Pages

Monday, November 12, 2012

Pelan Prepaid Telefon Mana yang Paling Murah?

Saya bercadang untuk beli sim card untuk Danish memandangkan kami ingin menghantar dia ke kelas tuisyen dan akan menaiki van. Agak-agaknya pelan prepaid telefon mana yang paling murah @berpatutan?

Maklumat kat atas ni saya dapati from website XPAX. Mengikut kefahaman saya, untuk panggilan kalau sama network cajnya adalah 28 sen untuk 10 minit pertama, maknanya tak kira kita buat panggilan sama ada 10 saat ataupun 9 minit, ianya sama aja. Kalau network berlainan ianya 28 sen untuk 5 minit pertama. SMS pula kalau sama network, 1 sen untuk satu sms, kalau different network, caj adalah 5 sen.

Boleh bandingkan dengan network kuning dan merah yang mana saya rasa lebih mahal. Ada beberapa website yang buat perbandingan i.e. savemoney. Boleh juga baca mengenai kadar XPAX oleh soyacincau. Boleh juga baca mengenai validity period di rmvalues.

Bagi kawan-kawan yang familiar dengan prepaid, apa kata share kat sini, telco mana yang mana kadarnya aling murah.

8 comments:

Sumijelly said...

entah...aku dh biasa ngqan XPAX...ambik yg murah tu la.. sms br1 1 sen..pastu call memang jimat la br 28sen ckpa 10 minit...gila lama ok...

terpulang la.. sebenarnya ken tgk call ke mana.. banyak call parents ke atau call member..hik3

http://sumijelly.com

Insan Biasa said...

biasa bdk2 boleh pkai s.o.x atau u.o.x plan... uox@upax dulu dia punye credit takkan expired smpai umur 25 tahun... tp plan upax skg dah berubah... boleh tgk kt website dia..

Bo the Nerd said...

Bro, pakai Tune Talk. Tune Talk guna network CELCOM, so takde masalah connection. Top up boleh beli dimana2 aje macam 7E, Shell, CIMBCLICKS,M2U.

Rates dia 16sen/min to all networks, 5sen/sms kpd mana2 network dan 5sen/1MB utk data.

Kalau nak tahu lagi, try www.tunetalk.com. Derang ada promo simkad free sekarang.

hatiputera said...

ramai yang cakap tunetalk murah.

Cipina said...

Saya pakai digi easy prepaid. Free call/sms 24 jam ke hp buddyz yg lagi satu.

Syaratnya, kedua2 kena pakai digi easy prepaid la hehe.

http://www.digi.com.my/prepaid/plan_easyprepaid.do

Hazmin Hamudin said...

Banyak faktor sebenarnya nak pilih prepaid terbaik ni. Lokasi. Mana yg menawarkan coverage terbaik. Selalu sms or call dan sebgainya. Semua ada kelemahan dan kekurangan. Hehe.. Macam saya dah terbiasa guna line mxs yg sememangnya mahal.

hazman aka species1980 said...

hurmm.... aku better yang coverage line yang paling bagus dan stabil

Sharinginfoz said...

dear all: thanks for your feedback, bagi saya yang penting ialah berapa lama tempoh boleh guna kredit apabila kita relod kredit