Pages

Monday, November 26, 2012

Jom Naik Beca Berhias dan Bermuzik di Melaka

Sebut aja beca ianya tidak dapat dipisahkan dengan Melaka, salah satu daripada aktiviti / tempat menarik di Melaka. Rugi kalau datang ke Melaka tak cuba naik beca. Yang unik mengenai beca kat Melaka ianya setiap beca dihias dengan pelbagai hiasan yang menarik dan berwarn-warni. Satu lagi beca ni siap ada muzik sekali. Macam-macam jenis ada, yang jenis muzik zaman dahulu, i.e. lagu P.Ramlee or yang jenis moden, i.e Gangnam Style pun ada. Dah le tu memang kuat diaorand pasang.

Yang kami naik ialah from Menara Taming Sari ke Kota A-Famosa, perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 15 minit dan ianya untuk RM20. Hantam naik 4 orang satu beca, lagipun anak-anak masih kecil. Kalau 4 orang dewasa boleh lemah jantung le pakcik beca tu.
Memang satu pemandangan yang menarik. Mengikut pengayuh beca yang kami naik, dalam satu hari kalau hari minggu or cuti sekolah bolehlah dapat lebih kurang RM150 sehari dan terdapat lebih kurang 300 pengayuh beca di bandar Melaka ni. Sebab tu le masing-masing berlumba untuk menghias beca bagi menarik perhatian pengunjung.
Penuh dengan CD lagu. Nak dengar radio pun boleh. Maybe next time bila datang ke Melaka, nak request lagu le. Satu lagi maybe kena naik waktu malam, baru cantik, penuh dengan lampu berwarna-warni. 
Inilah kotak muzik yang dapat menghiburkan pengunjung ke Melaka. So datang Melaka jangan lupa cuba naik beca ya.

4 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

chanteknye beca...tapi kesian plak nk nek...sebab biasa yang kayuh tu org dah berusia....

CIK TOM said...

cantiknya beca...xpernah naik beca..sbb rs kesian kat pakcik beca tue semua dah tua2..huhu

Zura Tahir said...

dh macam kereta je beca nie..hhe

Unknown said...

SYA PERNAH NAIK YANG KAYUH SEMUA MUDA SIKIT JER YG TAK BERAPA TUA