Pages

Monday, November 26, 2012

Jom Melawat Zoo Melaka

Tak tahu nak bawa mana anak-anak sempena cuti sekolah, apa kata pi le ke Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, salah satu daripada tempat menarik di Melaka.
Bila dah parking kereta yang mana kadarnya adalah RM2, kat tepi tu banyak kedai yang menjual cenderahati. Pilihlah apa yang berkenan di hati ya.
Kadar masuk Zoo Melaka pula adalah dewasa RM10 dan kanak-kanak adalah RM4.
So untuk kami sekeluarga, semuanya adalah RM28. Memang berpatutan jika dibandingkan dengan Zoo Negara di Kuala Lumpur.
Kalau nak makan kat dalam Zoo Melaka ni ada A&W.
Tengok burung hantu ni teringat kat citer Harry Potter.
Kalau bijaksana, burung apa ni?
Zirafah memang kat mana-mana zoo pun ada kan?
Kalau letih dan tak nak jalan, apa kata naik tram.
Untuk sekeluarga semuanya RM10.
Ni le rupanya tram. Naik jangan tak naik.
Dah habis jalan-jalan dan naik tram, apa kata kita tengok persembahan burung pula.
Memang bijak burung ni, pandai mengira pula. Dua nombor diberikan oleh penonton termasuk nombor lima oleh Danish, so 9+5, jawapannya berapa, pandai 14.
Cantik le pula bilik air kat Zoo Melaka ni. So apa lagi, kalau singgah di Melaka jangan lupa melawat Zoo Melaka ya.

8 comments:

Diari Maya said...

Elok juga kan, baru pegi skalik, tp dulu2 punya masuk jln kaki... penat.

SURIA AMANDA said...

selalu bwk anak pi sini tp si kembar tu x pernah jejak lagi..

Myra Jay said...

Unik la bilik air kat Zoo nie :D

Fiza Rahman said...

Last saya gi sini masa jaman skolah dulu.

cikgunurulizza said...

oooo saya teringin nak bawak anak anak melawat zoo, tapi saya terpaksa batalkan niat..heheh sebabnya (1) anak anak masih kecil-dua tahun(kembar) dan stahun..uish tak larat nak kelola nanti. (2)SEBAB panas ..heheheh

cimon said...

A&W ade lg tak kat zoo tu bro?

jaakechik said...

seronoknya....!!

Sharinginfoz said...

cimon: ada lagi, jom le belanja kat sana makan root beer float