Pages

Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Diskaun 20% dan 10% untuk Pinjaman PTPTN

Dalam Bajet 2013, ada menyebut mengenai pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), iaitu diskaun 20% bagi yang membuat pembayaran sekaligus manakala diskaun 10% setahun bagi yang membuat pembayaran secara konsisten. Jom kita tengok:

"Menurut hukum, hutang wajib dibayar. Pinjaman PTPTN satu amanah, ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak. Jika hutang PTPTN tidak dibayar, ia akan menafikan hak-hak pelajar masa depan. Oleh itu, bagi memudahkan proses pembayaran balik, Kerajaan akan memperkenalkan beberapa insentif. Pertama, bagi peminjam yang menyelesaikan hutang sekaligus dalam tempoh setahun selepas pengumuman ini, bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013, diskaun 20% akan diberikan ke atas jumlah pinjaman mereka."
 
"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan  diberikan. Kita tahu ada pihak yang mencadangkan supaya hutang keseluruhan PTPTN dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN. Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia? Bertanggungjawabkah jika kita yang berhutang masyarakat yang menangung, itulah persoalannya."

Memang bagus juga sebagai insentif kepada peminjam untuk membuat pembayaran balik tapi persoalannya, berapa ramaikah yang mampu untuk membuat penyelesaian hutang sekaligus bagi menikmati diskaun 20%? Maybe dengan pemgumuman ini, diskaun 10% adalah yang bakal diterima oleh peminjam-peminjam PTPTN. Anyway ianya lebih baik daripada tiada apa-apa kan.

Bajet 2013: Pesara Terima Kenaikan Pencen Bulanan

Walaupun Bajet 2013 telah diumumkan hari Jumaat yang lepas, ramai yang masih membicarakan mengenai impak bajet ke atas rakyat. Yang ni ialah mengenai kenaikan pencen yang bakal diterima oleh pesara Kerajaan. Secara mudahnya, bayaran pencen minima bulanan dinaikkan daripada RM720 kepada RM820. Yang seronoknya ianya bermula 1 Januari 2012. So adalah tunggakan, kalau ianya dibayar pada bulan Oktober nanti, maknanya tunggakan yang bakal diterima adalah RM1,000 (RM100 X 10).

Jom kita tengok apa yang telah dibentangkan mengenai pencen pesara Kerajaan di dalam Bajet 2013:

"Kerajaan tidak lupa akan jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. Sehubungan itu, Kerajaan akan menyelaras semula pencen pesara Kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012. Langkah ini melibatkan seramai 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun."

Memang sangat-sangat bagus kerana ianya melibatkan pesara yang menerima pencen minima RM720. Memang besar juga nilai RM100 sebulan diberikan kepada pesara. Dengan kenaikan ini diharap kehidupan pesara bertambah baik. Maybe pada masa akan datang, ianya perlu disemak selaras dengan kenaikan kos hidup. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan kerana mengambil kira masalah yang dihadapi oleh pesara.

Saturday, September 29, 2012

Apa Komen Anda Mengenai Bajet 2013?

Bajet 2013 telah pun dibentangkan semalam dan boleh baca ringkasan Bajet 2013 ya. Secara keseluruhan saya berpendapat ianya bajet yang boleh dikatakan OK. Banyak yang menerima manfaat seperti kakitangan awam yang dapat bonus 1.5 bulan dan pesara yang dapat kenaikan pencen sebanyak RM100 kepada RM820. Di samping itu juga, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) diberi lagi kepada yang layak serta dilanjutkan kepada individu bujang.

Tapi sorry to say yang pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar kepada belia berjumlah keseluruhan RM300 juta tu rasanya patut digunakan untuk tujuan yang lebih penting. Maybe ada yang marah apabila saya cakap macam ni.

Ini secara ringkas aja pandangan saya. Apa kata kalau kawan-kawan semua bagi komen mengenai bajet 2013.

Bajet 2013: Orang Bujang Dapat RM250

By now dah ramai yang tahu mengenai Bajet 2013. Ni nak cerita mengenai pemberian RM250 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun ke atas. Yang ni adalah extension kepada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diberi sebelum ini. Anyway individu bujang yang layak adalah yang mempunyai gaji tidak lebih RM2,000 sebulan. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 2013. Tunggu ya kepada yang layak.

Jom kita tengok sedikit teks ucapan mengenai orang bujang yang dapat RM250:

"Bersesuaian dengan peralihan kepada dasar pelaksanaan subsidi bersasar, Kerajaan komited bagi memastikan setiap segmen rakyat Malaysia dapat berkongsi kemakmuran negara. Ini hanya akan berlaku, sekiranya ekonomi nasional terus tumbuh secara mapan dan kekayaan negara dapat  terus dijana. Sukacita saya mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M 2.0. Kriteria penerima tetap sama iaitu ketua isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah. Sebagai tambahan, sukacita juga saya mengumumkan pemberian BR1M 2.0 ini diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Pemberian bantuan kepada individu bujang ini adalah RM250."

Memang bagus juga bagi pemberian RM250 ini walaupun sesetengah orang cakap RM250 tu tak bagi. Apa-apa pun, at least dapat juga something from Bajet 2013 kali ini. Ingat ya ianya akan dibayar awal tahun 2013.

Apa pandangan semua mengenai perkara ini?


Bajet 2013: Rebat RM200 Beli Telefon Pintar

Update: RM200 Rebat untuk Smartphone di Bawah RM500 Bermula 1 Januari 2013
 Nak cerita sikit mengenai Bajet 2013 mengenai rebat bagi pembelian telefon pintar oleh belia. Ni le extract from Bajet 2013:

"Sebahagian besar daripada 22% rakyat Malaysia yang menggunakan telefon pintar untuk melayari internet adalah golongan belia. Oleh itu, bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh Kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Sebanyak RM300 juta telah disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia."

Memang satu inisiatif yang ditunggu-tunggu oleh belia bagi memiliki telefon pintar ni. Sekarang ni pun harga telefon pintar dah murah. Maka ramailah lagi belia-belia akan beli smartphone dan hopefully mereka akan menggunakan telefon ini bagi perkara-perkara berfaedah.

Apa pandangan semua mengenai pemberian rebat kepada belia bagi membeli smartphone. Adakah ianya benar-benar perlu ataupun duit sebanyak RM300 juta tu patut digunakan untuk perkara-perkara yang lebih diperlukan?


Ringkasan Bajet 2013


Bajet 2013 baru sahaja dibentangkan di parlimen petang tadi. Saya nak share ringkasan bajet 2013:
  • Bonus 1 bulan setengah diberikan kepada penjawat awam. Setengah bulan sudah dibayar semasa hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Setengah bulan akan dibayar pada bulan Disember nanti dan setengah lagi pada bulan Januari 2013. Bagi pesara pula pemberian @bonus juga mereka dapat sebanyak RM500.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi tabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (PTPTN) dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  • Diskaun 20% bagi pinjamaan PTPTN jika selesaikan hutang tersebut sekaligus bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013. Bagi yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual bermula 1 Oktober 2012, diskaun 10% setahun akan diberikan.
  • Pelepasan cukai pendapatan bagi pendidikan tinggi anak-anak dinaikkan daripada RM4,000 kepada RM6,000 setahun.
  • Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan pra-universiti ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250. 
  • Bantuan persekolahan sebanyak RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang akan dibayar mulai Januari 2013. 
  • Kadar cukai pendapatan individu diturunkan sebanyak 1% bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000. Sebagai contoh, mereka yang belum berkahwin dengan pendapatan bulanan RM5,000 akan mendapat penjimatan cukai pendapatan sehingga RM425 seorang. 
  • Bakal-bakal haji yang mencarum di KWSP dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Anyway ianya terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000. 
  • Mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen per kg mulai 29 September 2012. So ini bermakna harga gula akan naik le sebanyak 20 sen.
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau BR1M 2.0 diberi lagi sebanyak RM500. Di samping itu ianya diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Bagi yang bujang pemberian adalah sebanyak RM250. Ianya akan dibayar mulai awal tahun 20013. 
  • Cukai keuntungan hartanah (RGPT) dinaikkan kepada 15% (sebelum ini 10%) bagi hartanah yang dijual dalam masa 2 tahun dan dinaikkan kepada 10% (sebelum ini 5%) bagi hartanah yang dijual dalam tempoh 2 hingga 5 tahun. So kalau jual hartanah selepas 5 tahun, tiada cukai yang dikenakan.
  • Skim Rumah Pertamaku, peningkatan had pendapatan peminjam perseorangan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan atau RM10,000 sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri. Syarat keperluan simpanan 3 bulan deposit dan tempoh minima bekerja 6 bulan dimansuhkan.
  • SPNB akan membina Rumah Mesra Rakyat sebanyak 21,000 unit pada tahun 2013. Harga rumah adalah RM65,000 dengan subsidi sebanyak RM20,000 serta subsidi kadar faedah ke atas pinjaman sebanyak 2%.
  • Telefon pintar @smart phone bagi melayari internet bagi golongan belia. Rebat RM200 akan diberikan secara one-off (sekali aja ya), bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G melalui pengedar-pengedar rasmi. Ianya tertakluk kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke bawah.
  • Wang proses bagi permohonan pinjaman perumahan penjawat awam ditetapkan pada kadar RM100 bagi setiap permohonan, tidak kira berapa jumlah permohonan. Sebelum ini caj adalah RM1 bagi setiap RM1,000 pinjaman bagi pinjaman pertama dan RM2 bagi pinjaman kedua. 
  • Skim pelindungan insurans berkelompok kepada anggota tentera dan polis yang sedang berkhidmat. Perlindungan maksimum sehingga RM15,000 dan ianya memberi kemudahan kepada hampir 242,000 anggota tentera dan polis.
  • Bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang daripada 21 tahun serta tidak berpencen, sumbangan RM1,000 secara one-off diberi kepada mereka.
  • Menyelaras elaun khidmat bertugas daripada RM4 sejam bagi anggota biasa kepada RM6 sejam dan bagi pegawai naik from RM5.80 kepada RM7.80.
  • Bayaran insentif khas diberi kepada semua pegawai dan anggota ATM sebanyak RM200 sebulan. 
  • Meningkatkan peluang kenaikan pangkat ATM melalui kaedah secara time-based bagi anggota prebat ke Lans Koperal dan Lans Koperal ke Koperal dalam tempoh 8 tahun dengan syarat-syarat serta prestasi yang memuaskan. 
  • Pesara Kerajaan yang telah berkhidmat at least 25 tahun, pencen dinaikkan minimum RM720 kepada RM820. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Januari 2012.
  • Caj bayaran pemprosesan pasport dikurangkan sebanyak 50% iaitu daripada RM300 to RM150 untuk pasport yang sah laku 5 tahun, bagi yang 2 tahun pula dikurangkan kepada RM80. Kanak-kanak di bawah 12 tahun pun dapat juga. Kadar ini bermula Januari 2013. 
  • Diskaun 50% kepada semua pengguna KTMB (warganegara Malaysia) yang mana gaji mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Friday, September 28, 2012

Pembentangan Terkini Bajet 2013

Update:
Jumaat nanti, 28 Sepember 2012, pembentangan Bajet 2013 akan diadakan di Parlimen oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Kita tunggu apakah surprise yang bakal diumumkan di dalam Bajet 2013 nanti.

I am sure ramai yang menantikannya terutamanya apakah langkah yang bakal diumumkan bagi membendung kenaikan harga rumah dan juga kenaikan kos hidup terutamanya bagi mereka yang berada di bandar. Adakah kadar cukai persendirian akan diturunkan or dinaikkan pelepasan persendirian kepada let say RM10,000 or pelepasan anak dinaikkan kepada at least RM2,000 seorang?

Bagaimana pula dengan golongan pertengahan yang mana ramai yang berpendapat tidak banyak yang mereka kecapi di dalam bajet-bajet tahun sebelumnya?

Kita nantikan pengumuman Bajet 2013 hari Jumaat nanti. Bagi yang tak berpeluang untuk melihat or mendengar, boleh check tweet di sebelah kanan entri ini. InsyaAllah saya akan update dan juga buat entri mengenai rumusan or ringkasan Bajet 2013 nanti.

Opppsss, terlupa pula dengan pemberian bonus bagi penjawat awam? Setengah bulan lagi sudah semestinya ditunggu-tunggu oleh semua. Maybe BRIM II or pemberian RM100 untuk murid-murid sekolah?


Jom Switch Dana Unit Trust Public Mutual @KWSP

Saya ada masuk unit trust menggunakan pengeluaran KWSP sebanyak RM10,000 pada 19 Januari 2011. Lebih kurang setahun 8 bulan, ianya merekodkan peningkatan sebanyak 10.87%. Of course nilainya tak banyak, lebih kurang 6.48% setahun. Tak begitu bagus. I know investment unit trust ni untuk jangka masa panjang.

Anyway dana PIEF merekodkan kenaikan 7.4% tetapi dana PIDF naik sebanyak 14.4%. So saya ambil keputusan untuk switch (tukar). Saya tukar semua dana PIEF kepada PIDF.
 So since ada akaun secara online di Public Mutual, so senang le sikit.
Kejap aja dah siap.
So memandangkan saya buat penukaran lebih dari 90 hari dari tarikh beli dana ni, so caj hanya dikenakan sebanyak RM25 or ianya akan memberi kesan sebanyak penurunan 0.25% prestasi dana keseluruhan pelaburan ini. Kita tengok nak lihat nanti sama ada strategi ini berkesan atau tidak bagi masa panjang.

Thursday, September 27, 2012

Berapa Harga Rumah Yang Mampu Dibeli?

Carta ni jumpa kat facebook member yang memetik sumber daripada majalah Personal Money. Cara nak baca senang aja:
  • Lajur pertama dalah jumlah gaji bulanan setelah ditolak dengan cukai dan potongan KWSP
  • Lajur kedua pula ialah kita ambil 30% daripada gaji bersih di lajur pertama
  • Memandangkan kita boleh ambil pinjaman 90% so jumlah rumah yang mampu beli berada di lajur 4
  • Sebagai contoh gaji bersih RM3,000 so harga rumah yang boleh kita beli adalah RM195,067
Sedikit komen saya:
  • Memang harga rumah sekarang semakin meningkat, nak cari yang bawah RM200,000 di bandar-bandar memang sukar
  • Adakah Bajet 2013 nanti yang akan diumumkan esok bakal menyaksikan harga rumah dapat dikawal?

Tuesday, September 25, 2012

Keputusan Suku Akhir Kedua Piala AFC: Kelantan vs Arbil SC 25 September 2012

Update:
  • Permainan tamat dengan Kelantan 1-1 Arbil SC. Secara agregat Kelantan kecundang dengan 2-6. Kelantan secara automatik tersingkir.
  • Kelantan ketinggalan 0-1 setelah wisel tamat separuh masa pertama dibunyikan.
 Malam ini, 25 September 2012, perlawanan suku akhir kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berlangsung di Stadium Muhammad IV di antara Kelantan vs Arbil SC. Perlawanan pertama menyaksikan Kelantan kalah 1-5 kepada Arbil SC di tempat lawan.

Maknanya Kelantan perlu menang sekurang-kurangnya 4-0 lawan Arbil SC bagi melayakkan ke pusingan separuh akhir. Memang sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil. Apa-apa pun, kalau nak tahu keputusan terkini boleh baca tweet di sebelah kanan entri ni. Anyway perlawanan Kelantan vs Arbil SC disiarkan secara langsung di TV1 dan pengadil malam ini kalau tak silap from Korea. Lupa nak cakap yang Arbil SC ni from Iraq.

Kelakar Betul Afiqah


Anyway ni sekadar gambar hiasan tak ada kena mengena dengan tajuk. Nak citer mengenai anak pompuan, Afiqah yang berumur 8 tahun. Hari tu beli le present kat wifey sempena dengan hari jadi. Memang Afiqah excited betul nak surprise emaknya.
Bila tengok wifey buka pembalut hadiah dan buka kotak pas tu dia nangis le pula. Apasal tiba-tiba nangis walhal sebelum suka sangat nak tengok mummy buka hadiah. Last-last dapat tahu yang dia jeles le sebab hari jadi mummy bagi dalam kotak pas tu ada pembalut sekali. Hmmm, pelik betul, baru teringat yang masa birthday Afiqah dulu ajak dia sekali beli hadiah so tak ada kejutan le. Macam-macam telatah anak pompuan ni antaranya, nangis sebab nak makan ulat beluncas, pesan makanan bulan puasa, nak beg sasha, nangis naik boat di Langkawi, suka dapat telekung dan aiskrim serta funfair di Port Dickson.

Sunday, September 23, 2012

Apa Ada di Pasar Malam Jalan TAR

Setiap hari Sabtu ada pasar malam kat Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur. Macam-macam ada kat sini. Jagung rebus bakar nampak macam sedap aja.
Nasi berlauk pun ada, dagang dan kerabu tidak ketinggalan. Pelbagai lauk ada tapi rasanya harga sedikit mahal. Biasalah kan sekarang harga barang dah naik.
Sekarang ni macam dah jadi trend jual stew. Opppsss bukan stew tapi benda alah yang cucuk-cucuk ni. Tak kira le daging or ayam.
Makan buah-buahan memang bagus untuk kesihatan. Apa orang putih cakap? An apple a day keeps the doctor away?
Untuk kanak-kanak, permainan pun ada.
Sate ikan ni makan memang sedap. Kena pula sosnya yang pekat dan dibakar garing. 
Pernah cuba akok tak?
Benda alah ni, kalau dah masukkan dalam air panas dan makan ngan sos mesti sedap kan? Semua makanan nampak sedap aja.
Inilah yang paling sedap for me, ayamnya yang garing dan memang murah. 
Apa lagi kalau bukan kebab.

Saturday, September 22, 2012

Semua Channel Astro Free 22 - 24 September 2012

Hari ini, 22 September hingga hari Isnin, 24 September 2012, semua channel Astro boleh ditonton secara percuma. So kalau yang tak melanggan channel sukan or movies, apa lagi jangan lepaskan peluang.

Anyway, terlupa nak cakap free tu tak termasuk dengan Astro First ataupun Astro Best. Alah channel movies Melayu dan antarabangsa yang baru sahaja keluar di cinema.

So apa lagi ya, sepanjang 22-24 September 2012, tonton le puas-puas rancangan kat Astro ya, benda percuma siapa yang tak suka kan?

Tak sure le sebab apa bagi tonton free, maybe ianya disebabkan oleh naik taraf sistem untuk perkhidmatan yang lebih baik. So nak bagi le pelanggan tengok dulu channel lain, manalah tahu kot-kot nak tambah channel lain ke?

Friday, September 21, 2012

Siapa Lagi Untung Bank atau Pendeposit? Al-Awfar RM1 Juta

Produk simpanan Al-Awfar daripada Bank Islam kini menawarkan hadiah sebanyak RM1,000,000. Memang betul ianya RM1 juta kepada pendeposit yang bertuah?

Serba sedikit mengenai Al-Awfar RM1 juta ini adalah:
  • Tempoh kempen bermula 19 September hingga 30 November 2012
  • Simpanan permulaan RM1,000 dan tambahan sebanyak RM1,000
  • Setiap RM1,000 dapat satu peluang or cabutan
  • Simpanan kena dikekalkan sehingga tarikh cabutan, 28 Februari 2013 (iaitu 3 bulan selepas 30 Nov 2012)
  • Kalau tak menang, masih berpeluang memenangi cabutan bulanan @RM100,000 or suku tahunan @RM200,000
Nampak sungguh menarik tapi siapa sebenarnya yang untung? Bank Islam atau pendeposit? Jom kita buat analisi yang sempoi:
  • Katakan 100,000 orang masuk dan setiap orang masuk RM3,000
  • Jumlah deposit adalah RM300 juta
  • So jumlah kadar keuntungan perlu dibayar jika semua ni masuk simpanan tetap untuk 3 bulan adalah 0.78% (or 3.12% setahun). So jumlah kadar keuntungan yang Bank Islam perlu bayar kepada pendeposit adalah RM2.34 juta (RM300 juta X 0.78/100)
  • Jumlah kadar keuntungan bagi pendeposit di bawah simpanan Al-Awfar selama 3 bulan adalah sebanyak 0.0125% (or 0.05% setahun). So jumlah keuntungan adalah sebanyak RM37,500
  • Jumlah perbezaan simpanan tetap dan simpanan di bawah Al-Awfar adalah RM2.3 juta
  • Hadiah simpanan Al-Awfar adalah RM1.3 juta (RM1 juta + RM100,000 + RM200,000). Hadiah ni adalah hadiah utama, hadiah cabutan bulanan dan cabutan suku tahunan
  • So Bank Islam mendapat keuntungan sebanyak RM1 juta (RM2.3 juta - RM1.3 juta)
  • Keuntungan ini tidak termasuk dengan keuntungan Bank menggunakan duit pendeposit untuk bagi pinjaman kepada orang lain
So kalau anda rasa bernasib baik apa kata simpanlah RM3,000 dalam Al-Awfar dan berharaplah agar anda adalah insan yang sangat bertuah di antara 100,000 orang or 0.001%. Kalau tak bernasib baik dapat le keuntungan simpanan dalam Al-Awfar sebanyak 37.5 sen.

Tapi kalau anda rasa tak akan menang dan tak nak keuntungan simpanan sebanyak 37.5 sen, bolehlah masuk RM3,000 tu dalam simpanan tetap selama 3 bulan, dapatlah sebanyak RM23.40. 

So siapa yang lebih untung dengan simpanan Al-Awfar ni, Bank atau pendeposit? Maybe pendeposit yang bertuah, i.e. 3 orang daripada 100,000 tapi yang pendeposit lain, 99,997 hanya memperoleh 37.5 sen hasil simpanan sebanyak RM3,000 selama 3 bulan? Yang nyata Bank akan lebih untung. 

Kalau macam ni, saya pun nak buat offer macam ni tapi saya tingkatkan hadiah sebanyak RM1.5 juta! Siapa mahu masuk?

Thursday, September 20, 2012

Penting ke Termometer?

Kalau tanya saya memang penting termometer ni terutamanya bagi yang mempunyai anak-anak kecil. Senang sikit nak monitor suhu badan. Yalah nak tahu sama ada seseorang tu demam ke tak or suhu badan adalah normal? Anyway termometer yang ni adalah digunakan di bawah ketiak. Ada yang digunakan pada telinga, mulut dan juga bahagian rektum.

Mengikut azemi09, suhu badan normal bergantung kepada tempat mana bacaan tersebut diambil:
  • Mulut: 35.5°C ke 37.5°C
  • Telinga: 35.8°C ke 38°C
  • Ketiak: 34.7°C ke 37.3°C
  • Rektum (dubur): 36.6°C ke 38°C
So apa pandangan kawan-kawan mengenai termometer ni? Maybe boleh gak berkongsi pengalaman mengenai perkara ini.

Tuesday, September 18, 2012

Betul ke Airasia Manipulasi Sistem Booking Tiket?

Sekarang ni Airasia ada promosi untuk tiket penerbangan. So boleh book bermula hari ini, 18 September 2012 sehingga 23 September 2012. Penerbangan adalah bermula 1 April hingga 30 September 2013. So cubalah book saja-saja nak try nasib.
So keputusan daripada booking, from KL to Langkawi, memang harga tiket adalah free tapi bila balik adalah RM88 per passenger. Ini based on 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Yalah kan diaorang cakap, harga bermula RM26 (termasuk cukai dan caj minyak).
Tapi yang peliknya, bila book untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak, tiket pergi dan balik memang free. Of course le, airport charges and fuel charges ada. Pernah gak cuba 1 dewasa+1 kanak-kanak dan juga 2 dewasa. Tiket free juga. So maknanya, kalau book, untuk 2 orang or 3 orang pun, tiket adalah free.

BILA BOOK UNTUK 4 ORANG HARGA TIKET TAK FREE ANYMORE.

Adakah sistem booking Airasia ni limit untuk 3 orang, kalau lebih, harga tiket tak akan jadi free? Tapi kalau buat 2 booking separately, ada risiko pula, harga tiket keseluruhan lagi mahal. So dalam dunia ni mana ada yang free kan?

Jom Berwifi di Hospital

Sekarang ni kalau nak berwifi, dah banyak tempat ada, fast food ke, restoran ke or hospital. Yang ni nak berkongsi berwifi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur. 




Masuk aja guest pass "gkl020212". Pas tu tekan le log in. Memang cukup senang kan?

Lepas tu ada le syarat-syarat. Hmmmmm, malas nak baca kan. Then click "accept and continue".
Then dah OK. Memang cukup senang. Anyway, saya tak galakkan kalau nak buat transaksi banking ke apa-apa yang sulit melalui public wifi ni. Kalau just nak surf internet OK aja. Selamat berwifi di Hospital Gleneagles ya.

Monday, September 17, 2012

Jom Tomyam Sri Niara Seafood @Desa Melawati

Last time makan kat Sri Niara Seafood lebih kurang 2 tahun yang lepas. Semalam pi tapau makanan kat sini, beli yang set untuk dua orang. Yang ni tomyam campur, memang sedap juga. Tak le pedas sangat ya.
Di samping tomyam ada kailan ikan masin. 
Dalam set tu sepatutnya daging masak merah tapi kitaorang tukar dengan ayam masak merah.
Telur tu dua biji. Nasi actually untuk dua orang aja, so tambah satu nasi lagi. Semua sekali tak sampai RM20. Memang berbaloi juga kan? Harga berpatutan dan rasanya boleh tahan.

Seronoknya Pergi Legoland Malaysia

Memang seronok betul apabila baca kisah kawan-kawan blogger pi Legoland. Anyway ni le harga untuk masuk ke Legoland yang terletak di Johor. Bagi dewasa (12 tahun - 59 tahun) ianya pada harga RM140 manakala untuk kanak-kanak (3 tahun - 11 tahun) ianya pada harga RM110.
Bagi pas tahunan pula dewasa (RM275) manakala kanak-kanak (RM210).

Jom tengok pengalaman mereka yang telah melawat Legoland Malaysia:
Ni nak "pinjam" yang sekeping gambar each Legoland Malaysia from eyriqazz, redmummy, mohdzaid dan mutiarawarnasari.
Alisya sungguh gembira dapat naik kereta Lego yang berwarna kuning ni. Anak-anak pasti akan suka apabila berada di Legoland Malaysia ni. Mengikut eyriqazz memang banyak rides ada kat sini. Of course kalau nak cuba permainan yang hot kena le tunggu lama.
Memang cantik gambar yang diambil oleh redmummy. Sungguh teliti betul diaorang buat bangunan-bangunan khas untuk pengunjung Legoland Malaysia.

Nanti kalau ada kesempatan, bolehlah bawa keluarga ke Legoland Malaysia. Nak pi sekarang mesti ramai, maklumlah benda baru, kita tunggu ya.
Melalui mohdzaid, harga makanan dan juga souvenir boleh tahan mahal. Maklumlah kawasan perlancongan kan. Tengok le sekaki payung dijual dengan harga RM70. Hmmm tak berminat ke nak beli payung untuk kenang-kenangan? 
Yang ni pula di blog mutiarawarnasari, seronoknya dapat main kereta sambil-sambil berlumba, boleh ke?

Sunday, September 16, 2012

Breakfast dalam Hospital

Danish semalam dimasukkan ke dalam wad di Hospital Gleneagles disebabkan masalah sakit perut. Kemungkinan besar ada something dalam perutnya yang perlu dikeluarkan. Anyway ni le makan pagi di hospital ya.

Biasalah makanan orang sakit kan. Bubur nasi, telur rebus 2 biji dan roti 2 keping.
 
Ni le menu. Pilihlah yang mana suka ya. Hari-hari ada menu berlainan, tak le jemu kan.

Berweekend di Hospital

Pagi semalam pi Gleneagles Hospital Kuala Lumpur sebab Danish cakap sakit perut beberapa hari yang lepas. So lepas pi klinik kanak-kanak, buat le ultrasound. So pas tu kena masuk wad.
So diaorang bagi le "goodies" untuk Danish. Nak bagi ceria sikit.
Mula-mula bilik single tengah disiapkan sebab pesakit belum keluar lagi, so dok le kejap kat dalam bilik share 2 orang. Ni makanan untuk tengah hari. Sedap juga. Tak rasa macam orang sakit kan?
Diaorang bagi air panas dan mineral.
Ni makanan malam, diaorang order untuk soft diet. Hantam ajalah. Anyway lupa nak cerita doktor cakap dalam perut Danish tu ada biji sebesar 8mm kalau tak silap. Sekarang ni bagi antibiotik zinacef. So biji dalam badan tu tak akan hilang, tapi dalam masa 2 or 3 hari nak tengok perubahan sama ada ianya kecut or lagi teruk. Kalau kecut maybe sebulan lagi kena buang, kalau teruk dalam beberapa hari lagi kena buang terus le.
Ni le rupanya bilik kat Hospital Gleneagles.
OK juga ada bilik single ada privacy sikit.
Tak perlu le kogsi bilik air kan. Anyway doakan Danish cepat sembuh ya. Tadi masa nak cucuk nak masukkan air pun Danish rasa tak selesa.