Pages

Thursday, November 29, 2012

Bayar Parking Guna Kupon?

Memang betul, so far kat Melaka yang mengamalkan sistem berkupon untuk parking. Kadarnya adalah 60 sen bagi satu jam. Jom kita tengok macam mana rupanya kupon. Ingat ya, parking kena bayar tiap-tiap hari walaupun hari minggu from 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Ianya dijual dalam  bentuk buku. So satu buku ni ada 10 keping dengan harga RM6.00. So bila nak guna kenalah koyak kupon tu.
Ni le rupanya kupon. So bila nak guna kena goreskan pada lima tempat iaitu tahun, bulan, hari, jam dan minit. So maknanya dalam masa satu jam selepas waktu yang digores, ianya akan berakhir. Sebagai contoh kalau kita gores kul 3.30 petang, ianya untuk 1 jam sehingga 4.30 petang.
Kalau nak beli kupon ni kena cari signboard ni. 
Kalau nak parking untuk tempoh 2 jam, so kena letak 2 keping kupon. i.e gores untuk kul 3.30 petang dan 4.30 petang. so parking untuk tempoh 2 jam from 3.30 petang hingga 5.30 petang.
Jangan tak bayar parking ya, kalau tak kenalah saman dengan kadar RM30. Sorry le tak sempat nak survey, cara pembayaran saman.

Wednesday, November 28, 2012

Malaysia Menang 4-1 vs Loas

Pada perlawanan malam ini, 28 November 2012, Piala Suzuki AFF,  Malaysia menang bergaya lawan Loas dengan 4-1. Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Safiq dengan free kick yang cantik, Safee Sali, Wan Zack dan Khyril.
Malaysia berkongsi mata dengan Singapura yang sebelum ini kalah dengan Indonesia, 0-1. Tapi perbezaan gol menjarakkan Malaysia dan Singapura.
Perlawanan akhir peringkat Kumpulan B akan berlangsung hari Sabtu ni dengan Malaysia akan lawan Indonesia. Memang tiada pilihan Malaysia perlu menang. Kalau seri masih berpelung untuk melangkah ke separuh akhir tapi kena harapkan Singapura kalah dengan Loas. Apa-apa pun, kita tunggu keputusan perlawanan Piala Suzuki AFF 2012 peringkat kumpulan nanti ya.

Anyway boleh baca or lihat keputusan terkini kat AFF Suzuki Cup 2012 or wikipedia.

Jom Naik Kapal @Muzium Samudera

Banyak tempat menarik di Melaka antaranya adalah Muzium Samudera or Maritime Museum. 
Memang besar betul replika kapal ni, teringat cerita Pirates of the Caribbean. Yang seronoknya kita boleh masuk dalam kapal ni.
Nak tahu sejarahnya, apa kata baca kat notis tu.
Ni pula kadar untuk masuk tengok replika kapal, bagi orang Malaysia, dewasa RM3.00 manakala kanak-kanak adalah RM1.00, so untuk satu keluarga ngan anak dua, semuanya RM8.00.
Memang besar macam dok dalam rumah le pula. Anyway dengan harga tiket tu kita boleh masuk tengok muzium samudera II dan juga Muzium TLDM.
Boleh tengok sendiri replika kapal yang kecil.
Ini pula duit yang digunakan zaman dahulu kala.
Nampak kukuh betul peti simpanan yang digunakan.
Nak cuba meriam? 
Pesalah ataupun tahanan akan ditempatkan dalam bilik ni. So jangan lupa ya, datang Melaka singgah kat Muzium Samudera. Jom tengok secara interaktif pula.

Tuesday, November 27, 2012

Pencarian Durian Crepe Berakhir di Wangsa Maju

Sebelum ini pencarian pavlova berakhir di Alexis Gardens, kini pencarian durian crepe pula berakhir di Wangsa Maju. Saya beli dua paket untuk cuba. Dengan siapa, sudah tentu dengan irmalondon. Boleh mula beli setelah durian crepe dibuka untuk tempahan.
Anyway satu paket ada 4 biji yang mana harganya adalah RM10. Special thanks to eyriqazz kerana melalui entrinya saya tahu mengenai durian crepe. Sebelum ni dah lama mencari benda alah ni. Tengoklah durian crepe yang gebu, sudah pasti menjadi rebutan semua especially kepada penggemar durian.
Kulitnya yang nipis serta krim yang sangat sedap dan ditambah pula dengan isi durian, memang perfect. Walaupun saya baru first time makan durian crepe, sudah menjadi penggemar durian crepe. Maybe in the future, saya akan tulis lagi mengenai durian crepe.
Memang rasa tak cukup makan durian crepe ni. Secara keseluruhan memang berpuas hati, boleh dapat bezakan krim yang cukup lemak dan berkrim, tak sama dengan krim yang dijual kat supermarket. Saya rasa ianya dibuat sendiri oleh irmalondon.
Bukan sahaja kami suami-isteri suka dengan durian crepe, malah Danish sungguh enjoy menikmatinya. 
Afiqah pula lagi suka. Orang cakap, lagi sejuk lagi sedap durian crepe. Yang kat kedai biasanya kurang sedap memandangkan ianya dah beberapa hari dibuat dan diletak dalam freezer. Yang ni cukup fresh dan irmalondon biasanya tak suka jual durian crepe yang sudah beberapa hari. (Betul setelah sejam dalam fridge, memang lagi sedap). Lain kali kalau beli simpan dulu dalam fridge ya tapi maybe tak sempat nak simpan, dah habis.

So kalau rasa nak makan, apa kata contact irmalondon. Memang senang bagi mereka yang berada di Wangsa Maju. Oppppss, jom tengok resipi durian crepe, kalau rajin nak buat sendiri.

Tempat Menarik di Melaka

Sebut aja pasal Melaka, memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Tak tahu nak mula kat mana sebab banyak sangat tempat yang menarik. Sebelum saya bercerita panjang, nak share peta yang saya dapati from Pusat Pelancongan Melaka.

Yang ni ialah peta Bandar Melaka.
Yang ni pula peta Melaka pula. Kalau nak redah semua tempat ni rasanya dalam seminggu tak habis kot. Jom kita tengok antara tempat menarik di Melaka.
Tempat-tempat menarik di Melaka:
  • River Cruise: Tak asing lagi bagi pelancong sama ada dalam negeri ataupun luar negeri. Apabila menaiki river cruise kita dapat lihat tempat-tempat menarik yang lain terdapat di bandar Melaka dengan hanya duduk relaks dalam boat ni. Masa yang diambil lebih kurang 45 minit. Memang berbaloi especially kalau kita naik waktu malam.
  • Zoo Melaka: Sungguh sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Pelbagai jenis haiwan ada di sini. Nak lagi seronok, apa kata lepak-lepak waktu malam kat Zoo Melaka ni. Boleh juga tengok persembahan haiwan dan juga burung. Kalau letih apa kata naik tram.
  • Menara Taming Sari: Satu menara yang cukup tinggi yang mana ianya berputar dan bergerak dari bawah hingga ke atas. Bila sampai aja kat atas, kita boleh lihat Bandar Melaka dengan jelas. Again, pi le waktu malam baru seronok.
  • Beca berhias: Tempat kita boleh naik ialah di area Taming Sari. Memang cukup menarik dengan hiasan yang cantik dan sambil-sambil naik beca, boleh dengar muzik, tak kira muzik zaman dahulu ataupun yang moden. Boleh kot request lagu from pengayuh beca. Kalau tengok beca waktu malam kita akan rasa lebih seronok.
  • Ikan Bakar Parameswara: Kalau lapar jangan lupa singgah di Umbai yang mana letaknnya lebih kurang 13 kilometer from Bandar Melaka. Harganya berpatutan dan sesuai untuk sekeluarga menikmati hidangan dan juga spend masa bersama-sama keluarga tersayang.
  • Muzium Samudera @Maritime Museum: Ingin mengetahui mengenai sejarah berkaitan dengan laut, tempat ini paling sesuai. Boleh tengok kapal yang besar dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal. Macam tengok citer Titanic le pula. Ambil le gambar seberapa banyak yang mungkin untuk dikongsi dengan mereka yang tak berkesempatan melawat Melaka.
  • Istana Kesultanan Melaka: Boleh le datang sini kalau nak tengok macam mana rupanya istana Melaka dan juga tempat beradu sultan. Banyak sejarah yang boleh dipelajari. Senjata-senjata di zaman dahulu juga dipamerkan di sini untuk generasi sekarang dan juga masa hadapan.
  • Kota A-Famosa: Siapa tak kenal dengan kota ini. Banyak sejarah yang disimpan di sini. Kota yang cukup megah dan tempat yang perlu dilawati oleh semua yang berkunjung ke Melaka.
  • Mini Malaysia dan Mini Asean: Tak perlu melawat seluruh Malaysia untuk mengetahui bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia. Di sinilah tempat untuk kita lepak-lepak.
Actually banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di Melaka. So apa lagi, sesi tambah-menambah. Coretkan sedikit-sebanyak di ruangan komen bagi berkongsi mengenai tempat menarik di Melaka.

Anyway boleh tengok gak mengenai tempat menarik di Melaka kat blog eyriqazz. Boleh juga tengok kat ohdestinasiku

Monday, November 26, 2012

Jom Melawat Zoo Melaka

Tak tahu nak bawa mana anak-anak sempena cuti sekolah, apa kata pi le ke Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, salah satu daripada tempat menarik di Melaka.
Bila dah parking kereta yang mana kadarnya adalah RM2, kat tepi tu banyak kedai yang menjual cenderahati. Pilihlah apa yang berkenan di hati ya.
Kadar masuk Zoo Melaka pula adalah dewasa RM10 dan kanak-kanak adalah RM4.
So untuk kami sekeluarga, semuanya adalah RM28. Memang berpatutan jika dibandingkan dengan Zoo Negara di Kuala Lumpur.
Kalau nak makan kat dalam Zoo Melaka ni ada A&W.
Tengok burung hantu ni teringat kat citer Harry Potter.
Kalau bijaksana, burung apa ni?
Zirafah memang kat mana-mana zoo pun ada kan?
Kalau letih dan tak nak jalan, apa kata naik tram.
Untuk sekeluarga semuanya RM10.
Ni le rupanya tram. Naik jangan tak naik.
Dah habis jalan-jalan dan naik tram, apa kata kita tengok persembahan burung pula.
Memang bijak burung ni, pandai mengira pula. Dua nombor diberikan oleh penonton termasuk nombor lima oleh Danish, so 9+5, jawapannya berapa, pandai 14.
Cantik le pula bilik air kat Zoo Melaka ni. So apa lagi, kalau singgah di Melaka jangan lupa melawat Zoo Melaka ya.

Jom Naik Beca Berhias dan Bermuzik di Melaka

Sebut aja beca ianya tidak dapat dipisahkan dengan Melaka, salah satu daripada aktiviti / tempat menarik di Melaka. Rugi kalau datang ke Melaka tak cuba naik beca. Yang unik mengenai beca kat Melaka ianya setiap beca dihias dengan pelbagai hiasan yang menarik dan berwarn-warni. Satu lagi beca ni siap ada muzik sekali. Macam-macam jenis ada, yang jenis muzik zaman dahulu, i.e. lagu P.Ramlee or yang jenis moden, i.e Gangnam Style pun ada. Dah le tu memang kuat diaorand pasang.

Yang kami naik ialah from Menara Taming Sari ke Kota A-Famosa, perjalanan pergi dan balik mengambil masa lebih kurang 15 minit dan ianya untuk RM20. Hantam naik 4 orang satu beca, lagipun anak-anak masih kecil. Kalau 4 orang dewasa boleh lemah jantung le pakcik beca tu.
Memang satu pemandangan yang menarik. Mengikut pengayuh beca yang kami naik, dalam satu hari kalau hari minggu or cuti sekolah bolehlah dapat lebih kurang RM150 sehari dan terdapat lebih kurang 300 pengayuh beca di bandar Melaka ni. Sebab tu le masing-masing berlumba untuk menghias beca bagi menarik perhatian pengunjung.
Penuh dengan CD lagu. Nak dengar radio pun boleh. Maybe next time bila datang ke Melaka, nak request lagu le. Satu lagi maybe kena naik waktu malam, baru cantik, penuh dengan lampu berwarna-warni. 
Inilah kotak muzik yang dapat menghiburkan pengunjung ke Melaka. So datang Melaka jangan lupa cuba naik beca ya.

Sunday, November 25, 2012

Tempat Makan Wajib di Melaka @Ikan Bakar Parameswara Umbai

Memang kalau pi Melaka tak sah kalau tak singgah di Umbai untuk menikmati masakan berasaskan makanan laut, salah satu daripada tempat menarik di Melaka. Kat Umbai ni lebih kurang 13 kilometer dari bandar. Kat sini memang banyak restoran yang menjual ikan bakar tapi yang paling besar dan ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Ianya terletak dihujung sekali.
Ni le menu yang ada dan juga harga bagi masakan kat sini. Secara keseluruhan ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur ataupun di Bagan Lalang, lebih kurang separuh harga.
Mula-mula pilihlah ikan atau hidupan laut yang berkenan di hati pas tu bagi kat diaorang untuk ditimbang dan juga kena order masakan apa yang kita nak.
By the way, nak masuk untuk makan di Umbai ni, parking dikenakan bayaran sebanyak RM1.
Selepas order makanan pas tu diaorang bagi nombor dengan benda alah besi tu untuk diletak atas meja. Then order le pula minuman.
Nak tahu alamat Parameswara? Ianya terletak di Medan Ikan Bakar, Pengkalan Pernu, Umbai, 75450 Melaka. Boleh call 06-261 6106 ataupun boleh e-mail ikanbakarparameswara@yahoo.com.
Lepas order air dan juga nasi, diaorang ada tanya nak tak buah-buahan. Kalau nak diaorang akan letak atas meja. Untuk buah-buahan ni ianya berharga RM4.00. Memang OK juga, ada tembikai, jambu dan epal.
Kitaorang order tomyam @RM9.00. Rating saya bagi 7.5, tak rasa sangat macam tomyam tapi macam sup aja. Tapi OK gak sebab Afiqah enjoy makan benda alah ni.
Seperti biasa, sotong goreng tepung memang menjadi kegemaran saya. Tengoklah sotong tu memang nampak sedap, tak macam sesetengah tempat yang mana bentuknya macam cekodok. Kitaorang ambil seekor aja, yang medium. Maklumlah makan untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak. Danish lebih prefer makan makanan lain. Sotong ni tepungnya tak garing sangat maybe untuk elakkan sotong jadi kenyal. Yang ni saya bagi rating 8.3 out of 10. Percaya tak harga sotong ni hanya RM3.80?
Pas tu kitaorang order ikan siakap masak masam manis. Ikan ni sederhana besar, memang kenyang betul untuk makan dua orang. Maybe next time datang sini kitaorang order, sotong, udang dan juga ketam. Ikan memang garing dan rasanya memang sedap, tak rasa macam tanah. Yalah sesetengah ikan macam rasa tanah aja, tapi yang ni boleh dikatakan sempurna. Rating saya bagi 8.1 out of 10.  Harganya adalah RM23.40, tak sampai sekilo.
Ni sosnya, pilihlah yang mana satu berkenan.
Memang kenyang makan kat sini, nak jalan pun terasa malas aja.
Semua sekali termasuk air, buah-buahan dan naasi adalah RM51. Memang OK. Lain kali datang Melaka, nak singgah lagi di Ikan Bakar Parameswara yang bertempat di Umbai.