali pertama.
Bagi kami ianya adalah untuk first time. Tengok macam senang aja tapi bila cuba sendiri memang sukar juga.
Dah pakai roller skate tu, boleh cuba dulu kat atas tanah yang berumput. So tak adalah terkejut sangat. 
Ni kasut yang sharinginfoz pakai. Nak cuba juga, takkan nak lihat anak-anak aja main kan?
Afiqah mula-mula tak nak lepaskan tangah sharinginfoz tapi lama-lama bolehlah berdiri sendiri kat atas jalan tar. Hati-hati ya takut jatuh ya. Kalau nak jatuh jangan lupa tunduk dan bengkokkan lutut bagi menambah kestabilan diri.
Memang enjoy betul. Lain kali kita boleh datang lagi. Kalau dah pro nanti, boleh beli roller skate ya Afiqah.
Memang bagi Afiqah ni bukan kali terakhir untuk main roller skate kat Tasik Titiwangsa.
Danish pun boleh dikatakan suka juga tapi maybe lepas ni dia dah tak nak main benda alah roller skate ni.
Sebab main kejap jatuh aja. 
Sakit juga. Tapi kalau slow-slow ok le.
Ni sharinginfoz punya, sedikit luka di bahagian pergelanggan tangan. Maybe lepas ni kena beli benda alah bagi melindungi daripada kecederaan. Biasalah sikit-sikit luka kan especially bagi first timer. Tapi ini tak menjadi sebab untuk mencuba lagi di lain masa. So memang susah juga main roller skate tapi have a great fun, habis satu badan berpeluh main kat Tasik Titiwangsa.